Pengangkut anggota berperisai Type 96

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengangkut anggota berperisai Type 96
JGSDF APC Type 96 at JGSDF Camp Shimoshizu 02.jpg
Sebuah Type 96 yang dipamerkan di Kem Shimoshizu
Jenis Pengangkut anggota berperisai
Asal Jepun
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1995 - kini
Digunakan oleh Bendera Jepun Jepun
Sejarah pengeluaran
Pengeluar Komatsu
Tarikh pengeluaran 1996-kini
Jumlah dibina 160
Spesifikasi
Berat 14.6 tonnes (16.1 short tons)
Panjang 6.84 meters (269 in)
Lebar 2.48 meters (98 in)
Tinggi 1.85 meters (73 in)
Krew 2 + 8

Senjata
utama
1x pelancar bom automatik Type 96 40mm atau 1x mesingan 12.7 mm M-2HB
Enjin enjin diesel penyejukkan air Komatsu 6-silinder
360 hp
Sistem
ampaian
Pacuan beroda 8x8
Jarak
operasi
500 kilometers (310 bt)
Kelajuan 100 kilometres per hour (62 mph) (jalan)

Pengangkut anggota berperisai Type 96 (96式装輪装甲車?) adalah sebuah kenderaan tempur berperisai beroda yang dibangunkan oleh Jepun bagi kegunaan Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun. Ia mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1995. Setakat tahun 2009, sebanyak 160 buah kenderaan ini telah memasuki perkhidmatan.

Perincian[sunting | sunting sumber]

Kedudukan pemandu berada di sebelah kanan kenderaan manakala enjin di sebelah kirinya. Kedudukan pemandu dilengkapi dengan tiga periskop, periskop tengah boleh digantikan dengan periskop penglihatan malam pasif. Untuk kegunaan di Iraq, kedudukan ini didapati dipasang dengan himpunan tiga tingkap bagi membolehkan pemandu memandu dengan kepalanya keluar daripada kenderaan bagi mendapatkan kesedaran situasi yang lebih baik, pada masa sama masih dilindungi daripada tembakan senjata api kecil. Di belakang beliau adalah komander/jurumeriam yang berada di dalam kupola yang boleh berpusing 360° dan boleh membawa selaras pelancar bom 40 mm (Type A) atau sepucuk mesingan M-2HB berkaliber .50 (12.7 mm)]] (Type B). Ruang penumpang mampu memuatkan 8 orang anggota infantri yang boleh menggunakan 2 lubang menembak pada setiap sisi. Bukti-bukti fotografik menunjukan tidak ada sebarang tanda-tanda lubang menembak di tanjakan belakang.

Setakat tahun 2001, Jepun telah melaporkan kepada Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk Hubungan Perlucutan Senjata bahawa 72 buah Type 96 telah berada di dalam perkhidmatan,[1]dengan tambahan sebanyak 22 buah telah diperolehi pada tahun tersebut.

Sebuah Type 96 dipamerkan di Kem Matsudo

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "JGSDF Inventory circa 2001". United Nations. Diperoleh pada 2008-12-24. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]