Pengguna:Irfanshaharuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

"Sebagai seorang penyunting, saya cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap gaya penulisan, tatabahasa dan sumber rujukan agar setiap aksara yang ditulis layak dianggap sebagai penyusunan yang sempurna bagi sebuah rencana yang berkualiti."

— Irfanshaharuddin

Panorama pada waktu malam iaitu Sungai Yarra, Australia yang mengalir melalui Melbourne Tengah serta terdiri daripada deretan pusat perniagaan pada sebelah kiri dan Southbank pada sebelah kanan.

Irfanshaharuddin
Aktif (2012-kini)
— Ahli Wikipedia  —
Gianluigi Buffon ketika menentang England pada kejohanan Euro 2012.
Gianluigi Buffon ketika menentang England pada kejohanan Euro 2012.
Nama lahir Irfan bin Shaharuddin
Bahasa Melayu, Inggeris, Itali
Tempat lahir Alor Setar, Kedah
Lokasi terkini Selangor
Negara  Malaysia
Zon waktu UTC+08:00
Warganegara Malaysia
Bangsa Melayu Kedah
Hobi, kegemaran, dan fahaman
Hobi Menterjemah artikel berbentuk biografi, mendengar lagu-lagu tradisional dan kontemporari
Agama Islam
Filem  The Lovely Bones, KIL
Buku A Walk to Remember, Nyanyian Luka
Minat

Piring hitam, muzik jaz, siri The Twilight Zone, buku terbitan DBP dan ITBM

Maklumat perhubungan
E-mel irfanbinshaharuddin@gmail.com
Statistik akaun
Menyertai 18 Mac 2012
Suntingan pertama 18 Mac 2012
Penyelia 5 Mac 2013
Kiraan suntingan 5,837
Kotak pengguna
Wikipedia Administrator.svg Pengguna ini telah menjadi penyelia selama 1 tahun, 7 bulan dan 20 hari.

Noia 64 apps karm.png Pengguna ini telah melibatkan diri di Wikipedia Bahasa Melayu selama 2 tahun, 7 bulan dan 7 hari.

Crystal Clear app tutorials.png Pengguna ini telah mencipta 801 rencana (termasuk beberapa rencana lencongan) di Wikipedia Bahasa Melayu.

Logo-Baharu-Kedah FA.jpg Pengguna ini penyokong kuat pasukan bola sepak Kedah.

frames Pengguna ini adalah penyokong setia skuad Gli Azzurri.

P.ramlee.jpg Pengguna ini amat meminati
Seniman Agung P. Ramlee.

frames Pengguna ini amat meminati filem hasil karya P. Ramlee.

Sudirman Ketika Memegang Trofi di Bintang RTM 1976.jpg Pengguna ini amat meminati Penghibur No. 1 Asia,
Sudirman Haji Arshad.

Black.png Pengguna ini adalah peminat
Ratu Jaz Malaysia, Sheila Majid.

CD-vinyl nostalgia - GASOLIN rcpt ubt 0076.jpeg Pengguna ini merupakan ahli
WikiProjek Album.

BathingSuit1920s.jpg Pengguna ini merupakan ahli WikiProjek Fesyen

WikiProject Film Pengguna ini merupakan ahli WikiProjek Filem.

Pengenalan

Nama saya ialah Irfan bin Shaharuddin. Saya telah mula membuka akaun Wikipedia Bahasa Melayu pada 18 Mac 2012 dan dipilih untuk menjadi penyelia pada 5 Mac 2013. Tujuan utama saya melibatkan diri dalam aktiviti penyuntingan adalah disebabkan oleh keinginan untuk berkongsi maklumat kepada masyarakat. Kewujudan laman yang baru telah banyak membantu para pembaca dalam mencari sebarang bahan rujukan melalui Wikipedia. Dengan melihat keadaan Wikipedia Bahasa Melayu yang tidak selengkap Wikipedia dalam bahasa lain, saya berasa amat sedih kerana kurangnya penglibatan masyarakat kita untuk menyunting.

Saya amat meminati bidang penulisan, muzik, fesyen, sejarah dan sains. Pengetahuan dalam bidang ini akan saya salurkan dengan sebaiknya melalui sumber-sumber yang terdapat di laman sesawang melalui internet. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu para penyunting yang lain dalam membangunkan Wikipedia. Diharap Wikipedia Bahasa Melayu akan menjadi rujukan yang terbaik sebagai ensiklopedia bebas melalui media elektronik.

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala komen, teguran dan saranan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak dalam usaha menghasilkan artikel yang bermutu di Wikipedia Bahasa Melayu. Semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung merupakan antara penyumbang utama kepada saya dalam mendapatkan maklumat. Tanpa bantuan mereka, mustahil bagi saya untuk menulis apa-apa artikel mengenai sesuatu perkara. Sebarang maklumat yang dianggap tidak tepat atau meragukan adalah tidak disengajakan. Maklumat yang saya dapati telah disunting dan dibuat perbandingan daripada blog, laman web, buku, majalah dan media elektronik yang lain. Saya tidak mengambil butiran yang ada secara bulat-bulat kerana saya amat mementingkan soal tatabahasa dan struktur ayat. Segala artikel yang saya buat mungkin ada kekurangannya kerana kesukaran untuk mendapatkan maklumat, apatah lagi untuk megesahkan ketepatannya. Walau bagaimanapun, saya akan tetap mengemaskini artikel yang telah dibuat dari semasa ke semasa jika ada maklumat tambahan.

Keutamaan saya

Saya mempunyai beberapa kecenderungan dalam mewujudkan artikel di Wikipedia. Saya akan menyenaraikan artikel yang menjadi keutamaan saya dengan mengikut kategori berserta huraiannya di bawah:

Muzik

Saya amat meminati industri muzik tempatan dan antarabangsa. Saya juga amat meminati penyanyi yang berkonsepkan pop, jaz, dan bossa nova. Kecenderungan saya terhadap industri muzik Melayu adalah disebabkan oleh kemunculan penyanyi-penyanyi prolifik era 60-an hingga 90-an. Tujuan saya menumpukan rencana sekitar zaman tersebut adalah kerana masyarakat kita kurang mengenali mereka ini dan tidak banyak usaha untuk mewujudkan biodata mereka di dalam medium media elektronik seperti blog dan laman sosial.

Filem

Saya juga amat meminati industri perfileman yang telah banyak menghasilkan pemikiran yang tertentu kepada masyarakat melalui penceritaannya. Saya juga cuba untuk membangunkan artikel yang berkaitan dengan filem di Malaysia dan di luar negara.

Syarikat dan pertubuhan

Saya juga cenderung untuk mewujudkan artikel yang berkaitan dengan syarikat di luar negara dan Malaysia. Ada juga syarikat yang ditubuhkan sebagai sebuah jenama atau fesyen yang juga menjadi kegemaran saya.

Bangunan dan struktur

Saya juga gemar untuk mewujudkan artikel yang berkaitan dengan pembangunan sesebuah taman tema serta pusat beli-belah. Perkara ini juga membantu saya dari segi pengetahuan dalam bidang pelancongan.

Geografi

Selain itu, saya juga gemar mencipta rencana yang berkaitan dengan bidang geografi di sesebuah negara. Rencana yang saya cipta merangkumi lebuh raya, daerah dan sebagainya.

WikiProjek 2014

Saya telah menetapkan sasaran jangka masa pendek untuk sesuatu rencana, termasuklah ;

Januari-Februari

  • Menambahkan butiran mengenai P. Ramlee berdasarkan buku rujukan yang ada dalam simpanan dan siap menjelang awal bulan Februari (persediaan awal sebelum ulang tahun kelahirannya pada 22 Mac).
  • Menterjemah artikel Pasukan bola sepak kebangsaan Itali ke dalam bahasa Melayu sepenuhnya menjelang pertengahan bulan Februari (persediaan awal sebelum bermulanya Piala Dunia FIFA 2014).
  • Menterjemah artikel Norah Jones ke dalam bahasa Melayu sepenuhnya menjelang akhir bulan Februari (menyambung kerja-kerja penambahbaikan ke atas rencana ini).

Anugerah

Daripada Ranking Update

Tireless Contributor Barnstar Hires.gif Bintang Penghargaan Penyumbang Gigih
Terima kasih kerana telah banyak menyumbang pada Wikipedia Bahasa Melayu, saya rasa saya pernah terjumpa anda sebelum ni di Wikipedia Bahasa Inggeris. — пz scόυт ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ? 15:32, 14 Februari 2013 (UTC)

Daripada Aplikasi

Photographer Barnstar.png Bintang Penghargaan Fotografi
Anda layak menerimanya kerana banyak mencipta rencana berkaitan filem, drama dan juga fesyen. --Aplikasi (Bincang) 06:49, 8 Mac 2013 (UTC)
Eraser Barnstar Hires.png Bintang Penghargaan Pemadam
Saya juga ingin memberikannya kerana anda juga begitu tekun menghapuskan imej yang tidak mempunyai hak cipta dan lesen. Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?) 05:56, 20 Mac 2013 (UTC)
Editors Barnstar Hires.png Bintang Penghargaan Suntingan
Terima kasih kerana membantu mencipta laman perbincangan dalam setiap rencana yang saya cipta. Anda juga saya lihat antara penyelia yang rajin. Aplikasi (ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ?) 16:04, 25 Mac 2013 (UTC)
WPABarnstar.png Bintang Penghargaan WikiProjek Album
Anda juga layak menerimanya kerana banyak mencipta rencana berkenaan filem dan drama serta tempat-tempat di China. 法尔汉 Aplikasi 10:40, 2 April 2013 (UTC)
Administrator Barnstar Hires.png Bintang Penghargaan Penyelia
Dianugerahkan kerana banyak melakukan kerja-kerja kepenyeliaan di WBM. 파한 Aplikasi 14:10, 19 April 2013 (UTC)