Perbincangan:Sudirman (penyanyi)

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penukaran tajuk[sunting sumber]

Saya mempunyai satu cadangan, laman ini mungkin sesuai dipindahkan ke laman yang baru dengan tajuk ‘‘Sudirman bin Arshad’’. Saya mencadangkan perkara ini kerana ‘Hj/Haji’ merupakan gelaran bagi bapanya dan beliau mempunyai gelaran ‘Dato'/Datuk’. Penamaan ini tidak begitu sesuai kerana mempunyai satu gelaran untuk satu pihak. Irfanshaharuddin (bincang) 11:42, 23 Jun 2012 (UTC)[balas]

Saya rasa tak perlu tukar kerana itu adalah gelaran popular baginya, turut digunakan oleh Dewan Masyarakat. Lihat http://www.google.co.uk/search?tbm=bks&source=mog&hl=en&gl=uk&tab=wp&q=Sudirman%20Hj%20Arshad&sa=N Yosri (bincang) 15:41, 23 Jun 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana memberikan pandangan. Irfanshaharuddin (bincang) 10:02, 24 Jun 2012 (UTC)[balas]

Kenapa perlu pengecualian? Mungkin "Sudirman bin Arshad" jarang digunakan tetapi "Sudirman Arshad" cukup popular juga. ...Aurora... (b) 16:15, 24 Jun 2012 (UTC)[balas]
Tidak ada pengecualian, tetapi berdasarkan judul rencana itu lebih awal dicipta, pada pendapat saya patut diberi kepentingan "priority". Dari segi popular ia juga sama popular seperti pautan di berikan di atas. Untuk dasar Wikipedia mengenai penamaan lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Naming_conventions Yosri (bincang) 18:35, 24 Jun 2012 (UTC)[balas]
Laman yg anda kehendaki ialah Naming conventions (people). Penamaan mengikut mana yg lebih tepat/mengikut aturan, bukan tajuk mana dicipta dahulu. Jika nak pengecualian dan kekalkan gelaran (seperti haji), anda kena buktikan itu nama yg paling popular. ...Aurora... (b) 14:30, 25 Jun 2012 (UTC)[balas]
????, saya kurang faham kenapa saya perlu buktikan apa-apa. Nama itu telahpun menurut ([Nicknames, pen names, stage names, cognomens]. Sudirman sentiasa diumumkan sebagai Sudirman Hj Arshad ketika membuat persembahan, malah pencipta rencana itupun tahu. Anda yang perlu buktikan nama baru lebih popular/lebih diutamakan. Bagi saya tajuk sekarang sudah memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan. Yosri (bincang) 05:03, 26 Jun 2012 (UTC)[balas]
Anda sebut "berdasarkan judul rencana itu lebih awal dicipta", jadi saya kata itu tiada dalam peraturan. Anda masih belum jawab. Sebaliknya nama "Sudirman bin Arshad" atau "Sudirman Arshad" ialah nama sebenar tanpa gelaran, bukan nama baharu. Saya tak perlu buktikan apa2. Anda perlu buktikan kenapa "Sudirman Hj Arshad"? Kenapa bukan "Sudirman Haji Arshad"? Kenapa bukan nama sebenar? ...Aurora... (b) 15:34, 26 Jun 2012 (UTC)[balas]
Saya menaip dalam tablet tak boleh cerita panjang. Peraturan kata stage name "superseed" nama. Mana awak tahu apa nama sebenarnya, apa buktinya. Sila nyatakan sumber mana awak dapat yang sehingga mendakwa sedemikian. Sudirman sendiri menggunakan Sudirman Hj/Haji Arshad, juga media hiburan yang rapat dengannya juga. Lihat Finas, Murai, MyArtis, dan Tupai.com
Lihat laman Tupai, ada keratan akhbar mengenai kolum yang ditulis Sudirman turut menggunakan Sudirman Haji Arshad. Awak rasa awak lagi tahu nama sebenar dari yang empunya badan ke? Sila buktikan dakwaan anda. Yosri (bincang) 16:29, 26 Jun 2012 (UTC)[balas]
In fact, nama sebenarpun irelevent, sebab famous stage name overide actual name. Sila baca peraturan stage name. Berkenaan kenapa Sudirman Hj Arshad/Sudirman Haji Arshad saya tidak kisah yang manapun sebab keduanya popular digunakan. Sebab itu saya tekankan berdasarkan judul rencana itu lebih awal dicipta. Yosri (bincang) 16:35, 26 Jun 2012 (UTC)[balas]
Saya mungkin bersetuju dengan saudara Yosri. Tetapi, mengikut penulisan yang berdasarkan kepada gelaran seperti "Haji" perlu diletakkan titik pada akhir kata seperti Hj., perkara ini berdasarkan kepada pautan: Wikipedia:Pedoman penulisan tanda baca. Selain itu, bagaimana pula dengan penamaan bagi Sharifah Aini ? Laman mengenai beliau telah diubah kepada Sharifah Aini binti Syed Jaafar, sedangkan beliau lebih popular dengan nama ‘‘Sharifah Aini’’. Irfanshaharuddin (bincang) 10:53, 27 Jun 2012 (UTC)[balas]
Ia mungkin dilakukan oleh orang yang tidak mengetahui panduan penamaan. Bagi saya bukanlah isu besar kerana laman lencongan boleh memandu arah pengguna. Terpulanglah, saya mahu menumpu menambahkan kandungan. Lagipun pada awal dahulu saya sendiri pernah mencipta rencana artis bedasarkan nama sebenar mereka sebelum penyunting lain mahu menggunakan nama pentas. Yosri (bincang) 11:16, 27 Jun 2012 (UTC)[balas]
Saya bersetuju dengan saudara. Saya rasa tidak perlu tukar. Irfanshaharuddin (bincang) 11:39, 27 Jun 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih Yosri. Pautan sedemikian yang saya nak. Awak petik peraturan pun tak guna, saya dah baca dulu. Kalau dia masih hidup mungkin saya boleh terima, tapi dia dah lama meninggal, maka perlukan bukti. Antara Hj/Hj./Haji, lebih elok diseragamkan di Wikipedia. Memandangkan ini ensiklopedia saya sarankan ikut nasihat DBP dan guna kata penuh "Haji". ...Aurora... (b) 08:08, 28 Jun 2012 (UTC)[balas]
Irfanshaharuddin, saya tiada masalah sekiranya anda ingin menggunakan memindahkan rencana tersebut ke Sharifah Aini. ...Aurora... (b) 08:08, 28 Jun 2012 (UTC)[balas]
Bolehkah kita menukarkan laman tersebut kepada nama yang asal? Maksud saudara, dengan menekan butang 'pindahkan' ? Irfanshaharuddin (bincang) 10:43, 28 Jun 2012 (UTC)[balas]
Ya, sila gunakan butang tersebut. ...Aurora... (b) 15:52, 29 Jun 2012 (UTC)[balas]

Sumber rujukan[sunting sumber]