Philippine Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Philippine Airlines
300px
IATA
PR
ICAO
PAL
Callsign
PHILIPPINE
Ditubuhkan March 15 1941
Hab
Program frequent flyer Mabuhay Miles
Lobi lapangan terbang Mabuhay Lounge
Subsidiari Air Philippines, PAL Express
Pesawat 47[1] (+10 orders, +2 lease orders)
Destinasi 42
Slogan syarikat With Us, You're Always No. 1!
Syarikat induk PAL Holdings, Inc.
Ibu pejabat Pasay City, Philippines
Tokoh utama
Laman web http://www.philippineairlines.com

Philippine Airlines,PAL, ialah penerbangan kebangsaan Filipina beribu pejabat di Makati, Manila. Berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Philippine Airlines terbang ke 21 destinasi domestik dan 32 destinasi antarabangsa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Philippine Airlines ditubuhkan pada tahun 1941 oleh sekumpulan ahli perniagaan Filipina. Ia memulakan operasi dengan pesawat Beech dan terbang ke Baguio. Perkhidmatan PAL terpaksa diberhentikan ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua. Pada Februari 1946, PAL meneruskan semula operasinya dengan perkhidmatan ke 15 destinasi domestik. Douglas DC-3 digunakan dalam operasinya dan pada Julai 1946, DC-4 memasuki perkhidmatan PAL. DC-4 PAL terbang merentasi Pasifik ke California dan ini menjadikannya syarikat penerbangan Asia pertama terbang merentasi Lautan Pasifik.

Pada tahun 1962, PAL memasuki era jet dengan pembelian Douglas DC-8. Pada tahun 1979, Boeing 727, Boeing 747-200 dan Airbus A300-B4 memasuki operasi PAL dan destinasi Singapura dimulakan. Pada 1982, PAL memulakan operasi ke Paris melalui Zurich. Pada 1989 pula, Boeing 737 memasuki perkhidmatan. Pada November 1993 pula, PAL membeli Boeing 747-400 dan pada tahun 1997, PAL membeli Airbus A340-300

Walaubagaimanapun, pada akhir 1990, PAL menghadapi krisis kewangan terburuk dalam sejarah kesan kemelesetan ekonomi pada akhir 1990. Perkhidmatan PAL diberhentikan dari tahun 1997 hingga 2001.

Pada tahun 2001, PAL memasuki perkhidmatan semula dan menyambung semula penerbangan ke Sydney, Busan, Taipei , Jakarta, Vancouver, Ho Chi Minh City, dan Bangkok dan melancarkan destinasi baru iaitu Shanghai dan Melbourne.

Pada 2003, PAL kembali semula ke Kuala Lumpur dan terbang ke Okinawa. PAL juga melancarkan sistem tempahan dalam taliannya yang terbaru.

Pada tahun 2004, PAL memulakan perkhidmatan ke Las Vegas bagi menandakan ulang tahunnya yang ke-63.

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat Philippine Airlines
Pesawat Jumlah Konfigurasi tempat duduk
(Mabuhay/Fiesta)
Laluan Nota
Airbus A319-100 4 134 (8/126) Perjalanan pendek domestik/antarabangsa All fitted with new interior and Mabuhay class with AVOD and IFE
Airbus A320-200 18
(6 tempahan)
Old Configuration
150 (12/138)
————————
New Configuration
156 (12/144)
Perjalanan pendek domestik/antarabangsa To be delivered: 2008-2012
Newer aircraft have been fitted with new interior and new Mabuhay Class with AVOD and IFE
Airbus A330-300 8 302 (42/260) Perjalanan pendek-pertengahan domestik/antarabangsa
Airbus A340-300 4 264 (44/220) Perjalanan pendek-panjang domestik/antarabangsa All aircraft to undergo refurbishment, to be completed by 2009
Boeing 747-400 4 Old Configuration
433 (50/383)
————————
New Configuration
425 (42/383)
Perjalanan pendek-panjang domestik/antarabangsa All aircraft to undergo refurbishment, to be completed by 2009. 1 is leased and due to be returned to its owner by the same year.[2]
Boeing 747-400M 1 398 (72/326) Perjalanan pendek-panjang domestik/antarabangsa All aircraft to undergo refurbishment, to be completed by 2009
Boeing 777-300ER (4 orders)
(2 lease orders)
368 (49/319) Perjalanan panjang dalam negara Entry into service: September 2009
Bombardier Dash 8 300 3 50 (-/50) Perjalanan pendek domestik Operated by: PAL Express
Bombardier Dash 8 400 5 76 (-/76) Perjalanan pendek domestik Operated by: PAL Express

Nota: One (1) Boeing 737-300 owned by PAL with registry RP-C4007 is currently leased by sister company, Air Philippines.

Destinasi[sunting | sunting sumber]

PAL terbang ke benua-benua Asia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan Pasifik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Philippine Airlines, PhilippineAirlines.com. Accessed November 2007. (archived at [1] on August 13, 2007)
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FG tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]