Perarakan Hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Artikel ini merupakan sebahagian dari siri-siri:
Sejarah Sahara Barat
Wi-map.png
Sahara Barat

Latar belakang sejarah

Perang Sahara Barat · Sejarah Maghribi · Sahara Sepanyol · Republik Demokratik Arab Sahrawi · Maghribi Sepanyol · Perang penjajahab di Maghribi · Tentera Pembebasan Maghribi · Perang Ifni · ICJ Advisory Opinion · PBB di Sahara Sepanyol · Perjanjian Madrid · Perarakan Hijau · Berm (Sahara Barat) · Hak Asasi Manusia di Sahara Barat

Kawasan-kawasan pertikaian

Saguia el-Hamra · Río de Oro · Wilayah-wilayah Selatan · Zon Bebas

Politik

Status sah Sahara Barat · Politik di Maghribi · Politik di RDAS · Barisan Polisario · Bekas ahli Barisan Polisario · CORCAS · Inisiatif Maghribi untuk Sahara Barat

Pemberontakan

Tentera Pembebasan Maghribi · Harakat Tahrir · Barisan Polisario · Intifada Zemla · Intifada Kemerdekaan

Penglibatan PBB

Resolusi 1495 · Resolusi 1754 · Misi lawatan PBB · MINURSO · Pelan Penyelesaian · Perjanjian Houston · Rancangan Baker · Rundingan Manhasset

Perarakan Hijau merupakan suatu demonstrasi strategik yang berlaku pada November 1975, dan diselaraskan oleh kerajaan Maghribi, bagi memaksa Sepanyol untuk menyerahkan wilayah autonomi semi-metropolitan Sahara yang dipertikaikan kepada Maghribi.

Perarakan Hijau[sunting | sunting sumber]

Perarakan Hijau merupakan sebuah perarakan besar-besaran dan mendapat publisiti yang sangat baik. Pada 6 November, 1975, kira-kira 350,000 rakyat Maghribi tidak bersenjata [1] telah berkumpul di bandar Tarfaya di selatan Maghribi dan menunggu isyarat daripada Raja Hassan II untuk menyeberang masuk ke dalam Sahara Barat. Mereka membawa bendera Maghribi, sepanduk-sepanduk yang meminta "Sahara Maghribi dikembalikan," gambar-gambar Raja Maghribi dan Qur'an; warna hijau yang diberi kepada nama perarakan bertujuan sebagai simbol Islam. Apabila perarakan menghampiri sempadan anggota tentera Sepanyol telah diarahkan untuk tidak melepaskan tembakan bagi mengelakan pertumpahan darah.

Bagi menjaga kawasan dan menghalang kemungkinan serangan balas dari Algeria, Tentera Darat Maghribi telah memasuki kawasan timur laut di mana berlaku tentangan sekali sekala daripada Polisario, sebuah pergerakan kemerdekaan yang berusia 2 tahun.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Maghribi, yang terletak di utara Sahara Sepanyol, telah lama menuntut kawasan ini yang dari segi sejarahnya merupakan sebahagian daripada Maghribi. Mauritania, yang terletak di selatan telah mempertikaikan tuntutan Maghribi dengan mendakwa kawasan ini secara terang-terangan merupakan sebahagian dari Mauritania. Sejak 1973, puak Sahrawi perang gerila yang diketuai oleh Polisario yang disokong oleh Algeria telah mencabar kekuasaan Sepanyol, dan pada Oktober 1975 Sepanyol secara senyap-senyap telah memulakan rundingan untuk menyerah kuasa kepada pemimpin pergerakan pemisah, kedua-duanya di El Aaiún, dengan Menteri Luar Sepanyol Pedro Cortina y Mauri berjumpa dengan El Ouali di Algiers.[3]

Maghribi bermaksud mewajarkan tuntutan mereka dengan menuntut keputusan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (MKA). MKA menyatakan bahawa terdapat ikatan taat setia yang sah pada masa lepas di antara "beberapa, tetapi hanya beberapa" puak-puak Sahrawi dan Kesultanan Maghribi, dan juga ikatan-ikatan lain termasuk beberapa kebenaran berkaitan tanah di antara Mauritania dan puak-puak Sahrawi yang lain. [1] Walaubagimanapun, MKA juga menyatakan bahawa tiada perjanjian ikatan kedaulatan wilayah di antara Sahara Sepanyol dengan Maghribi, atau Mauritania, telah dibuat pada masa penjajahan Sepanyol; dan perhubungan ini tidak cukup kuat bagi menyokong tuntutan mana-mana negara bagi pendudukan di Sahara Sepanyol. Sebaliknya, MKA mengemukan alasan bahawa penduduk asli iaitu puak Sahrawi merupakan pemilik wiliyah ini, oleh itu memiliki hak untuk menentukan pentadbiran sendiri. Ini bermakna, tidak kira apa penyelesaian politik yang dicapai berkaitan persoalan kedaulatan (penggabungan dengan Sepanyol, Maghribi, Mauritania, pemisahan atau kemerdekaaan), ia seharusnya mendapat kelulusan yang amat jelas daripada penduduk di wilayah ini. Merumitkan keadaan, Misi lawatan PBB telah memutuskan pada 15 Oktober, sehari sebelum keputusan MKA dikeluarkan, sokongan puak Sahrawi bagi mendapatkan kemerdekaan adalah "sangat besar".

Bagaimanapun, Raja Hassan II telah mengemukan rujukan kepada ikatan taat setia antara Maghribi-Sahrawi yang lalu bagi mewajarkan kedudukan baginda, tanpa menjelaskan kepada orang ramai akan keputusan mahkamah bagi penentuan nasib sendiri. (sehingga, tujuh tahun kemudian, apabila baginda secara rasminya telah bersetuju akan satu referendum di hadapan Pertubuhan Kesatuan Afrika). Beberapa jam selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikeluarkan, baginda telah mengumumkan akan mengatur satu "perarakan hijau" ke Sahara Sepanyol, bagi "menyatu kembali wilayah ini dengan tanahairnya".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Perancis) Hassan II lance la Marche verte :: Jeune Afrique
  2. Bagaimana A.S dan Maghribi merampas Sahara Sepanyol, oleh Jacob Mundy
  3. Jacob Mundy, "Neutrality or Complicity? The United States and the 1975 Moroccan takeover of the Spanish Sahara, ms. 283; in Journal of North African Studies, Volume 11, No. 3 (Routledge/Taylor & Francis Publishing, September 2006)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]