Pengguna:SNN95/Panduan Pelancongan/Jepun/Rancang perjalanan anda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Selamat Datang ke Jepun

Jepun tidak akan luput ditelan zaman, sebuah tempat tradisional silam yang bergabung dengan kepesatan pemodenan seolah-olah ia adalah perkara yang paling semulajadi di dunia.

Budaya Tradisional

Jika tengok daripada luaran, Jepun kelihatan terlampau moden, tetapi apabila meneroka lebih dalam memberikan lebih banyak peluang untuk menghubungkaitkan dengan budaya tradisi negara ini. Bermalam di ryokan (rumah penginapan tradisional Jepun), Tidur di dalam futon dan beralaskan tikar tatami, dan melalui lorong yang padat dengan susunan kayu yang kemas ke arah bilik mandi (anda boleh juga tidur di rumah ladang). Anda juga boleh bertafakur dengan sami atau belajar cara membancuh matcha sehingga menjadi teh. Tarian geisha yang mempesonakan. Boleh kata, anda akan terpesona dengan keindahan Jepun walaupun pengembaraan yang paling membosankan.

  Makanan yang Sedap

Setiap 500m anda akan tidak jemu menjamu makanan di setiap lorong yang anda lalui. Kadang-kadang, gerai yang ada mungkin hanya menyediakan satu hidangan sahaja — yang memerlukan bergenerasi untuk menyempurnakannya. Pergilah kemana ceruk di dalam Jepun — gunung, hutan, pantai — ada sahaja makanan terhidang. Lebih menghairahkan, makanan terhidang akan berlainan setiap musim. Jadi anda tidak akan jemu jika anda datang kembali.

Aktiviti Luar yang Luar Biasa

Jepun adalah sebuah negara yang panjang, tirus dan penuh dengan pergunungan berapi. ​23 pergunungan penuh dengan kolam air panas atau onsen. Pada musim panas, pergunungan ini boleh didaki dan menerokai kuil-kuil lama. Pada musim sejuk, semua dilitupi salji dan bermain ski adalah aktiviti yang bertaraf dunia. Jika anda tidak ska sejuk, mungkin anda boleh hangatkan badan anda dengan onsen. Bahagian selatan pula, terbentang luas persisiran pantai yang menyediakan aktiviti, berjemur, bersnorkel, menyelam dan peluncuran ombak.

  Bandar Dinamik

Lampu-lampu neon menghiasi setiap lorong apabila waktu malam menjelma. Anda akan merasa seperti di dalam set perfileman sains fiksyen walaupun banguan yang wujud disitu sudah berabad lamanya. Tokyo dan Osaka membentuk semula konsep bandar yang sepatutnya kelihatan. Setiap pusat bandar mempunyai bandar hidup yang beroperasi 24 jam tanpa henti — minum, beli belah — mewujudkan trend dunia yang diikuti ramai. Perjalanan ke setiap bandar sangat lancar dan cekap, sama ada anda menggunakan kereta api bawah tanah atau shinkansen.

HokkaidoWilayah AomoriWilayah AkitaWilayah IwateWilayah YamagataWilayah MiyagiWilayah FukushimaWilayah NiigataWilayah TochigiWilayah GunmaWilayah IbarakiWilayah NaganoWilayah SaitamaWilayah ChibaMetropolis TōkyōWilayah KanagawaToyamaWilayah IshikawaWilayah GifuWilayah FukuiWilayah YamanashiWilayah ShizuokaWilayah AichiWilayah ShigaWilayah KyotoWilayah MieWilayah NaraWilayah HyōgoWilayah ŌsakaWilayah WakayamaWilayah TottoriWilayah OkayamaWilayah ShimaneWilayah HiroshimaWilayah YamaguchiWilayah KagawaWilayah TokushimaWilayah EhimeWilayah KōchiFukuokaWilayah ŌitaWilayah SagaWilayah NagasakiWilayah KumamotoWilayah MiyazakiWilayah KagoshimaWilayah OkinawaMetropolis TōkyōWilayah KanagawaWilayah ŌsakaWilayah Wakayama

25 Tempat Teratas di Jepun

Perlu Diketahui

Mata wang

Yen (¥)

Bila mahu Pergi?
Bulan yang sesuai untuk melancong.

Sapporo
PERGI Apr-Okt

Takayama
PERGI Apr-Okt

Tokyo
PERGI bila-bila masa

Kyoto
PERGI Mac-Jan atau Sep-Nov

Naha
PERGI Mac-Nov

Bahasa

Bahasa Jepun

Visa

Visa dikeluarkan pada waktu ketibaan untuk kebanyakan negara untuk penginapan sehingga 90 hari.

Duit

Pejabat pos dan beberapa kedai serbaneka mempunyai ATM antarabangsa. Semua hotel utama dan gedung serbaneka, tetapi hanya beberapa restoran dan ryokan sahaja yang menerima kad kredit.

Telefon Mudah Alih

Beli kad SIM hanya data prabayar (untuk telefon pintar yang dikunci sahaja) secara dalam talian, di kios lapangan terbang atau di kedai-kedai elektronik. Untuk panggilan suara, sewa telefon bimbit bayar semasa guna.

Musim yang Sibuk
(Apr & Mei Ogos)

Cuaca pada bulan April dan Mei umumnya hebat; Ogos adalah panas dan lembap tetapi musim untuk perayaan.

Penginapan adalah mahal dan sukar untuk dijumpai semasa musim bunga ceri (akhir bulan Mac hingga awal April), Minggu Emas (awal Mei) dan O-Bon (pertengahan Ogos).

Sederhana Sibuk
(Jun & Jul, Sep-Dis)

Jun dan Julai adalah musim hujan (kecuali Hokkaido): taufan melanda pada bulan September.

Peningkatan harga dan orang ramai di kawasan peranginan semasa musim dedaunan musim luruh (November).

Kurang Sibuk
(Jan-Mac)

Hari-hari sejuk dan pergunungan bersalji menjadikan musim ski puncak ini, tetapi berpatutan dan tidak terjejas di tempat lain.

Banyak perniagaan ditutup sepanjang Tahun Baru (akhir Disember dan awal Januari)

Waktu

Waktu Standard Jepun (GMT/UTC +9)

Laman Web Berguna

Lonely Planet
(www.lonelyplanet.com/japan) Maklumat destinasi, tempahan hotel, forum pengembara/pelancong dan banyak lagi.
Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun
(www.jnto.go.jp) Laman web rasmi pelancong dengan alat merancang dan kalendar peristiwa.
Hyperdia
(www.hyperdia.com) Jadual dan tambang kereta api yang cekap.
Halaman Agensi Meteorologi Jepun Siklon Tropika
(jma.go.jp/en/typh) Imej satelit cuaca sentiasa dikemaskini (bagus untuk memeriksa keadaan taufan).
Bento
(bento.com) Panduan restoran berbahasa Inggeris untuk bandar-bandar besar di Jepun.
Tokyo Cheapo
(tokyo-cheapo.com) Tip jimat bajet untuk Tokyo dan pengembaraan di Jepun.

Nombor-nombor Penting

Buang 0 (kosong) dalam kod kawasan semasa mendail di luar negara.[nota 1]

Ambulans & bomba 119
Polis 110
Kod negara 81
Kod akses antarabangsa 010
Operator antarabangsa 0051

Kadar Tukaran Mata Wang

  • RM1 = JP¥27.09
  • JP¥1 = RM0.04
    Untuk kemaskini terbaru tukaran matawang sila klik sini.

Kos Harian
Bajet: Kurang daripada ¥8,000 (RM320)
Katil bujang: ¥3,000 (RM120)
Semangkuk mee sup: ¥750 (RM30)
Bir waktu gembira (happy hour): ¥500 (RM20)
Pas seharian kereta api bawah tanah: ¥600 (RM24)
Tiket masuk satu kuil atau muzium: ¥500 (RM20)

Sederhana: ¥8,000 (RM320) - ¥20,000 (RM800)
Dua katil di hotel perniagaan: ¥10,000 (RM400)
Makan berdua di izakaya: ¥6,000 (RM240)
Berbasikal separuh hari atau ambil kelas memasak: ¥5,000 (RM200)
Beberapa tiket masuk kuil dan muzium: ¥1,500 (RM60)

Sederhana: lebih daripada ¥20,000 (RM800)
Dua bilik di hotel paling bagus: bermula dari ¥25,000 (RM1,000)
Makan malam berdua di restoran sushi yang bagus: bermula dari ¥15,000 (RM600)
Menaiki teksi untuk pelancongan antara bandar: ¥2,500 (RM100)

Waktu Pembukaan

Waktu pembukaan biasa:

Bank
9am - 3pm (segelintir sehingga 5pm sahaja)
Isnin hingga Jumaat
Bar
dibuka dari 6pm hingga lewat malam
Kedai serbaneka
10am - 8pm
Muzium
9am - 5pm, masukan terakhir pada 4:30pm; selalunya tutup pada hari Isnin (jika Isnin adalah cuti kebangsaan, muzium akan ditutup pada hari Selasa)
Pejabat pos
9am - 5pm Isnin hingga Jumaat; pejabat paling besar aakan dibuka lebih lama dan dibuka pada hari Sabtu
Restoran
makan tengahari 11:30am - 2pm; makan malam: 6pm - 10pm; pesanan terakhir diterima 1 jam 30 minit sebelum restoran tutup

Nota

  1. ^ Kod kawasan sering disebut dengan memasukkan kod akses kebangsaan. Sebagai contoh, nombor di London harus disenaraikan sebagai 020 7946 0321. Pengguna mesti mentafsirkan 020 dengan betul sebagai kod untuk London. Jika mereka memanggil dari stesen lain di London, mereka hanya boleh mendail 7946 0321, atau jika mendail dari negara lain, 0 awal harus diabaikan selepas kod negara: +44 20 7946 0321. Kod kawasan sering disebut dengan memasukkan kod akses kebangsaan. Sebagai contoh, nombor di London harus disenaraikan sebagai 020 7946 0321. Pengguna mesti mentafsirkan 020 dengan betul sebagai kod untuk London. Jika mereka memanggil dari stesen lain di London, mereka hanya boleh mendail 7946 0321, atau jika mendail dari negara lain, 0 awal harus diabaikan selepas kod negara: +44 20 7946 0321.