Peperangan berperisai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta kebal British mara sambil ditembak musuh dalam Pertempuran El Alamein Kedua semasa Perang Dunia Kedua.

Peperangan kenderaan berperisai atau peperangan kereta kebal bermaksud penggunaan kenderaan tempur berperisai dalam peperangan moden. Ia merupakan sebahagian utama kaedah peperangan moden.

Premis peperangan berperisai terletak pada kebolehan anggota tentera untuk menembusi barisan pertahanan dengan penggunaan pergerakan unit-unit berperisai.

Sebahagian besar penggunaan peperangan berperisai bergantung pada penggunaan kereta kebal dan kenderaan-kenderaan seumpamanya yang digunakan oleh pasukan pembantu: kenderaan tempur infantri dan artileri gerak sendiri, dan juga askar jurutera berkenderaan dan unit-unit sokongan yang lain. Doktrin peperangan berperisai dibangunkan sebagai jalan keluar daripada ciri pegun peperangan parit di Medan Barat semasa Perang Dunia Pertama, dan pulang kepada pemikiran abad ke-19 yang menganjurkan pergerakan dan "pertempuran muktamad" dalam strategi ketenteraan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Ahli teori dan pengamal peperangan berperisai[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Goldman, Stuart D. Nomonhan, 1939; The Red Army's Victory That Shaped World War II. 2012, Naval Institute Press. ISBN 978-1-61251-098-9.
  • Guderian, Heinz (2001) [1952]. Panzer Leader (ed. Da Capo Press Reissue). New York: Da Capo Press. ISBN 0-306-81101-4.
  • Hofmann, George F. and Starry, Donn A., eds. "Camp Colt to Desert Storm: The History of U.S. Armored Forces." 1999; University Press of Kentucky. ISBN 0-8131-2130-2.
  • Hunnicutt, R. P. Patton: A History of the American Main Battle Tank. 1984; Presidio Press. ISBN 0-89141-230-1.
  • Hunnicutt, R. P. Firepower: A History of the American Heavy Tank. 1988; Presidio Press. ISBN 0-89141-304-9.
  • von Mellenthin, Major General F. W. (1971) [1956]. Panzer Battles: A Study of the Employment of Armor in the Second World War (ed. First Ballantine Books). New York: Ballantine Books. ISBN 0-345-24440-0.
  • Perrett, Bryan, 1990, Tank Warfare: Combat Development in World War Two, Arms and Armour Press, London. ISBN 0-85368-993-8
  • Starry, Donn. A, General. Mounted Combat In Vietnam. Department of the Army; First printing 1978.
  • Pöhlmann, Markus 1990, Der Panzer und die Mechanisierung des Krieges: Eine deutsche Geschichte 1890 bis 1945, Ferdinand Schöningh, Paderborn. ISBN 978-3-506-78355-4
  • Stockwell, David B. Tanks In The Wire. 1990. ISBN 0-515-10333-0.
  • Zaloga, Steven J. Japanese Tanks 1939–45. 2007; Osprey. ISBN 978-1-84603-091-8.
  • Zaloga, Steven. Armored Thunderbolt, The US Army Sherman in World War II. 2008. Stackpole Books. ISBN 978-0-8117-0424-3.
  • Zumbro, Ralph. The Iron Cavalry. 1998, Pocket Books. ISBN 0-671-01390-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]