Pengguna:Munajat12/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Iswardy B Morni[sunting | sunting sumber]

Iswardy Bin Morni (Lahir pada 22 Jun 1977) adalah seorang Youtuber dan juga seorang yang selalu membuat dan memberi komentar secara langsung mengenai isu politik semasa Malaysia di medium Youtube dan Facebook. Beliau merupakan ahli Biasa Parti Keadilan Rakyat cabang Petrajaya, Kuching, Sarawak.


Pada 29 Mei 2021, beliau ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia dan direman tiga hari kerana satu ucapan sewaktu Live yang dikatakan menghasut dengan menghina Yang di-Pertuan Agong Malaysia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Namun, terdapat kritikan terhadap tindakan tersebut yang dilihat hanya bermotif politik dan dilihat sebagai terburu-buru dan mungkin bukan satu hinaan. Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman menyifatkan dakwaan menghina itu mesti diteliti terlebih dahulu kerana ia mungkin sekadar tohmahan pihak tertentu di media sosial. Menurut beliau, tidak semua perkara boleh dianggap sebagai menghina sebaliknya ia mungkin satu rayuan pertolongan kepada Agong. “Agong berhak meminta dan mendengar pandangan sesiapa sahaja jadi pihak berkuasa mesti membezakan antara rungutan rakyat dengan apa yang dikatakan menghina Seri Paduka. Ia mungkin dapat membantu Seri Paduka membuat keputusan tepat.

Simbol LTL atau lawan tetap lawan oleh Iswardy selepas mendengar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur

“Jadi pihak berkuasa perlu terbuka dan adil, benarkah ia satu rayuan atau cubaan memburuk-burukkan Seri Paduka atau benarkah apa yang dikatakan di media sosial itu sahih atau rekaan, ini mesti ditimbang semasak-masaknya. Perlembagaan tidak melarang rakyat membuat rayuan kepada Agong, tetapi ia mestilah dibuat secara berhemah, menghormati Raja adalah budaya orang Melayu,” katanya.[1].


Begitu juga pandangan pakar perlembagaan, Prof. Datuk Salleh Buang menganggap bahawa apa jua perkataan yang disifatkan menghina Agong mestilah berdasarkan niatnya. [1]


Pada pemilihan Parti Keadilan yang berlangsung pada 2018, beliau bertanding jawatan ketua cabang Petrajaya menentang penyandang Hj Baharuddin Datuk Mokhsen. Beliau kalah hanya dengan 45 undi. [2] Beliau mendakwa terdapat sabotaj terhadap pemilihan tersebut sehingga beliau membuat laporan polis dan laporan SPRM pada 14 November 2018.[3] beliau mendakwa bahawa beliau telah dimaklumkan sejak 28 Oktober 2018 bahawa pemilihan parti PKR Petra Jaya akan diadakan pada 10/11/2018. Namun pada 7/11/2018 notis baru dikeluarkn untuk menukar tarikh kepada 11/11/2018,

“Oleh kerana masa yang diberikan terlalu singkat memandangkan mobilisasi pengundi telah dilakukan, saya telah membuat bantahan bertulis dan pada 8/11/2018 satu surat baru dikeluarkan bahawa tarikh pemilihan telah dikekalkan pada 10/11/2018.

“Bagi memastikan jadual masih sama pada 9/11/2018, kira-kira pukul 9 malam saya memeriksa website rasmi pemilihan, jadual masih kekal pada 10/11/2018.

“Namun begitu, pada pukul 10.30 malam 9/11/2018, saya mendapati bahawa tarikh pemilihan Petra Jaya telah ditukar kembali kepada 11/11/2018.” [4]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Hospital Kuching, Sarawak pada 22 Jun 1977. Beliau adalah anak pertama dari 10 orang adik beradik. Bapanya Morni b Sidek adalah seorang pesara kerajaan dan ibunya adalah seorang suri rumah.


Semasa kecil beliau bersekolah di SK Semariang, Kuching Sarawak (1984 - 1989) dan mendapat 5A dalam UPSR sebelum melanjutkan pelajaran disekolah menengah di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (1990 - 1994). Setelah mendapat keputusan baik dalam SPM, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Mara Banting mengambil kursus international baccalaureate diploma dalam bidang undang-undang (1995 - 1997). Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke University of Southampton dalam jurusan Undang-undang. (1998 - 2001).

  1. ^ a b [1] Siasat hinaan atau rayuan kepada Agong. Utusan Malaysia 2 Jun 2021
  2. ^ https://www.pemilihankeadilan2018.com/sarawak-keputusan Keputusan Pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat 2018
  3. ^ https://www.youtube.com/watch?v=tA1d71yDgZo TERKINI : "Saya Hilang Kepercayaan JPP , Tapi Saya Tidak Hilang Kepercayaan Parti - Iswardy Morni
  4. ^ https://sarawakvoice.com/2018/11/15/iswardy-lapor-sprm-isu-pemilihan-cabang-pkr-petra-jaya-selepas-lapor-polis/ Iswardy lapor SPRM isu pemilihan Cabang PKR Petra Jaya, selepas lapor polis