Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Perang Rusia-Turki (1877–1878) |

Monumen Plevna berdekatan tembok Kitai-gorod |
| Tarikh |
24 April, 1877 – 3 Mac, 1878 |
| Tempat |
Balkan, Caucasus |
| Hasil |
Kemenangan Rusia; Perjanjian Berlin |
Perubahan
wilayah |
Kewujudan semula negara Bulgaria; kemerdekaan penuh Romania, Serbia dan Montenegro dari Empayar Uthmaniyyah; Kars menjadi sebahagian dari Empayar Rusia |
|
| Pihak bersengketa |
Empayar Rusia
Romania
Serbia
Montenegro
Sukarelawan Bulgaria |
Empayar Uthmaniyyah |
| Komander |
Mikhail Skobelev
Michael Nikolaevich
Mikhail Loris-Melikov
Joseph Gourko
Ivan Lazarev
Carol I dari Romania
Kosta Protić |
Ahmed Muhtar Pasha
Osman Pasha
Suleiman Pasha
Mehemet Ali
Veisel Pasha |
| Korban dan kehilangan |
| Rusia: 27,512 terbunuh dalam pertempuran, hilang semasa perang, dan mati akibat kecederaan. 49,828 cedera. 46,000+ mati di luar tempur, kebanyakkan akibat penyakit. [1]
Romania: 4,302 mati dan hilang, 3,316 cedara, 19,904 sakit.[2]
|
45,200+ mati, cedera atau ditawan |
|
Perang Rusia-Turki
pada 1877–1878
|
|
|
|
|
Perang Rusia-Turki (1877–1878) (Turki: 93 Harbi atau 1877-78 Osmanlı-Rus Savaşı) berlaku ekoran kebangkitan semangat nationalisme di negara-negara Balkan selain di tujuan Rusia untuk mendapatkan wilayah yang mereka hilang dalam Perang Crimea, mewujudkan semula kehadiran mereka di Laut Hitam dan berikutan cubaan pergerakkan politik bagi membebaskan negara-negara Balkan dari kekuasaan Empayar Uthmaniyyah.
Akibat dari perang ini, Romania, Serbia dan Montenegro, setiap satunya memiliki kedaulatan de facto untuk beberapa ketika, secara rasminya mengistiharkan kemerdekaan daripada Empayar Uthmaniyyah. Selepas empat abad kekuasaan Uthmaniyyah (1396–1878), Bulgaria diwujudkan semula sebagai Prinsipaliti Bulgaria, meliputi tanah di antara Sungai Danube dan Pergunungan Balkan (kecuali Dobrudja Utara di mana diserahkan kepada Romania) dan kawasan Sofia, yang mana menjadi ibu negara baru. Kongres Berlin juga membenarkan Austria-Hungary untuk menduduki Bosnia dan Herzegovina dan United Kingdom untuk mengambil alih Cyprus, sementara Empayar Rusia menduduki Bessarabia Selatan dan kawasan Kars.
- ↑ Kaminskii, L. S., and Novoselskii, S. A., Poteri v proshlykh voinakh (Casualties in past wars). Medgiz, Moscow, 1947, pp. 36, 37
- ↑ Scafes, Cornel, et. al., Armata Romania in Razvoiul de Independenta 1877–1878 (The Romanian Army in the War of Independence 187-1878). Bucuresti, Editura Sigma, 2002, p. 149
[sunting] Bacaan lanjut
[sunting] Pautan video
130 years Liberation of Pleven (Plevna)
Templat:Russian Conflicts