Pengguna:Kristalyamaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wikipedia:Babel
ms-2 Pengguna ini boleh menyumbang dengan taraf yang sederhana dalam Bahasa Melayu.
en-3 This user is able to contribute with an advanced level of English.
zh-2 該用戶能以中級中文進行交流。
该用户能以中级中文进行交流。
Cari bahasa pengguna

Pendahuluan[sunting | sunting sumber]

Salam Sejahtera dan selamat datang kepada wikipedians yang lain. Saya dari Kota Kinabalu, Sabah. Saya berminat untuk menjadi seorang wikipedian, kerana saya telah banyak mendapat manfaat daripada Wikipedia versi Inggeris, dan ingin membalas sebaik yang boleh.

Diri Sendiri[sunting | sunting sumber]

Saya merupakan seorang yang berbangsa cina, walaubagaimanapun, saya pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Melayu. Keluarga saya berasal dari Sarawak, tetapi kini, kami menetap di Kota Kinabalu.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Sejak kecil-kecil lagi, saya sudah berminat dalam animasi kartoon. Stesen Televisyen di Malaysia (seperti TV2, TV3, NTV7) banyak menyiar siri-siri kartoon. Dalam siri-siri kartoon ini, terdapat juga animasi jepun, yang lebih dikenali sebagai anime. Saya mendapati bahawa tiada halaman untuk anime di Wikipedia versi Bahasa Melayu di sini. Lagi-lagi, terdapat juga halaman id:anime versi Indon di Wikipedia. Oleh itu, saya berazam hendak menulis halaman-halaman tersebut dalam Bahasa Melayu. Moga-moga harapan saya diberkati.

Lain-Lain[sunting | sunting sumber]

Untuk pengetahuan semua, tahap Bahasa Melayu saya tidak seberapa. Di sini, saya memohon maaf terhadap apa-apa kesalahan yang telah saya lakukan. Kalau ada apa-apa yang hendak dibualkan dengan saya, anda boleh datang ke Halaman Perbincangan saya. Terima Kasih