JFC Fuller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
John Frederick Charles Fuller
JFC Fuller
Kelahiran(1878-09-01)1 September 1878
Chichester, England
Meninggal dunia10 Februari 1966(1966-02-10) (umur 87)
Kesetiaan United Kingdom
Tahun perkhidmatan1899 – 1933
PangkatMejar Jeneral
PertempuranPerang Boer Kedua
Perang Dunia Pertama
AnugerahCompanion of the Order of the Bath
Commander of the Order of the British Empire
Distinguished Service Order
Tugas lainSejarawan ketenteraan, penulis, ahli ilmu ghaib

Mejar Jeneral JFC Fuller (nama penuh, John Frederick Charles Fuller), CB, CBE, DSO (1 September 1878 – 10 Februari 1966) ialah seorang pegawai Tentera Darat British, sejarawan ketenteraan, dan ahli strategi, yang terkenal sebagai seorang pelopor awal peperangan berperisai moden, termasuk pengkategorian prinsip-prinsip peperangan. Beliau juga pencipta "sinar bulan buatan".

Dalam tahun 1920-an, Fuller bekerjasama dengan BH Liddell Hart, seorang yang lebih muda, untuk mengembangkan idea tentang penjenteraan angkatan tentera. Namun, dalam apa yang dikenali sebagai "Insiden Tidworth", beliau menolak jawatan sebagai pemerintah Angkatan Berjentera Percubaan (Inggeris: Experimental Mechanized Force) yang dibentuk dalam tahun 1927. Jawatan itu juga disertakan dengan tanggung jawab terhadap sebuah briged infantri biasa dan juga garison di Tidworth di Dataran Salisbury. Fuller mempercayai bahawa beliau tidak dapat memberikan perhatian penuh kepada Angkatan Percubaan dan pembangunan teknik-teknik peperangan berjentera tanpa bantuan staf tambahan untuk menjalankan tugas-tugas lain, yang tidak dirikan oleh Pejabat Perang United Kingdom.

Idea-idea beliau tentang peperangan berjentera tetap berpengaruh pada tempoh sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, dan ironinya lebih dengan pihak Jerman, terutamanya Heinz Guderian (yang membelanjakan wangnya sendiri untuk menterjemahkan buku Fuller berjudul Provisional Instructions for Tank and Armoured Car Training ("Arahan Sementara buat Latihan Kereta Kebal dan Kereta Perisai")),[1] daripada rakan senegaranya sendiri. Dalam tahun 1930-an, Wehrmacht melaksanakan taktik yang hampir sama dengan analisis Fuller, yang dikenali sebagai Blitzkrieg. Sama dengan Fuller, pengamal Blitzkrieg mendasarkan pendekatan mereka pada teori yang kawasan-kawasan aktiviti musuh harus dipintas dan kemudiannya dikepung lalu dibinasakan. Taktik gaya Blitzkrieg digunakan oleh beberapa negara semasa Perang Dunia II, kebanyakannya oleh Jerman semasa pencerobohan terhadap Poland, Eropah Barat dan Soviet Union. Sementara Jerman, dan sedikit sebanyak Perikatan Eropah, menggunakan idea Blitxkrieg, Tentera Merah yang mengembangkan doktrin peperangan berperisainya berlandaskan operasi-operasi dalam tidak banyak mengguna Blitzkrieg. Operasi dalam dikembangkan oleh para ahli teori ketenteraan Soviet, antaranya Marshal MN Tukhachevsky, dalam tahun 1920-an, berlandaskan pengalaman mereka dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Saudara Rusia.

Teori-teori ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Asas-asas Sains Peperangan (1926)[sunting | sunting sumber]

Berkemungkinan Fuller paling terkenal dengan "Sembilan Prinsip Peperangan" (Inggeris:"Nine Principles of War")[2] beliau yang menjadi asas kebanyakan teori ketenteraan semenjak tahun 1930-an, dan yang pada mulanya terbit daripada pertemuan minat Fuller dalam hal-hal mistik dan ketenteraan. Sembilan Prinsip melalui beberapa lelaran; Fuller menyatakan bahawa ...sistem yang terbit daripada enam prinsip tahun 1912 berkembang menjadi lapan dalam tahun 1915, kepada sembilan belas dalam tahun 1923, dan kemudiannya menurun kepada sembilan dalam tahun 1925...[nota 1][3]

Sembilan Prinsip Peperangan[sunting | sunting sumber]

Sembilan Prinsip melibatkan penggunaan Kuasa (kuasa tempur). Prinsip-prinsip ini sudah diutarakan dalam beberapa cara, akan tetapi cara Fuller dalam tahun 1925 adalah seperti berikut:

  1. Hala: Apakah matlamat menyeluruh? Apakah objektif-objektif yang perlu dicapai bagi mencapai matlamat itu?
  2. Tumpuan: Di manakah akan komander tumpukan usaha utama?
  3. Taburan: Di mana dan bagaimanakah akan komander mengatur angkatannya?
  4. Kesungguhan: Kemahuan untuk berjuang, kemahuan untuk bersabar dan tekun, dan kemahuan untuk menang perlu dikekalkan.
  5. Kejutan (Pematahan Semangat Juang Pasukan): Kebolehan komander untuk menyorok niatnya sambil mencari dan mengetahui niat musuh. Kejutan yang dilaksanakan dengan baik akan menjadikan musuh tak seimbang – dengan itu meyebabkan Pematahan Semangat Juang pasukan musuh.
  6. Ketahanan: Kebolehan angkatan untuk bertahan. Ini diukur dengan kebolehan angkatan untuk mengagak kehadiran kerumitan dan ancaman. Ini dapat diperkukuhkan dengan perancangan tentang cara-cara mengelak, menangani, ataupun mengurangkan kerumitan dan ancaman dan kemudian mendidik dan melatih angkatan tentang penggunaan cara-cara ini.
  7. Mobiliti: Keupayaan komander untuk menggerakkan angkatannya sambil mengakali angkatan musuh.
  8. Tindakan Ofensif (Ketidakteraturan Angkatan): Keupayaan untuk mendapat dan mengekalkan inisiatif semasa pertempuran. Jika dilakukan dengan betul, Tindakan Ofensif akan mengganggu musuh – menyebabkan ketidakteraturan Angkatan musuh.
  9. Keselamatan: Keupayaan untuk melindung angkatan daripada ancaman.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asal, ...the system evolved from six principles in 1912, rose to eight in 1915, to, virtually, nineteen in 1923, and then descended to nine in 1925...

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Atkin, Ronald (1990). Pillar of Fire: Dunkirk 1940. Edinburgh: Birlinn Limited. m/s. 26. ISBN 1 84158 078 3.
  2. ^ The Foundations of the Science of War (1926 ed.); Chapter IX, Section 6
  3. ^ Fuller, J.F.C. (1926). The Foundations of the Science of War. London: Hutchinson.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Gat, Azar. Fascist and Liberal Visions of War: Fuller, Liddell Hart, Douhet, and Other Modernists (1998)
  • Holden Reid, Brian. J.F.C. Fuller: Military thinker (1987)
  • Searle, Alaric. "Was there a 'Boney' Fuller after the Second World War? Major-General J. F. C. Fuller as Military Theorist and Commentator, 1945-1966", War in History, 11/3 (2004), pp. 327–357.
  • Trythall, A.J. "Boney" Fuller: The Intellectual General (London, 1977)
  • Urban, Mark. Generals (London, 2005) — the chapter on Fuller is available as a downloadable PDF