Pendidikan rendah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pendidikan Rendah lazimnya merupakan kursus bagi masyarakat sesebuah negara yang berusia lebih daripada enam tahun dan ia berterusan sehingga pelajar itu mencapai usia dua belas tahun.

Sekolah Rendah di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, pendidikan rendah adalah dijalankan di sekolah-sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah swasta. Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas membaca, menulis dan mengira. Sewaktu pelajar berada di dalam darjah enam, iaitu pada usia dua belas tahun, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan penilaian yang dipanggil Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR, yang menilai prestasi mereka di dalam kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris, Matematik dan Sains.

Lihat juga: Pendidikan Rendah Malaysia

Sekolah Rendah di negara-negara Barat[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat pula dan kebanyakan sekolah di negara barat, sekolah-sekolah rendahnya dipanggil elementary schools. Kebanyakan budak-budak dihantar ke tadika sewaktu berusia lima tahun dan memulakan darjah satu atau first grade pada usia enam tahun. Di negara ini tiada sekolah kebangsaan. Semua sekolah adalah dijalankan oleh kementerian pendidikan negeri masing-masing. Sistem pendidikan di Amerika Syarikat dan Kanada juga dipanggil "K-12" iaitu dari tadika atau "kindergarten" hingga ke gred 12 atau twelfth grade yang bersamaan dengan tingkatan enam di Malaysia.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]