Pengguna:Yob4ever

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
yob4ever.com
Maklumat umum
URLwww.yob4ever.com
JenisKomuniti peminat bolasepak Perak
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikHisham
KomersialYa
PendaftaranPilihan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


yob4ever.com[sunting | sunting sumber]

yob4ever.com ialah nama dan URL yang diberi kepada sebuah portal penyokong dan peminat bolasepak Perak yang diasaskan oleh Mohamad Hishamuddin dan dilancarkan pada Oktober 2000. Pengendalian yob4ever.com diketuai beliau sendiri dan dibantu oleh beberapa rakan cyber yang lain. Nama "yob" berasaskan slanga bahasa di kalangan orang Perak bermaksud panggilan untuk saudara atau sesiapa sahaja orang lelaki yang lebih tua. "yob4ever" mengambarkan tujuan laman web ini yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan bolasepak Perak khususnya.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Laman web ini mengandungi berita, rencana, sudut kolumnis, klip video, forum dan kemudahan interaktif yang membincangkan hal-ehwal persada sukan bolasepak dalam dan luar negara, muzik, ehwal semasa, gaya hidup, pelancongan dan sebagainya. Selain itu, yob4ever.com turut mempunyai photographer dan videographer sendiri bagi memantapkan lagi isu kandungan laman web mereka.

Crew[sunting | sunting sumber]

Crew generasi pertama yang terbabit pada awal operasi laman web ini terdiri dari:

  • Spawn (Allahyarham Ghazali Mazlan) - Meru Klang.
  • TC (kota Damansara)
  • Yakuza (Putrajaya)
  • Jai (Pulau Pinang)
  • Hotline (Ipoh)


Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • 2000

Laman web yob4ever generasi pertama telah diilhamkan oleh Webmaster di Kuala Lumpur, seminggu sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia tahun 2000 di antara Perak dengan Negeri Sembilan. Tujuan pembinaan laman web ini yang menggunakan alamat http://Perak-fa.tripod.com ialah untuk memberi maklumat terkini tentang bolasepak tempatan kepada peminat-peminat bolasepak, khususnya peminat pasukan Perak Darul Ridzuan. Semua bahan berita dan gambar diambil dari Internet lantaran kekurangan ahli penyelenggara dan peralatan kelengkapan ketika itu.

  • 2001

Setahun kemudian, forum yob4ever generasi pertama telah dilancarkan menggunakan everyone.com sebagai tapak. Forum ini mempunyai matlamat mewujudkan satu medan diskusi di kalangan peminat-peminat bolasepak tempatan bagi membincangkan perkembangan bolasepak di Malaysia.

Pada tahun yang sama juga, laman web yob4ever telah diubahsuai dengan memasukkan warna latarbelakang yang lebih sinonim dengan pasukan Perak. Laman web ini juga telah bertukar alamat menggunakan http://kejoryobkejor.tripod.com , generasi kedua laman web yob4ever. Ini disusuli dengan pembelian pengimbas dan kamera digital oleh Webmaster. Ketika itu, sebahagian besar berita dan gambar masih lagi diambil dari internet, namun sumber berita telah diperluaskan lagi berikutan kesediaan seorang AJK kelab peminat menyediakan berita terkini dari Ipoh. Malah Webmaster sendiri sering berulang-alik ke Ipoh bagi mendapatkan gambar-gambar aksi perlawanan Perak

  • 2002

Pada tahun 2002 pula, sekali lagi laman web yob4ever menyaksikan perubahan dengan kemunculan generasi ketiganya. Ianya telah dikemaskini dan dimantapkan lagi dengan menggunakan alamat http://yob4ever.tripod.com . Lebih banyak maklumat dan bahan berita terkini dapat diperolehi berikutan kerjasama erat di antara Webmaster dengan rakan-rakan kelab peminat di Ipoh. Namun begitu, kemunculan laman web rasmi Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) telah sedikit sebanyak membantutkan perkembangan laman web yob4ever sehinggakan pada satu ketika Webmaster pernah berhasrat untuk menghentikan operasinya.

Namun atas saranan dan nasihat beberapa orang pengunjung, laman web ini telah diteruskan operasinya dengan mengubah formatnya agar lebih menjurus kepada laman web peminat.

Pada penghujung tahun itu juga telah muncul forum yob4ever yang bertapak di ikonboard.com. Namun penggunaan ikonboard.com sebagai tapak hanya dapat bertahan sementara sahaja ekoran kelemahan penyelenggaraan pihak pembekal tapak. Maka pada tahun 2003, forum yob4ever generasi keempat telah dilancarkan dengan menggunakan iboardplus.com sebagai tapak yang baru. Webmaster telah membeli domain yob4ever.com dengan sumbangan kewangan dari enam orang peminat setia yang mana mereka ini kemudiannya dilantik oleh Webmaster menjadi moderator dan membantu beliau dalam soal mengawal selia aktiviti dan perjalanan forum.

Rentetan daripada kejayaan pasukan Perak mengungguli takhta kejuaraan liga bolasepak Malaysia pada tahun 2002, forum ini telah berjaya mencetus satu fenomena baru di kalangan peminat bolasepak Perak. Forum ini telah menerima kunjungan harian dari pengunjung dengan kadar yang amat tinggi. Pengunjung berbincang,memberi cadangan dan teguran dalam suasana ilmiah dan bebas. Forum ini juga telah mula dikunjungi oleh peminat bolasepak negeri-negeri lain di seluruh Malaysia yang membincangkan topik-topik yang kadangkala 'panas'. Namun begitu, perkembangan yang cukup positif dapat dilihat di sini dengan kehadiran pengunjung-pengunjung dari negeri lain ini.

  • 2003

Pada tahun yang gemilang ini juga, forum ini telah menempati ranking antara sepuluh laman web yang paling kerap dilayari di Malaysia. Pada pertengahan November 2003, forum ini telah mencatatkan jumlah kekerapan dikunjungi sebanyak 158,645 dengan purata 418 kunjungan setiap hari. Jumlah ahli forum yang berdaftar pula adalah sebanyak 1,699 orang dengan jumlah posting sebanyak 60,762, berkisar tentang 463 topik.

Kejayaan forum ini juga telah menjadi pemangkin kepada pembinaan laman web yob4ever generasi keempat yang menggunakan alamat http://yob4ever2003.tripod.com Tetapi kehangatan forum yob4ever telah sedikit sebanyak 'menenggelamkan' kemunculan laman web baru ini.

Pada penghujung bulan Oktober 2003, Webmaster telah mengadakan pertemuan dengan beberapa orang individu bagi membincangkan perlaksanaan projek yob4ever seterusnya. Hasil dari perbincangan itu, timbullah hasrat dan kata sepakat untuk membangun dan memiliki laman web yang menggunakan tapak berbayar. Sehubungan dengan itu, Webmaster, para moderator dan 15 individu terbabit yang terdiri daripada pakar-pakar teknologi maklumat, pereka grafik, ahli perniagaan dan golongan professional telah bersetuju untuk memberi sumbangan kewangan bagi membiayai pembelian tapak penempatan laman web dan forum yob4ever generasi terkini.

  • 2004

Webmaster, para moderator dan 15 individu yang kini telah dilantik menjadi 'crew' telah memutuskan untuk menggunakan invision.com sebagai tapak forum dan akan bekerjasama sebagai satu pasukan 'yob4everDOTcom', bagi membangunkan laman web baru. Justeru, pengagihan tugas telah dilakukan dengan membentuk unit-unit tertentu dalam yob4everDOTcom seperti unit-unit penyelenggaraan, rekacipta & pembangunan web, Grafik & Enjin, editorial dan berita. Laman web ini bukan sahaja memaparkan berita-berita bolasepak tempatan tetapi turut merangkumi arena bolasepak antarabangsa dan negara-negara lain seperti kejohanan-kejohanan Piala Dunia, EURO, Liga Juara-juara Eropah, Liga Juara-juara Asia, Liga-liga utama Inggeris, Itali, Sepanyol dan Jerman.

Dengan pelancaran forum dan laman web yob4ever yang terbaru ini, pihak yob4everDOTcom berharap agar semua pelayar internet tidak kira di mana sahaja akan dapat mengikuti perkembangan terkini dan membincangkan perihal bolasepak dalam suasana harmoni, positif dan penuh etika. Pengurusan yob4everDOTcom akan sentiasa mencuba untuk memberikan hanya yang terbaik. yob4everDOTcom percaya ianya boleh dijayakan dengan cara pemantauan yang berterusan dan pengemaskinian laman web secara konsisten dan berkala. Hanya inilah sumbangan kecil yang termampu dari yob4everDOTcom untuk kemajuan sukan bolasepak di Perak khasnya, dan di Malaysia amnya. Memasuki musim 2004 ~2005 yob4ever.com telah mengunakan laman web yang mengunakan sistem database. Sistem ini memudahkan lagi kerja-kerja kemaskini laman web kerana ia boleh dilakukan dari mana-mana PC asalkan ada talian Internet. Web ini telah dibangunkan sepenuhnya oleh saudara Kamilz http://www.kamilz.com dan diuruskan oleh Sham, Bluekang, Santana, Hesome, Jai dan Jambeso bagi kerja kemaskini. Turut membantu adalah Saudara Parock dan Joe Calleta yang mengendalikan bahagian Grafik. Manakala Crew generasi pertama iaitu Spawn, TC, Yakuza dan Jai masih dikekalkan dalam untuk mengawasi Forum.

  • 2008

18.3.2008 - Our heartfelt condolences and deepest sympathy to the family of Ghazali Mazlan @ SPAWN @ Flowerhorn who passed away this afternoon. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati Allah serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Arwah berusia 41 adalah antara pengasas yob4ever.com. Beliau sangat dihormati dengan sifat kepimpinan beliau. Sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Arwah meninggalkan seorang balu beserta 2 anak perempuan beursia 10 dan 7 tahun. Jasa dan pengorbanan beliau tidak ternilai. Kehilangan beliau amat-amat dirasai. Sebagai menghormati arwah, yob4ever.com akan menutup forum selama semingu mulai malam ini. Harap maklum - Admin Y4E.

  • 2010

yob4ever menyambut ulangtahun yang ke-10 sejak penubuhannya.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

  • 2004 - Yob4ever.com terus makin dikenali, hasilnya pihak Astro melalui rancangan Talk Show " Bersama Sheeby" telah mengundang yob4ever.com dan ganusoccer.net untuk ditemubual.
  • April 2006 - ESPN melalui rancangan "Nokia Football Crazy" saluran 81 Astro telah menjemput yob4ever untuk memeriahkan rancangan tersebut. Bagaimana rancangan tersebut yang sepatutnya disiarkan secarang langsung telah dibatalkan dan diganti dengan siaran rakaman ekoran kejadian putus bekalan elektrik disaat akhir di Sunway Lagoon.
  • Aktiviti Sepanjang 2011

20/01/2011 - Bolasepak E-fans di Padang Sek. Teknik Cheras. Pasukan Yob4ever berjaya mendapat tempat ke - 4 keseluruhan.

01/05/2011 - Kejohanan Futsal Inter Fans Club di Extreme Park Ipoh. Yob4ever menghantar 2 pasukan. Yob4ever B muncul naib juara manakala Yob4ever A tewas di Separuh Akhir.

22/07/2011 - 24/07/2011 - Cuti-Cuti Geng Ngibeh di Balok, Kuantan.

04/12/2011 - Liga Badminton Yob4ever IV : 4 pasukan bertanding iaitu Hero Malaya, Triple Trouble, No Mercy dan D07. Pasukan Triple Trouble muncul juara setelah menewaskan No Mercy dalam perlawanan akhir

  • Aktiviti Sepanjang 2012

22/01/2012 - Liga Super Futsal V telah diadakan buat pertama kalinya di Ipoh. 4 pasukan mengambil bahagian, Joma, Line 7, Diadora dan Puma. Joma muncul juara berganda setelah menewaskan Diadora 4-2 dalam perlawanan akhir, setelah muncul juara liga.

17/09/2012 - Yob4ever telah menyertai Fiesta Bolasepak Persahabatan E-fans - Piala Malaysia 2012 Edisi ke-3 di Uniten Bangi. Pasukan Yob4ever berjaya layak ke suku akhir.

17/11/2012 - Liga Badminton Yob4ever V Kejohanan diadakan di Dewan Besar MBSA Bukit Subang melibatkan 5 pasukan iaitu Millennium, Bravesword, Voltric, Tantrum dan Flame. Flame muncul juara setelah menewaskan pasukan Tantrum 2-1 dalam perlawanan akhir.

  • Aktiviti Sepanjang 2013

20/01/13 - Liga Super Futsal VI telah dilangsungkan di Kompleks Sukan JPS, Ampang. Kejohanan melibatkan 4 pasukan menggunakan nama bekas jurulatih import pasukan bolasepak Perak, Weigang, Netto, Darby dan Jang Jung. Juara LSF VI : Darby Juara Liga LSF VI : Darby Pemain Terbaik : Zulkifly (Darby) Penjaga Gol Terbaik : Fairul Ezzuan (Netto) Penjaring Terbanyak : Nujumuddin (Netto)

  • Aktiviti sepanjang 2014

12/10/14 - Yob4ever telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penganjur kepada Kejohanan Futsal Inter Fans Excelife 2014 yang melibatkan kelab-kelab penyokong siber bolasepak negeri di Malaysia. Kejohanan diadakan di Bangi Uptown Sports melibatkan 20 pasukan dari 8 negeri dan 4 pasukan media. Pasukan Selangorfc B muncul juara.

07/12/14 - Liga Badminton Yob4ever kali ke 7 di adalakan di Dewan Serbaguna INTAN, Bukit Kiara dengan penyertaan 5 pasukan. Pasukan Angsa Ganas muncul juara setelah menewaskan pasukan Panda Malaya 2-1 dalam perlawanan akhir.

Terkini[sunting | sunting sumber]

  • 18.3.2008 - Our heartfelt condolences and deepest sympathy to the family of Ghazali Mazlan @ SPAWN @ Flowerhorn who passed away this afternoon. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati Allah serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Arwah berusia 41 adalah antara pengasas yob4ever.com. Beliau sangat dihormati dengan sifat kepimpinan beliau. Sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Arwah meninggalkan seorang balu beserta 2 anak perempuan beursia 10 dan 7 tahun. Jasa dan pengorbanan beliau tidak ternilai. Kehilangan beliau amat-amat dirasai. Sebagai menghormati arwah, yob4ever.com akan menutup forum selama semingu mulai malam ini. Harap maklum - Admin Y4E.


  • Aktiviti Mingguan - Badminton (Y4E Ngibeh) setiap Jumaat jam 11 malam di Subang Racquet & Golf Club, Subang Jaya.