Pengangkutan di Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagian Lebuh raya Tarlac–Pangasinan–La Union.

Prasarana pengangkutan di Filipina agak kurang terbangun. Antara puncanya ialah rupa bumi yang bergunung-ganang dan pulau-pulau yang berselerak, bahkan juga kesan daripada begitu kurangnya pelaburan bagi pembangunan prasarana oleh kerajaan berturut-turut, jauh kurang daripada kebanyakan jirannya.[1][2] Di Filipina terdapat 216,387 kilometer (134,457 bt) jalan raya, tetapi hanya 61,093 kilometer (37,961 bt) daripadanya berturap.[3]

Bas, jeepney, teksi, dan beca bermotor sering terdapat di bandar-bandar besar. Pada 2007, terdapat sekitar 5.53 juta kenderaan bermotor berdaftar dengan pendaftaran meningkat pada kadar 4.55% setahun.[4]

Lembaga Penerbangan Awam Filipina menguruskan lapangan-lapangan terbang dan pelaksanaan dasar-dasar yang mengenai keselamatan perjalanan udara[5][6] dengan 85 buah lapangan awam beroperasi setakat 2014.[7] Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) melayan Kawasan Manila Raya di samping Lapangan Terbang Antarabangsa Clark. Philippine Airlines, syarikat penerbangan komersial tertua di Asia yang masih beroperasi di bawah nama asalnya, dan Cebu Pacific, syarikat penerbangan kos rendah terulung, merupakan syarikat penerbangan utama yang melayan kebanyakan destinasi domestik dan antarabangsa.[8][9][10]

Lebuh raya ekspres rata-rata tertumpu di Pulau Luzon termasuk Lebuh Raya Pan Filipina yang menyambungkan pulau-pulau Luzon, Samar, Leyte, dan Mindanao,[11][12] Lebuh Raya Luzon Utara, Lebuh Raya Luzon Selatan, dan Lebuh Raya Subic–Clark–Tarlac.[13][14][15][16][17][18]

Tren LRT-2 di stesen Santolan.

Pengangkutan kereta api hanya memainkan peranan dalam mengangkut penumpang di Metro Manila, wilayah Laguna, dan sesetengah Bahagian Bicol. Seolah-olah tiadanya perkhidmatan pengangkutan kargo. Setakat 2017, negara mempunyai jejak landasan kereta api sepanjang 77 kilometer sahaja, tetapi merancang peluasan kepada 320 kilometer menjelang 2022.[19] Metro Manila dilayan oleh tiga jaluran transit aliran deras, iaitu: LRT-1, LRT-2, MRT-3[20][21][22] dan mulai 2019, oleh MRT-7. Dahulu kala, kereta api melayan bahagian-bahagian utama Luzon, bahkan juga di pulau-pulau Cebu dan Negros. Kereta api dahulunya digunakan untuk tujuan pertanian, khususnya dalam pengeluaran tebu dan tembakau. Sedang dibangunkan beberapa sistem pengangkutan akan datang: DOST-MIRDC bersama UP sedang melaksanakan kajian pra-kebolehlaksanaan pada Automated Guideway Transit.[23][24][25]

Sebagai gugusan pulau, perlunya pengangkutan air antara pulau.[26] Pelabuhan yang sibuk sekali ialah Manila, Batangas, Subic, Cebu, Iloilo, Davao, Cagayan de Oro, dan Zamboanga.[27] 2GO Travel dan Sulpicio Lines melayan Manila dengan hubungan ke pelbagai bandar dan pekan melalui kapal penumpang. Strong Republic Nautical Highway (SRNH) sepanjang 919-kilometer (571 bt), sebuah rangkaian bersepadu segmen lebuh raya dan laluan feri yang meliputi 17 buah bandar, ditubuhkan pada 2003.[28] Pasig River Ferry Service melayan sungai-sungai besar di Metro Manila, termasuklah Sungai Pasig dan Sungai Marikina yang banyak perhentian di Manila, Makati, Mandaluyong, Pasig dan Marikina.[29][30]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Arangkada Philippines 2010: A Business Perspective – Infrastructure" (PDF). Dicapai pada September 21, 2014.
  2. ^ Larano, Cris (June 3, 2014). "Philippines Bets on Better Infrastructure". The Wall Street Journal. Dicapai pada September 21, 2014.
  3. ^ "The CIA World Factbook – Philippines". Dicapai pada September 20, 2017.
  4. ^ Republic of the Philippines. Land Transportation Office. Number of Motor Vehicles Registered. (January 29, 2008). Retrieved January 22, 2009.
  5. ^ "Republic Act No, 9447". Civil Aviation Authority of the Philippines. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 16, 2014. Dicapai pada September 21, 2014.
  6. ^ "Manual of Standards for AERODROMES". Civil Aviation Authority of the Philippines. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 9, 2014. Dicapai pada September 21, 2014.
  7. ^ "Airport Directory". Civil Aviation Authority of the Philippines. July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada December 22, 2013. Dicapai pada August 23, 2014.
  8. ^ "About PAL". Philippineairlines.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2016. Dicapai pada May 4, 2013.
  9. ^ State of Hawaii. Department of Transportation. Airports Division. [c. 2005]. "Philippine Air Lines". Hawaii Aviation. Retrieved January 9, 2010.
  10. ^ Oxford Business Group (2009). The Report: Philippines 2009. m/s. 97. ISBN 1-902339-12-6.
  11. ^ "Philippines Transportation". Dicapai pada August 23, 2014.
  12. ^ "Linking the Philippine Islands, Through the highway of the Sea" (PDF): 51. Dicapai pada August 23, 2014. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  13. ^ The North Luzon Expressway Project (NLEX) is for the rehabilitation, expansion, operation and maintenance of the existing 83.7 km (52 bt) NLEX that connects Metro Manila to the northern provinces of Bulacan and Pampanga.
  14. ^ Super User. "South Luzon Expressway (SLEX)". Toll Regulatory Board. Dicapai pada December 17, 2015.
  15. ^ SCTEx delay worsens as Japan firm seeks new extension – INQUIRER.net, Philippine News for Filipinos[pautan mati]
  16. ^ BCDA, Japanese contractor asked to explain SCTEx delay – INQUIRER.net, Philippine News for Filipinos[pautan mati]
  17. ^ Arroyo adviser says SCTEx extension OKd – INQUIRER.net, Philippine News for Filipinos[pautan mati]
  18. ^ Arroyo order: Open SCTEx, interchanges on time – INQUIRER.net, Philippine News for Filipinos Diarkibkan Februari 22, 2008, di Wayback Machine
  19. ^ Camus, Miguel R. (November 28, 2017). "PH railway footprint to quadruple by 2022". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada December 8, 2017.
  20. ^ "The LRT Line 1 System – The Green Line". Light Rail Transit Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada July 14, 2014. Dicapai pada January 15, 2016.
  21. ^ United Nations Centre for Human Settlements. (1993). Provision of Travelway Space for Urban Public Transport in Developing Countries. UN–HABITAT. pp. 15, 26–70, 160–179. ISBN 92-1-131220-5.
  22. ^ "About Us; MRT3 Stations". Metro Rail Transit. Diarkibkan daripada yang asal pada January 22, 2013. Dicapai pada January 15, 2016.
  23. ^ Valmero, Anna. "DoST to develop electric-powered monorail for mass transport". Diarkibkan daripada yang asal pada July 22, 2011. Dicapai pada September 23, 2014.
  24. ^ Regidor, Anna Kristine. "UPD monorail project begins". July 27, 2011. University of the Philippines Diliman. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2014. Dicapai pada September 23, 2014.
  25. ^ Usman, Edd K. (February 27, 2014). "Bigger Automated Guideway Train ready for testing". Manila Bulletin. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2014. Dicapai pada September 23, 2014.
  26. ^ PH firm takes on challenge to improve sea travel. Published by Philippine Daily Inquirer (Written By: Ira P. Pedrasa)
  27. ^ The Philippine Transportation System. (August 30, 2008). Asian Info. Retrieved January 22, 2009.
  28. ^ Strong Republic Nautical Highway. (n.d.). Official Website of President Gloria Macapagal Arroyo. Retrieved January 22, 2009.
  29. ^ Gov't revives Pasig River ferry service. (February 14, 2007). GMA News. Retrieved December 18, 2009.
  30. ^ "MMDA to reopen Pasig River ferry system on April 28; offers free ride". Philippine Information Agency. April 25, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 6, 2014. Dicapai pada Oktober 3, 2014.