Pengeboman Yeonpyeong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengeboman Yeonpyeong
Sebahagian daripada Perang Korea
Peta pengeboman Yeonpyeong

Peta tempat kejadian
Tarikh 23 November 2010
Lokasi Pulau Yeonpyeong, Kaunti Ongjin, Incheon, Korea Selatan
Hasil Ketegangan antara kedua-dua negara meningkat
Yang berperang
 Republik Demokratik Rakyat Korea  Republik Korea
Komander dan pemimpin
Korea Utara Kim Jong-il
Korea Utara VMAR. Ri Yong-ho
Korea Utara Kol. Kim Kyong Su
Korea Selatan Lee Myung-bak
Kerugian
5–10 terbunuh dan 30 cedera (dakwaan Korea Selatan)
Tiada (dakwaan Korea Utara)[1][2][3]
2 terbunuh
19 cedera[4]
2 orang awam Korea Selatan terbunuh, 3 cedera[4]
Peta tempat kejadian

Pengeboman Yeonpyeong merupakan satu kejadian antarabangsa yang berlaku di Semenanjung Korea pada 23 November 2010. Ia bermula pada jam 14:34 KST (05:34 UTC) pada 23 November, apabila artileri Korea Utara mula membedil pulau Daeyeonpyeong,[5] sebuah pulau dalam gugusan pulau Yeonpyeong, di Korea Selatan.[6] Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA mendakwa bahawa pihak Korea Utara menembak selepas pihak Korea Selatan "menembak ke arah perairan kita secara melulu" (Korea Selatan terlibat dalam latihan artileri di kawasan itu).[7]

Punca[sunting | sunting sumber]

Para pakar mempercayai bahawa tindakan Korea Utara sedikit sebanyak didorong peralihan kuasa yang berlaku dalam kerajaan Korea Utara, apabila Kim Jong-un dilantik sebagai pewaris kepimpinan Kim Jong-il, serta peranan tentera Korea Utara dalam dasar luar negara. Robert Kelly, seorang profesor pembantu di Universiti Kebangsaan Pusan di Korea Selatan, berkata bahawa kaliber global Seoul yang semakin tinggi mungkin telah membangkitkan kemarahan Pyongyang. "Tekaan awal saya ialah bahawa ini merupakan pembalasan kepada martabat antarabangsa yang dinikmati oleh Korea Selatan di G20 baru-baru ini. G20 menyerlahkan kemunduran Korea Utara dengan cara yang sama Korea Selatan ditonjolkan sebagai rakan pertubuhan elit global ini yang menetapkan peraturan antarabangsa, inilah yang tidak disukai oleh pihak Korea Utara," katanya.[8][9] Juga difikirkan bahawa provokasi ini ada hubung kait dengan keperluan bantuan makanan di Korea Utara.[10]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Kejadian pengeboman ini menyebabkan beberapa rakyat Korea Selatan yang tinggal di Yeonpyeong kehilangan nyawa. Dua askar marin Korea Selatan, Sarjan Seo Jeong-wu dan Prebet Kelas Pertama Moon Gwang-wuk, terbunuh, enam orang cedera parah, dan sepuluh lagi dirawat untuk kecederaan kecil. Bedilan ini turut meragut nyawa dua orang awam.[11] Selain itu, serangan ini juga menyebabkan kebakaran di pulau.[12]

Serangan Korea Utara ini juga menyebabkan pasaran kewangan sedunia teruk terjejas. Sebilangan mata awang Asia kesusutan nilai berbanding euro dan dolar Amerika, pada masa yang sama bursa saham Asia turut mengalami kejatuhan.[13] Kesan pembedilan ini terhadap industri kewangan juga memanggil bank pusat Korea Selatan, iaitu Bank Korea, untuk mengadakan mesyuarat kecemasan untuk menilai impak pertempuran ini terhadap pasaran.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "연평도 포격당시 북한군 5명 전사...'영웅'칭호 받아". 조선일보. 28 Disember 2010. http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2010/12/28/2010122800470.html?Dep1=news&Dep2=headline1&Dep3=h1_01_rel01. 
  2. 김정은, 연평도 포격 사망 5명에 영웅 칭호
  3. “연평도 대응사격 북한군 5명 사망… 김정은, 영웅칭호”
  4. 4.0 4.1 "Bodies of 2 civilians found on shelled South Korean island". Los Angeles Times. AP. 24 November 2010. http://www.latimes.com/news/nationworld/world/la-fgw-korea-bodies-20101125,0,3939238,full.story. Capaian 24 November 2010. 
  5. "Report: N. Korea fires on S. Korea, injuring at least 17", CNN, 23 November 2010. Dicapai pada 23 November 2010. 
  6. "A ‘terror’ island, as residents take cover in shelling", 2010-11-23. 
  7. McDonald, Mark. "North and South Korea Exchange Fire, Killing Two", The New York Times, 23 November 2010. Dicapai pada 23 November 2010. 
  8. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/9218848.stm
  9. "Behind the Koreas' Artillery Fire: Kim's Succession", Time Magazine, 23 November 2010. Dicapai pada 23 November 2010. 
  10. "‘Crisis Status’ in South Korea After North Shells Island", New York Times, 23 November 2010. Dicapai pada 23 November 2010. 
  11. Two South Korean civilians 'died in attack by North', bbc.co.uk, 24 November 2010. Diterima pada 24 November 2010.
  12. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan my tidak disediakan
  13. Lui, Patricia. "Asian Currencies Slump, Led by Won, on Korean Artillery Fire", Bloomberg Businessweek, 2010-11-23. Dicapai pada 2010-11-23. 
  14. "Two Koreas exchange fire across maritime border", Reuters, 2010-11-23. Dicapai pada 2010-11-23. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]