Perbincangan:Polis Diraja Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PDRM adalah salah satu organisasi unggul di dunia am nya di malaysia.Tetapi sejauh mana berkesannya ketelusan agensi ini dalam menangani masalah anggotannya. Kini telah wujud satu badan yang baru ditubuhksn iaitu Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM, yang secara totalnya banyak memberi kelemahan kepada organisasi PDRM. Tiada apa-apa yang perlu disokong disini. Ramai yang dibuang kerja, kesalahan tatatertib yang dicari silapnya oleh badan tersebut. Ingatlah anggota polis tak seramai mana,kalau dah ramai yang dibuang kerja.siapa lagi yang nak mengisi kekosongan itu KPN?atau pegawai-pegawai yang dilindungi oleh pihak atasan,sedangkan ramai pegawai kanan yang melakukan kesalahan,tetapi ada "kekebalan"melindungi mereka bebrbanding anggota bawah.

Kita tidak tahu matlamat sebenarnya atas penubuhan Suruhanjaya tersebut. Adakah semua kepincangan, kelemahan dan bermacam-macam lagi yang berlaku dalam PDRM selama ini, hendak disalahkan kepada semua anggota-anggota PDRM semata-mata tanpa mencari sebab atau punca sebenarnya. Masih banyak yang tidak dapat dikumpul atau dikutip oleh Suruhanjaya ini untuk mendapatkan punca atau sebab-sebab yang kukuh dan yang sebenarnya berlaku, jika Suruhanjaya ini sekadar mendapatkan pandangan dan pendapat orang awam sahaja yang tidak semesti tahu hal-hal dalaman PDRM yang berlaku selama ini. Peratusnya adalah lebih baik mendapat pandangan daripada anggota-anggota PDRM yang telah bersara dan yang telah berhenti dari perkhidmatan. Tapi berapa ramaikah dikalangan mereka yang mahu tampil kehadapan untuk memberi bantuan. Itulah sikap mereka yang tidak mau melenting dan bersuara iaitu satu sikap yang telah "dididik" ketika masih dalam PDRM dengan menanam satu perasaan bahawa semua yang disyorkan, diminta dan sebagainya tidak dilayan. Akibatnya boleh diibaratkan "seperti anjing menyalak bukit". Soal gaji, soal tiket waran bercuti, kebajikan dan berbagai-bagai lagi yang tidak dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. Adakah perlu Suruhanjaya memanggil pakar dari luar negara untuk membantu menjelaskan makna diskriminasi yang selama ini wujud dan anggota PDRM cukup terasa "dianak-tirikan".


Saya kurang faham, adakah saudara menyokong mereka yang bersalah dalam PDRM berterusan membusukkan nama PDRM. Setahu saya masih ramai graduan yang mengganggur (lihat statistik jabatan buruh), mereka mampu dilatih dan dengan tunjuk ajar ahli PDRM yang jujur, mampu mengharumkan PDRM seperti sebelumnya. Sekiranya masaalah gaji, warant dll yang menjadi isu, adakah saudara menyatakan wajar anggota PDRM berpaling kepada tindakan yang tercemar? Bukankah lebih eloh, masaalah ini disuarakan melalui saluran yang betul, seperti melalui persatuan, kementerian, akhbar, TV, dll. Yosri 12:29, 23 September 2005 (UTC)


Memang saudara tidak faham maksud kami. Kami tidak menyokong dan bukan mememberi galakan kepada anggota PDRM untuk melakukan kesalahan sehingga memburukkan nama PDRM. Anggota yang melakukan kesalahan tetap dikira bersalah dan perlu diambil tindakan samada dibuang kerja atau diambil tindakan tatatertib dan ia bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya kami ingin membela mereka dan tidak mau ada pihak-pihak tertentu menyalahkan mereka semata-mata tanpa mengambil kira sebab-sebabnya. Semua ini adalah penting supaya semua anggota PDRM dapat menjalankan kerja dengan sempurna tanpa diselubungi dengan perasaan tidak puashati sepanjang masa yang boleh mengakibatkan perlaksanaan tugas itu menjadi tidak sempurna, pincang dan sebagainya dan ia tidak dapat dielakkan selagi tidak diperbetulkan. Bukan sahaja berkaitan dengan kebajikan seperti tiket waran, gaji, lain-lain. Apakah perasaan saudara-saudara jika menjadi seorang anggota PDRM yang bekerja 24 jam dan mempunyai kelayakan yang sama dengan kami yang bekerja ikut waktu pejabat dan kami mendapat gaji lebih tinggi dari saudara?. Kalau saudara-saudara tidak langsung mempunyai apa-apa perasaan, kami boleh katakan semua itu bohong belaka. Baik Tentera mau pun Polis yang kita kenal selama ini untuk menjaga keselamatan, tapi ia boleh diletakkan matlamatnya pada takat yang kedua. Yang pertama dan penting sekali adalah soal pendapatan atau pun gaji untuk mencari makan memelihara diri sendiri ataupun keluarga. Begitu juga dengan logistik yang dikira penting sekali dalam setiap jabatan supaya dapat melaksanakan tugas dengan sempurna dan licin tanpa kegagalan. Kami beri satu contoh kepada saudara untuk membuat satu tugas ia itu menanggalkan atau memisahkan satu nut dari bolt dengan tidak memberi spaner sebagai alatnya. Mungkin anda akhirnya dapat menanggalkan juga walaupun tidak mempunyai spaner. Tapi saudara mungkin mengambil masa yang agak lama dari masa yang sepatutnya jika anda diberi satu spaner. Dan ini sudah menunjukkan satu kepincangan dimana satu tugas sudah mengambil masa yang agak lama. Akhirnya orang akan bercakap bahawa anda telah melengahkan tugas itu atau pun malas untuk melakukannya. 0200 hrs. 24.09.2005.

Saya simpati dengan permasalahan anda dengan polis. Sebaiknya masalah ini diselesaikan melalui saluran yang betul..mungkin persatuan yang berkaitan dengan polis...media dsb...akan tetapi maklumat berkenaan dengan PDRM adalah amat-amat dialu-alukan di sini demi mendidik masyarakat berbahasa Melayu mengenai PDRM..terima kasih..:) che 18:10, 8 Oktober 2006 (UTC)

Lencana Pangkat Pasukan Polis[sunting | sunting sumber]

Saya ingin menyiapkan halaman mengenai lencana pangkat pasukan polis. Akan tetapi, saya dapati PDRM mempunyai struktur yang sedikit rumit dari Tentera Darat dan ATM dan juga berbeza dari beberapa negara Kowanwel.
Dalam kebanyakan negara Komanwel, Ketua Polis negara mereka berpangkat Commissioner atau Pesuruhjaya. Dalam PDRM pula jawatan Ketua Polis menjadi satu pangkat tetap dalam pasukan itu. Jika dilihat dengan teliti beberapa pangkat dalam PDRM mempunyai insignia yang serupa iaitu Cif Inspektor dan ASP serta SAC I dan SAC II menyukarkan orang awam mengenalpasti. Saya berasa heirarki pangkat anggota polis adalah terlalu banyak dan patut diselaraskan semula dengan pasukan tentera.

Struktur pangkat sekarang[sunting | sunting sumber]

Inspektor Jeneral Polis Deputi Inspektor Jeneral Polis Komisioner Deputi Komisioner Senior Assistan Komisioner I Senior Asistan Komisioner II Asistan Komisioner Superintenden Deputi Superintenden Asistan Superintenden Cif Inspektor Inspektor Inspektor Percubaan Sub Inspektor
KPN TKPN CP DCP SAC I SAC II ACP SP DSP ASP CInsp Insp Insp Percubaan Sub Insp

Struktur pangkat cadangan[sunting | sunting sumber]

Saya berasa pangkat pegawai polis serta insignianya patut diselaraskan di masa akan datang seperti dibawah.
Tentera Darat Malaysia Polis Diraja Malaysia Nota
Jeneral Ketua/Timbalan Polis Negara/IGP/DIGP (berjawatan Ketua Polis Negara)
Leftenan Jeneral Deputi Komisioner/ Timbalan Pesuruhjaya
Mejar Jeneral Senior Asistan Komisioner/Penolong Pesuruhjaya Kanan
Brigadier Jeneral Asistan Komisioner/Penolong Pesuruhjaya
Kolonel Komisioner/Pesuruhjaya
Leftenan Kolonel

Superintenden/Penguasa

Mejar Deputy Superintenden/Timbalan Penguasa
Kapten Cif Inspektor/Ketua Inspektor
Leftenan Inspektor
Leftenan Muda Sub Inspektor

p/s: inshaAllah rencana penuh Lencana Pangkat Polis Diraja Malaysia akan menyusul tidak lama lagi.Mueiemax 04:33, 20 Jun 2008 (UTC)