Pentadbiran Agama Islam di Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ketua Agama[sunting | sunting sumber]

Negeri Perak ialah sebuah negeri yang dimasukkan ke dalam apa yang dipanggil oleh Kerajaan Penjajah British, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau “Federated Malay State” yang ditubuhkan dalam tahun 1896.Mengikut Perlembagaan Negeri Perak mulai zaman itu hinggalah sekarang ini bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak adalah menjadi Ketua Agama dan Adat Melayu dalam negeri ini, yang mempunyai kuasa penuh.

Pentadbiran Agama Islam[sunting | sunting sumber]

Mengenai Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam dalam negeri Perak ini tidaklah dapat diketahui dengan jelasnya bilakah ia mula disusun dengan cara-cara yang berperaturan.Ini mungkin disebabkan oleh fahaman hati-hati orang Islam pada zaman itu bahawa masalah Agama adalah tanggungjawab individu, dengan itu tidaklah lagi memerlukan sebarang peraturan.


Undang-undang 99[sunting | sunting sumber]

Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan dibawa masuk oleh Syed Hassan dari Hadramaut semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Shah Ibni Sultan Mansur Shah (1577–1584). [1] Bahasa Inggerisnya “Ninety Nine Laws Of Perak ” adalah undang-undang yang tertua sekali di negeri Perak mengenai hal ehwal agama.

Tarikh tepat dikuatkuasakan Undang-undang 99 tidak dapat diketahui, cuma kuatkuasa Undang-undang 99 ini telah berjalan hingga pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Aziz Al-Mu'tasim Billah Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa (1938-1948). Ia telah digantikan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak tersebut telah dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948 di bawah pemerintahan baginda sultan.

Undang-Undang Bab 197 FMS[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1900 dikuatkuasakan satu undang-undang yang dinamakan:Undang-Undang Pentadbiran Perkahwinan Orang-Orang Islam Bab 197 FMS.Dengan itu, didirikan sebuah bangunan sebagai pejabat bertempat di kawasan Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar yang dinamakan Pejabat itu dengan nama: Balai Syara’, dimana ditempatkan di sana seorang Kadi Besar, yang mengetuai beberapa orang Kadi Wilayah.

Wilayah Kadi pada masa itu ialah Tanjong Malim, Tapah, Teluk Intan, Batu Gajah, Ipoh, Sitiawan, Taiping ,Simpang Lima, Kuala Kangsar, Selama, Lenggong dan Parit . Di kalangan orang-orang Melayu pada masa itu perkataan Kadi Besar kurang diketahui umum kerana panggilan Chief Kadi lebih popular.Orang-orang yang mula-mula memegang jawatan Kadi Besar dalam Negeri Perak ini ialah Tuan Habib Abdullah.

Dalam urusan pengajaran agama ditubuhkan “Komiti Quran Perak ” pada tahun 1917.Pengerusi yang pertama ialah Sultan Alang Iskandar yang waktu itu Raja Bendahara Perak .

Fungsi Komiti Quran adalah juga “Komiti Syariah Negeri Perak ” Tanggungjawab komiti ini sangat luas meliputi segala bidang pentadbiran Agama Islam pada zaman itu termasuklah kebenaran penerbitan buku agama, tarikh mengajar dan sebagainya.

Perjumpaan Ulama Perak[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 1947 ketika kehangatan tanahair kita dengan Perjuangan Nasionalis Melayu menentang Malayan Union masih sangat dirasakan , muncullah beberapa banyak pertubuhan, persatuan dan sebagainya.Di antara yang paling di Negeri Perak ini ialah Persatuan Melayu Perak yang kemudiannya diekori dengan satu perjumpaan Alim Ulama secara besar-besaran bertempat di Madrasah Iskandariah Kuala Kangsar pada 10 Ogos, 1974 dengan tujuan untuk menyatukan seluruh tenaga dan kekuatan Alim Ulama dalam negeri ini.

Dalam Hal Ehwal Agama perjumpaan ini sangat penting kerana inilah pertama kalinya satu idea dikeluarkan meminta Kerajaan menubuhkan sebuah jabatan mengenai Hal Ehwal Agama Islam khasnya di dalam Negeri Perak ini dan amnya seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Di antara tokoh yang patut dikenang di dalam perjumpaan itu ialah Dato’ Seri Ali Zaini ( bekas Speaker Negeri Perak ) yang pada perjumpaan itu ialah peserta paling muda dan paling berkebolehan mengeluarkan pendapat.Beliaulah yang mula-mula sekali mengeluarkan idea tersebut.

Penentuan Awal Muharam[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1949 Undang-Undang Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak diluluskan . Mengambil sempena dengan tarikh 1hb Muharram 1369 Hijrah bersamaan dengan tarikh 23hb 10.1949 Kerajaan Negeri Perak telah mewujudkan sebuah Pusat Agama yang dinamakan seperti nama sekarang ini “Majlis Agama Islam dan Adat Melayu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak ” dengan pejabatnya yang pertama di tempat letak kereta Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak .

Dengan penubuhan Majlis dan Jabatan pada tahun 1949 iaitu Pejabat Mufti , Pejabat Quran dan Pejabat Kadi Besar (Balai Syara’) yang semuanya berada di Kuala Kangsar dipindah dan disatukan di Ipoh.Balai Syara’ di Kuala Kangsar digantikan dengan nama “Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar”.

Dengan penubuhan itu juga mansuhlah Komiti Quran.Perjalanan sekolah Quran bertukar corak.Ia tidak lagi diajar sebelah petang tetapi dimasukkan ke dalam Sekolah Melayu sebelah pagi dan Pelajaran Quran hanya sebagai salah satu daripada Mata Pelajaran Agama Islam yang diajar.Urusan Pelajaran Agama Islam pada masa itu dikendalikan oleh seorang Nazir dan 3 orang Penolong Kanannya yang bertanggungjawab terus kepada Yang Dipertua dan Setiausaha.Kemudiannya Pelajaran Agama di sekolah-sekolah rendah ini di ambil alih pula oleh Kementerian Pelajaran.

Komiti Syariah berubah bentuk sedikit demi sedikit.Kalau dulu Pengerusi Komiti dipegang oleh salah seorang Orang Besar Negeri kemudian digantikan dengan siapa yang memegang jawatan kadi Besar dan Mufti sebagai penasihat.Sehinggalah sekarang ini Mufti menjadi Pengerusi dan Komiti Syariah digelar Jawatan Kuasa Syariah.

Sebagai kesimpulan ketika penubuhan 1949 itu hal-hal yang dikendalikan oleh Majlis dan Jabatan bolehlah dibahagi kepada Unit di bawah ini dengan Ketua masing-masing:-

  • Bahagian Fatwa diketuai oleh Mufti
  • Kadi Besar mengetuai Kadi-Kadi Wilayah
  • Bahagian Pelajaran diketuai oleh Nazir
  • Bahagian Am diketuai oleh Kerani Besar

Jabatan Agama Islam Perak[sunting | sunting sumber]

Pada 1949 Pejabat Jabatan Agama Islam Perak terletak di tempat letak kereta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak .Kemudiannya berpindah ke sebuah banglo yang kemudiannya menjadi Pejabat Tanah Ipoh.

Setelah itu Kerajaan Negeri Perak membina bangunan khas untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak di Jalan Kelab iaitu di Tapak Quarters yang musnah oleh bom di zaman pemerintahan tentera Jepun yang sekarang ini terletak Wisma Wan Mohammad .Bangunan tersebut lebih dikenali dengan nama “Bangunan Cermin

Pada tahun 1971 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di pindahkan ke Pejabat bekas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak .

Pada tahun 1986 Jabatan berpindah pula ke Kompleks Islam Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, bangunan kepunyaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak hingga sekarang.

  1. [1]