Pengguna:26 Ramadan/Kereta Api Kawasan Ibu Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta Api Kawasan Ibu Negara
كريتا اڤي كاوسن ايبو نڬارا
Umum
Nama asal
  • 수도권 전철 / 首都圈 電鐵
  • Sudogwon jeoncheol
Pemilik
  • Pemerintah Korea Selatan,
  • Pemerintah Metropolitan Seoul, Bandaraya Incheon,
  • Bucheon, Uijeongbu, Yongin
  • dan syarikat swasta lain
LokasiKawasan Ibu Negara Seoul dan kawasan sekitarnya
Jenis transit
Alihan laju, kereta api komuter
Jumlah laluan/aliran
21
Jumlah stesen
680
Bil. penumpang tahunan
2.619 bilion (2013, laluan 1-9)[1]
1.027 bilion (2012, Korail)[2]
Operasi
Mula beroperasi
15 Ogos 1974; 49 tahun yang lalu (1974-08-15)
PengendaliSeoul Metro, Korail, Perbadanan Transit Incheon dan pengendali kereta api swasta lain
Teknikal
Panjang sistem
1,113.2 kilometer (691.7 bt)
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
26 Ramadan/Kereta Api Kawasan Ibu Negara
Hangul
Hanja
Perumian SemakanSudogwon Jeoncheol
McCune–ReischauerSudokwŏn Chŏnch'ŏl

Kereta Api Kawasan Ibu Negara (Bahasa Korea: 수도권 전철) ialah sistem kereta api bandar yang terdiri daripada 21 laluan kereta api bawah tanah, rel ringan, kereta api komuter dan transit rakyat yang terletak di kawasan barat laut negara Korea Selatan. Sistem ini memberi khidmat di kebanyakan kawasan ibu negara Seoul, metropolis Incheon dan bandar-bandar satelit di wilayah Gyeonggi. Sesetengah laluan serantau di dalam rangkaian ini menjangkau sehingga ke kawasan desa di utara wilayah Chungnam dan barat wilayah Gangwon.[3]

Laluan kereta api pertama dalam rangkaian ini Laluan 1 mula dibina pada 1971 dan dibuka pada 1974, dengan operasi langsung ke kereta api pinggir bandar milik Korail. Hari ini, rangkaian tersebut merupakan salah satu sistem kereta api terbesar di dunia dengan panjang landasan sehingga 331.5 km (206.0 bt) untuk Laluan 1 hingga 9 sahaja, dengan perkhidmatan tanpa wayar dan internet di kesemua kereta api dan pintu tabir platform di kebanyakan stesen disediakan. Ia juga mempunyai maklumat kereta api dalam masa nyata di setiap stesen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Subway Passenger Transportation" (dalam bahasa Korea). Bandaraya Seoul. Dicapai pada 14 Julai 2014. (Anda boleh memilih bahasa Inggeris dengan menekan menu yang bertulis "한국어")
  2. ^ "광역철도 이용객 연간 10억 2천만명 돌파" (dalam bahasa Korea). 10 Januari 2013. Dicapai pada 15 November 2017.
  3. ^ "2012 Korail Statistics" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Februari 2014.