Martin Luther

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Luther pada usia 46 (Lucas Cranach the Elder, 1529)

Martin Luther (10 November 1483 - 18 Februari 1546) merupakan paderi Jerman dan ahli teologi Kristian dan kemudiannya pengasas kepada Gereja Lutheran, gereja pertama Protestan, pecahan dari Roman Katolik. Kemudian dia merupakan tokoh terkemuka bagi Reformasi.

Selepas Luther tamat belajar ilmu falsafah di Universiti Erfurt, pada tahun 1505 dia memasuki Order of Augustins sebagai paderi. Luther mengaji teologi dan bahasa silam di Erfurt. Pada tahun 1512 dia mendapat kedoktoran teologi di Wittenberg dan memulakan syarahannya berkenaan Mazmur (Psalms) dan Surat Paul.

Pada Oktober 1517 Luther menulis 95 Tesisnya, walaupun dia tidak meletakkannya Gereja Wittenberg sebagaimana dikatakan lagenda, tetapi menerbitkan salinannya. Luther memberi tajuk The Disputation of Doctor Martin Luther on the Power and Efficacy of Indulgences, dan mencabar dalamnya ajaran Gereja Barat mengenai asas menghapuskan dosa (nature of penance), kuasa Paus dan kepentingan (indulgences).

Kajian mengenai Surat Paul, terutamanya Surat kepada Rom memberikan idea sola fide kepada Luther. Hanya keyakinan boleh menyelamatkan manusia yang diberikan Tuhan dan kebanyakan adat gereja dengan itu tidak berguna dan patut dibuang, kerana ia menyebabkan banyak perkara buruk.

Pada mulanya Luther percaya bahawa dia boleh membentuk semula Gereja Rom dari dalam dengan Tesisnya, tetapi Paus menganggap pendapatnya sebagai sesat (heresy) dan mengeluarkannya dari jemaah Katolik dengan akta Exsurge Domine pada 15 Jun 1520. Pada Oktober Luther membakar bull dikhayalak ramai dan menunjukkan kesungguhannya bahawa dia tidak akan taat kepada Gereja kecuali mereka menurut kata-katanya.

Maharaja Charles V merasmikan persidangan imperial Diet of Worms pada 22 Januari 1521. Ini merupakan peluang terakhir Luther untuk mengakui bahawa apa yang diajarnya adalah salah. Bagaimanapun Luther tetap mempertahankan ajarannya. Selepas persidangan Diet, Luther diistiharkan sebagai orang buangan oleh Diet.

Dengan bantuan rakannya, Luther menyorok di Istana Kota Wartburg, berhampiran Erfurt. Dalam istana kota tersebut, dia menterjemah Kitab Injil Perjanjian Baru dari bahasa Yunani kepada Jerman. Kemudian dia juga menterjemah Perjanjian Lama kepada bahasa Jerman.

Luther mengasaskan ajarannya sendiri dengan rakannya Philip Melanchton dan meninggal pada tahun 1546.

[sunting] Jasa beliau kepada Eropah

Semasa orang Yahudi menetap di Eropah, beliau mencadangkan Yahudi dan bukan Yahudi tidak boleh bergaul. Beliau juga mencadangkan pembinaan Ghetto (Tembok Pemisah Antara Yahudi Dan Bukan Yahudi)

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain