Perbincangan pengguna:PM Poon/Arkib2

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Archive Arkib
  1. 30 April 2006

Templat:Pendahuluan[sunting sumber]

Hai PM Poon....saya ada satu cadangan....saya fikir orang dan biografi sebenarnya merujuk kepada satu iaitu biografi sebab biografi ~ asal daripada bios:kehidupan dan graphein:tulis ...jadi saya fikir biografi lebih besar skopnya daripada orang. che 15:59, 1 Mei 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih che poon heheheh....sebenarnya saya amat sangat bersetuju dengan cadangan menggabungkan keseluruhan ahli muzik..ahli sains dsb dengan satu kategori iaitu masyarakat...che 16:28, 1 Mei 2006 (UTC)[balas]
Pada saya, baik kita jadikan biografi sebagai yang utama selepas masyarakat...kemudian barulah kita letakkan ahli sains dsb tadi di bawah biografi..sebab pengertian bios (kehidupan) tu luas ..menjangkaui pekerjaan dll...che 17:27, 1 Mei 2006 (UTC)[balas]
terima kasih gambar arkib tu..cantik...hehehehheeee...che 17:27, 1 Mei 2006 (UTC)[balas]

Musim Kemarau[sunting sumber]

Bagitau siapa yang kemarau PM Poon ...nanti kita bagi warning..hehehhe! che 19:03, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]

hello. could you like write an article in ms.wiki about Polish city, Świętochłowice, please? you can based on en.wiki. if you want, I can write an article about your city in pl.wiki. thank you very much! Szoltys

Amboi...[sunting sumber]

Wah PM Poon. Sempat menyelit di laman Alistair ye? Saya tahulah awak menterjematkannya bulat-bulat dan bukan petak-petak. Maaflah kalau saya tak letak kredit awak. Huhuhu. Sekarang ni saya dah tamat periksa. Mata saya pulak naik sakit asyik mengadap PC ni hampir 12 jam sehari. (setelah ditolak kerja yang lain).

Nampaknya, awak sudah mempunyai permintaan khas antarabangsa. Wah, Bagus. Ada kemajuan yang matang. Hehehe. Apa-apapun, bagusnya ada masa yang banyak untuk wiki ni. Tapi minggu depan saya ada kerja tambahan. Sibuk juga saya ni ya. Hehe. — Polar 08:45, 3 Mei 2006 (UTC)[balas]

P/S- Terima kasih tentang kotak laci arkib tu. Saya cari tempoh hari tapi tak jumpa. - Polar 08:46, 3 Mei 2006 (UTC)[balas]


Saya bukan cari tempoh hari... silap. Saya mencari gambar itu untuk diletakkan pada ruangan kotak arkib di halaman perbincangan saya pada tempoh hari tetapi tidak dapat dijumpai lalu saya terus mencari dan mencari tetapi pada suatu hari saya telah mendapati gambar tersebut telah anda letakkan di halaman saya dan dengan itu jutaan terima kasih saya ucapkan... Hehe. Kalau kalendar, di rumah saya ni dah terlaluu banyak. Tak tertengok semuanya... — Polar 08:55, 3 Mei 2006 (UTC)[balas]

Tukar angin...[sunting sumber]

Hai PM Poon... Pertama sekali, gambar rajah yang awak terjemahkan dalam Pengenalan kerelatifan khas sudah betul tiada apa yang perlu ditukarkan lagi. Saya pula sekaranag ni tengah angin puting beliung. Tidak keruan arahnya. Kejap nak buat tentang itu, kejap tentang ini sebab saya dah tulis siap-siap senarai tentang bidang apa yang nak buat. Jadi sekarang, saya mendapati, saya tak tahu nak buat yang mana satu. Mood belum datang lagi.

Saya menyedari awak telahpun bertukar ke rencana Indonesia. Saya lihat pada tempoh hari (bukan lihat tempoh hari) pada ruangan statistik wiki, kita sudah jauh ketinggalan (mana taknya kalau rencana indonesia juga byk rencana pendek dan stub). Kita kalau ada rencana pendek sikit ke, padam terus. Konon nak jaga piawai. Lagipun, ada juga pengunjung wiki hanya tahu melepaskan tahi saja. Bukan nak membantu. Kita memang sukar nak kejar. Jadi, kalau awak nak tukar tulisan indonesia ke Melayu, nanti jangan keliru pula. Silap-silap, rencana melayu ada tulisan indonesia macam yang saya lihat petang tadi ketika mencuba-cuba Halaman Rawak.

Apa-apapun, kita buatlah yang terbaik dan saling tunjuk ajar.... — Polar 13:04, 3 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hmm. Kasihan awak. Belum sempat enjin tu panas, minyaknya habis... hehe. Apa nak buat. Apa kata awak beli buku kamus dewan bahasa saja. Sekurang-kurangnya awak tak membazirkan masa.. — Polar 16:22, 3 Mei 2006 (UTC)[balas]

Rencana pilihan automatik[sunting sumber]

Cadangan anda untuk mengautomatikkan rencana pilihan saya sokong kerana ia lebih mudah dan senang. Rencana pilihan juga dapat diletakkan tepat pada masanya.

Rencana pilihan ditukar setiap minggu. — Master2841 06:43, 4 Mei 2006 (UTC)[balas]


  1. Burung sudah saya satukan.
  2. Burung sudah saya tembak. Yosri 10:29, 4 Mei 2006 (UTC)[balas]

Taiwan/Rep of China[sunting sumber]

Ceritanya panjang, tetapi saya tidak fikir penting untuk diterjemah. Saya pernah baca semasa rencana tersebut diterjemahkan (bukan saya), amat panas. Bagaimanapun, kerana Wiki BI mengekalkannya, saya berpendapat dikekalkan sehingga kata putus Wiki BI. Kita tiada sumber untuk berdebat panjang mengenainya. Buang masa. Pendek kata, perdebatan itu adalah dari segi politik antara ROC dan Taiwan, kedua-dua mengaku kerajaan China yang sah. Sayapun dah tak angkat pot dah. Pening. Sebelum buat keputusan, kaji perbincangan di Wiki BI, dan berikan ringkasan di BM sebelum membuat perubahan. Ini agar tidak merugikan dari segi maklumat dalam Wikipedia bahasa Melayu. Yosri 11:42, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]

Sila lihat balasan saya mengenai rencana ini di bahagian Perbualan TaiwanAlistair 12:19, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai che poon...macam mana nak buat jadual yang canggih...tak reti la..kadangkala tak de garis pon...harap boleh membantu..che 19:59, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]

Tau tak mana sumber dalam wikipedia inggeris..che 06:10, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]
Dah jumpa che poon..cuba check WIKIPEDIA:TABLE che 09:52, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]
Saya check lepas tu saya jumpa ini [1]

che 10:11, 6 Mei 2006 (UTC) sebab bilamana saya ubah templat wikipedia inggeris kepada melayu....tak ada border...che 10:13, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Habis, macammana nak buat...! Pening kepala...che 10:19, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]
Tolong tengokkan macam mana nak buat sempadan jadual (borderline) dalam Yanina Korolchik?che 10:42, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]
Cayalah che poon....tapi apa maksud...padding..? Terimakasih kerana membantu...hEHEHE :) che 11:44, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Gambar Maya Karin[sunting sumber]

Hai che poon...dulu saya dah letakkan gambar maya karin sekrg dah tak tak de....kenapa ye? che 07:10, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih sebab masih simpan gambar 'heart throb' saya...hehehe...sebenarnya saya dapat gamba itu daripada laman angelfire...dan saya dah letakkan pautan gambar berkenaan..

che 07:38, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

bagus juga cadangan tu..sebab sebenarnya banyak gambar yang saya letak saya tak tahu kat mana dia menghilang...boleh jadi bahan rujukan masa lampau....kalau boleh semua gambar yang dibuang diletakkan dalam arkib...supaya kita tahu apa proses yang berlaku pada sesuatu gambar ...tak lah saya sedihh....(acah aje...)..hehehh che 08:00, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hidupan kepada taksonomi hidupan[sunting sumber]

Hai che poon..lebih bersemangat nampaknya hehehe....saya fikir kita adakan kena tambah taksonomi hidupan...sebab taksonomi merangkumi kawasan lebih luas..che 16:04, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Macam ni....taksonomi berasal daripada perkataan Yunani - tassein = untuk mengelaskan , nomos = sains, undang2/peraturan...sebenarnya taksonomi adalah sains pengelasan objek samada objek itu hidupan atau bukan hidupan...jadi kalau kita nak kelaskan hidupan ..guna yang che poon buat and then improve daripada situ..kalau nak tahu ...sila lihat en:taxonomy che 16:27, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]
Alamak ..yalah nampaknya kita berduaje kot...ehehehehe..che 17:04, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]
Mungkin anda berdua hendak merujuk kepada spesies. Saya cadangkan kita letakkan kategori bagi setiap pengkelasan dalam spesies. Jadinya, pembaca boleh mengikut pautan ke atas dari spesies ke famili, sehingga haiwan, ke alam semulajadi. Yosri 11:22, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Judul lagu bahasa melayu[sunting sumber]

Hai che poon, sebenarnya saya kurang arif dalam penggunaan huruf kecil, walau bagaimanapun..saya pasti penggunaan sama seperti bahasa inggeris kerana penggunaan huruf roman..saya fikir kita ikut sahaja penggunaannya seperti bahasa inggeris...sehingga muncul pengguna baru yang lebih mahir...

In titles of songs or albums, unless it is unique, the standard rule in the English language is to capitalize words that are the first word in the title and those that are not conjunctions (and, but, or, nor, for), prepositions (in, to, over, through).

Bagi judul-judul lagu dan album-album, peraturan piawai dalam bahasa Melayu adalah untuk mengubah huruf awal dalam perkataan pertama dalam judul berkenaan dan perkataan yang bukannya dari golongan kata penghubung (dan, tetapi, atau, untuk/bagi) dan kata depan (dalam, kepada, menerusi).

che 04:00, 8 Mei 2006 (UTC)[balas]

entah la mungkin kurang hehehe...campur indon....kena kira tu hehehe!

che 04:48, 8 Mei 2006 (UTC)[balas]

Gunung Merapi[sunting sumber]

Hai PM Poon.....Tolong betulkan koordinat spy masuk dalam jadual...itulah jadinya kalau copy tapi tak faham....kepalaku juga mau meletup macam Gunung Merapi! hehehehe!

che 07:03, 8 Mei 2006 (UTC)[balas]

hehehhe...terima kasih....kalau che poon dah ada lagi senang bicara..ayuh...dong..(bahasa indonesia)...berkenaan dengan pautan tak faham...boleh jelaskan..

che 15:41, 8 Mei 2006 (UTC)[balas]

Mohon dukungannya[sunting sumber]

Hai PM Poon.. Wikipedia Indonesia lagi mengadakan pemungutan suara untuk pengangkatan checkuser. Mohon dukungannya atas pencalonan saya. Tetapi jika Anda tidak setuju juga tidak mengapa. Terima Kasih. borgx (bicara) 03:03, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

PM Poon. Saya lihat Anda vote untuk Meursault2004. Jika memang niat Anda begitu, harap abaikan saja pesan saya ini, karena saya takutnya Anda salah vote. -- borgx (bicara) 03:16, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

Terjemahan messagesMs.php[sunting sumber]

Kalau begitu minta anda tolong memperbaikinya boleh? Bahasa tidak 100 % betul tidak mengapa, tapi kalau format tidak betul, terus tak boleh pakai. ...Aurora... 04:16, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

Saya serahkan pada anda dan Borgx untuk membuang hardcoded Wikipedia strings. Lihat juga bugzilla:5697. ...Aurora... 05:30, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

Agama/kepercayaan.[sunting sumber]

Hai PM Poon,
Saya pernah membaca bahawa Taoisme bukanlah satu agama (kerana tidak mengajar ketuhanan), tetapi merupakan satu aliran falsafah/kefahaman. Adakah kita akan mengelaskan agama sebagai aliran yang mempunyai sistem ketuhanan, atau agama secara umum, iaitu kepercayaan yang diamalkan oleh pengikutnya. Ini kerana saya tidak mahu timbul percanggahan, apabila lebih banyak ajaran ditulis, contoh Black Metal adalah aliran dalam contoh 1 tetapi agama dalam contoh 2. Yosri 00:24, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hee.. Hee.. Hee.. Silap tempat letak komen atas ni dulu. Sudah alihkan. Yosri 06:05, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

Tidak mengapalah Alistair 08:37, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

Kotak 'Conflict of Laws'[sunting sumber]

Hai PM Poon, bagaimana anda mengubah nama rencana dalam kotak Konflik undang-undang yang anda letak dalam rencana kerakyatan dan kewarganegaraan itu? Terdapat beberapa terjemahan yang salah, seperti terjemahan perkataan State ke "Negeri". Dalam keadaan ini, perkataan state bukan merujuk kepada negeri tetapi kepada negara dari segi politik

Jika anda merujuk kepada kamus Bahasa Inggeris, anda akan mendapati bahawa adanya tiga perkataan merujuk kepada "negara" dalam Bahasa Inggeris, iaitu;

  • Negara dari segi kebudayaan. Dalam bahasa Inggeris dipanggil nation.
  • Negara dari segi geografi. Dalam bahasa Inggeris dipanggil country.
  • Negara dari segi politik. Dalam bahasa Inggeris dipanggil state. (Ya, meskipun state bermaksud negeri, ia juga bermaksud negara!)

Perkataan nation, country dan state ini kesemuanya hanya mempunyai satu perkataan dalam bahasa Melayu, iaitu negara, dan ini harus dinotakan.

Rencana undang-undang antarabangsa khusus iaitu Private international law adalah sama dengan rencana konflik undang-undang atau Conflict of Laws. Bagaimana untuk mengubah nama-nama dalam kotak Conflict of Laws tersebut? Alistair 12:02, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

Sebenarnya Conflict of Laws dan Private international law sama sahaja maksudnya, istilah yang digunakan lain sahaja. Satu menekankan sifat keantabangsaannya dan satu lagi pula sifat percanggahan undang-undang sahaja. Jika anda melihat Wikipedia Inggeris, meskipun rencana itu sendiri bernama Private international law, templatnya bertajuk Conflict of Laws tetapi sama sahaja maksudnya. Ia bukannya sesuatu yang penting :D --Alistair 12:10, 12 Mei 2006 (UTC)[balas]

Republik Taiwan[sunting sumber]

Sebenarnya rencana Republic of Taiwan berkenaan bukannya satu negara yang wujud, cuma matlamat orang Taiwan yang berpendirian pro-Merdeka sahaja. Saya memang bercadang mahu menterjemahkah rencana ini kedalam satu rencana Republik Taiwan (ataupun kamu sudi melakukannya?) untuk memperjelaskan lagi keadaan politik Taiwan. Rencana-rencana lain yang perlu dalam Wikipedia Melayu berkenaan ini adalah Kemerdekaan Taiwan, dan Penyatuan semula dengan China Alistair 13:06, 12 Mei 2006 (UTC)[balas]

Oh ya, satu lagi adalah Provinsi Taiwan Alistair 13:08, 12 Mei 2006 (UTC)[balas]

Perlaksanaan cadangan berkenaan Taiwan (hampir) selesai[sunting sumber]

Hai PM Poon, ini adalah untuk memberitahu anda tentang penyelesaian perlaksanaan kata sepakat kita di Perbualan:Taiwan. Groundwork telahpun saya buat, rencana-rencana itu hanya perlu disempurnakan sahaja. Disamping ini, saya menerima tawaran awak dan kini menggelarkan awak sebagai 老师 lăoshī (cikgu) rasmi saya di Wikipedia ini. Saya rasa sekarang ini kita mempunyai apa yang dikatakan good working relationship. Terima kasih kerana membantu saya menyesuaikan diri di Wikipedia ini. Alistair 15:27, 12 Mei 2006 (UTC)[balas]

Gagal mengemelkan 老师[sunting sumber]

老师, saya telah cuba mengemelkan anda mengikur prosidur yang anda katakan, tetapi gagal. Saya rasa anda belum enable lagi kemudahan itu. Ia bukan sahaja perlu didaftar, tetapi juga diaktifkan, seperti perkhidmatan telefon Hotlink. Alistair 阿力斯特伊儿 12:22, 13 Mei 2006 (UTC)[balas]


Takkan saya suka2 nak memadam kategori. Tapi mengenai kategori syarikat itu, memang saya silap ganti :) ...Aurora... 02:03, 14 Mei 2006 (UTC)[balas]

Satu lagi, saya lihat anda mencipta templat Templat:Interwiki, bukankah dah ada Templat:InterWiki, sekarang ada dua templat yg sama di Bahasa Ido. ...Aurora... 02:11, 14 Mei 2006 (UTC)[balas]

hehehe....sibuk sikit lah...tgh cuti....che 08:29, 14 Mei 2006 (UTC)[balas]

Kategori undang-undang[sunting sumber]

anda memang betul chepoon..hehehe..sebenarnya yang anda buat itulah yang berada di benak(otak) saya.......saya ingin cadangkan kepada chepoon...mungkin kepada rakan2 yang lain supaya kita adakan seperti yang chepoon buat...ada rajah hierarki....(mungkin wikipedia:hierarki kategori supaya mereka nampak taksonomi yang piawai yang che poon buat)...saya sokong!!! che 17:20, 14 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hakcipta[sunting sumber]

Pengunaan gambar dengan hakcipta berbeza antara Wikipedia dengan Wikipedia. Ini adalah sebab utama saya tidak lagi menyumbang gambar kepada Wikipedia Commons. Wikipedia Inggeris dan Wikipedia bahasa Melayu tidak semestinya mempunyai polisi yang sama. Yosri 00:43, 15 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Poon.Terima kasih diucapkan kepada awak. Saya memang amat berminat mengembangkan cerita tentang kampung halaman saya ;-). Saya juga bercita-cita untuk membuat laman web khas berkenaannya tetapi belum ada pengetahuan. Jika berkesempatan, saya juga berminat menterjemahkan karya dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu bagi artikel yang relevan dengan negara kita Malaysia. Saya lihat penulis negara jiran kita begitu aktif menterjemah. Tahniah juga saya ucapkan kepada PM Poon atas inisiatif anda.

Dua perkara[sunting sumber]

  • Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan, ya, lihatlah laman utama hari ini.
  • Banyaknya kategori surat khabar :) Untuk pengetahuan anda, dah ada Kategori:Akhbar. Rencananya juga terletak di Akhbar.

...Aurora... 03:54, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

  • Kedua-dua akhbar dan surat khabar digunakan secara meluas. Yang mana lebih umum? Saya tak tahu. Cuba tanya pakcik Google :) Saya tak kisah sangat perkataan mana yang hendak digunakan.
  • Alamak, saya ingat tujuan templat itu ialah mendapatkan penyumbang, rupanya berjaya mendapat pengguna berdaftar sahaja :(

...Aurora... 10:01, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Aurora,
Jangan susah hati. pengguna yang berdaftar itu pun sudah bagus. Sekurang-kurangnya mereka mengambil usaha mendaftar. Mungkin tidak lama lagi mereka akan mula menyumbang pula. Berilah mereka masa. Yosri 11:24, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai PM Poon,
Anda tak pening ke kerana tak tidur. Saya tidur lewat, anda tidur awal. Yosri 11:30, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

Kuantiti lawan kualiti[sunting sumber]

Hee.. hee... heee... Dahulu saya menulis di laman web sendiri, banyak masa nak karang dan jaga kualiti. Kini, apabila di Wikipedia, rambang mata nak tulis. Semua hendak tulis, tak ada masa nak periksa betul-betul. Tetapi kalau ada silap tu, silalah betulkan. Humm... Dah lama tak lawat laman sendiri. Ni kena tenguk balik ni. Tuan sendiri pun tak pergi lihat, macam mana ni.... Yosri 12:16, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

Dahulu saya ambil masa 2.5 bulan nak tulis satu rencana. Kalau pada kepantasan tersebut, saya akan dapat menghasilkan 1,000 rencana dalam tempoh 208.3333333 tahun le.... Panjang janggut saya nanti..... Yosri 12:35, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih![sunting sumber]

Terima kasih kerana surat yang anda emelkan kepada saya, PM Poon. Ia membuat saya amat terharu... isk isk!

Ha ha, saja nak biarkan orang lain terpinga :P

Saya telah membacanya tetapi saya akan membalas kemudian. Sekarang saya akan membalas apa yang di Perbualan:Negara itu dan kemudian meneruskan "tugas". Bak kata pepatah, Pengguna produktif, Wikipedia aktif!

Dan perisian translasi Bahasa Melayu - Inggeris itu amat menarik dan kelakar sekali. Bila saya terjemah "I like Jerusalem" boleh pula ia jadi "Saya sukakan Baitulmuqqdis" ya, tetapi sesuatu yang melucukan yang saya dapat adalah daripada "Jewish people are cool" = "Orang yahudi adalah sejuk" :P Alistair 阿力斯特伊儿 12:23, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

Kereta Volvo, betul ke? Kalau kereta Ferrari, bolehkah? (Air liur meleleh) Alistair 阿力斯特伊儿 15:25, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

Ala, saya bergurau sahajalah. 只是开玩笑而已! Alistair 阿力斯特伊儿 15:44, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]

Bahasa Bawean[sunting sumber]

Hai Poon, awak boleh mencari Bahasa Madura dalam wikipedia Bahasa Indonesia untuk pautan tersebut. Saya kurang faham bagaimana cara membuat pautan tu la.... ;-))) tolong ya......


Saya faham, sebab itulah saya katakan ia percanggahan pendapat peribadi. Tetapi dalam konteks apa yang diperlukan untuk satu Wikipedia yang baik, ia memang berkesan.

Sebenarnya kita boleh perbincang panjang lebar tentang ini tetapi tidak wajar kerana Wikipedia bukan tempat untuk bertelengkar tetang perbezaan pendapat peribadi berkenaan perasaan, tetapi perbezaan pendapat professional. Saya telah mengemukakan pendapat saya dalam capacity professional dan jika ia hendak direfutekan, hendaklah berbentuk professional juga. Jika orang ramai tidak mahukannya disebabkan perasaan, maka itu kelemahan mereka, bukan teori saya. Tetapi, anda juga mempuyai poin sah dari segi professional, iaitu ramai orang akan melarikan diri kerana kelemahan itu. Tetapi itu trend zaman sekarang, dimana lebih ramai pentingkan pentingkan diri dari dahulu. Sebab itulah dunia kini tidak aman. Bak kata Ghandi, there is enough in the world for everyone's need, but not enough for one man's greed. Tetapi sini juga bukan tempat untuk bincangkan pandangan etika, jadi saya rasa disini sahajalah kata-kata saya mengenai topik di Perbualan:Negara itu. Alistair 阿力斯特伊儿 04:45, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

Bahasa Bawean[sunting sumber]

Terima kasih atas penerangan tersebut, saya akan cuba memahaminya. Maaf bertanya, Poon merupakan salah seorang koordinator ya? Saya akan cuba terjemahkan halaman Bahasa Madura selepas ini (perlu buat penyelidikan sosial dulu, biasanya dari pergaulan....). Jumpa lagi ;-) Ciklee 05:44, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

Sebenarnya...[sunting sumber]

Hai PM Poon, masalah saya sebenarnya ialah saya berasa keliru dengan pendapat orang lain yang mengatakan bahawa Wikipedia adalah laman web yang membuangkan masa dan tenaga. Saya dengar perkara ini dari anggota keluarga saya iaitu dari kakak saya. Jadi, itulah masalah sebenarnya. Lagi satu, sebenarnya saya ingin cadangkan untuk membuka suatu Ensiklopedia bebas edisi Melayu buatan saya sendiri khas untuk bantu orang Melayu, lagi satu ensiklopedia bebas saya ini boleh disunting oleh sesiapa jua. Hehe, tak boleh beritahulah apa nama Ensiklopedia buatan saya sendiri yang akan saya berikan. Satu lagi, saya tidak mempunyai ramai kawan dan saya berasa curiga untuk berkawan dengan sesiapa saja. Sebenarnya juga saya tipu awak kerana tujuannya untuk menunjukkan gambar awak kepada saya, maaf banyak-banyak. Saya nak katakan, muka awak memang nampak seram... maaf sekali lagi kerana berkata demikian, dan adakah saya boleh percaya kata anda? Bolehkan sesiapa sahaja bantu selesaikan masalah tanpa mengira sesiapa jua..... terima kasih. — Emrrans 16:32, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

p/s:Saya berasa bahawa saya kena banyak berehat kerana banyak tumpuan saya berikan adalah pada Wikipedia ini, dan ia memenatkan. Tak boleh keluar sebabkan oleh Wikipedia dan saya juga ada konflik dalam diri samada mahu keluar dari Wikipedia ini atau tidak. Satu lagi, saya nak katakan bahawa walaupun saya pelik tetapi saya amat mengambil berat tentang Wikipedia Melayu. Akhir sekali, minta maaf kerana saya marah kat Wikipedia ini lalu keluar dari sini. Saya tidak berniat untuk berbuat begitu. Saya juga tidak suka tugas yang begitu berat di Wikipedia ini jadi terima kasih banyak-banyak kerana anda berasa sudi membantu saya. Saya juga telah membuat wikipediasister iaitu Wikimedia Commons dalam edisi Melayu. Jadi kenalah bangga dengan sumbangan saya. PM poon, saya juga kena beritahu anda bahawa saya tidak benci dengan setiap manusia di dunia ini termasuk pengasas dan pengguna Wikipedia dan termasuk juga kamu PM Poon, kecuali kalau dia jahat atau dia orang yang menyusahkan. Like people said, nobody is perfect.

Apasal Wikipedia bahasa Melayu kita tak dapat anugerah hasil rencana yang kita buat?[sunting sumber]

Hai PM Poon, apasal kita tak dapat anugerah hasil rencana yang kita buat? Sedangkan Wikipedia dalam bahasa lain seperti Wikipedia Inggeris dan Wikipedia Perancis dapat anugerah rencana yang mereka hasilkan? Cuba pergi ke mana-mana rencana Inggeris yang ada bintang di laman bahagian atas belah kanan, atau pergi ke link "featured articles" .Saya memang amat mengambil berat dan mahu bantu Wikipedia Melayu ini untuk maju setanding dengan Wikipedia bahasa lain. — Emrrans 16:40, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hee. hee.. Saya pelik jugak, sedang baca perbualan PM Poon, terasa macam baca perbualan Yosri. Sebab ada perutusan kepada Yosri di sini.

  • Saya dah uji perisian itu, memang bagus. Cuma sedikit yang perlu diperbetulkan.
  • Berkenaan katak dan kodok, sepanjang yang saya tahu kodok bagi katak puru. Katak jugaklah tu..
  • Saya kini kurang masa bagi menyunting di Wikipedia, jadi kurang sedikit rencana panjang. Cuma sikit-sikit tambahan sahaja. Tetapi Alistair amat menonjol sekarang. Baguslah tu. + PM Poon, makin meletuplah Wikipedia Melayu. Terutama dengan bom-bom PM Poon. Gurau saja tau. Jangan marah... Yosri 11:15, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Alistair...siapa??[sunting sumber]

Che poon....aistair ni sape...?boleh kenalkan ...hehehe...sebab rencana negara nampak macam ok je...hehehe....che 18:05, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Tanjung Sedili[sunting sumber]

Saya tiada kamera digital. Hujung bulan ini saya akan balik ke kampung, saya akan cuba usahakan, jemputlah datang ke kampung saya jika ada kesempatan. Boleh tinggal di 'resort' yang saya nyatakan dan Poon boleh saksikan sendiri matahari tenggelam di muara sungai sedili ;-). Cuma saya perlukan bantuan Poon cara untuk muat turun ke laman web. Boleh ya.... Ciklee 02:45, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]

Halaman Muat Naik[sunting sumber]

Apakah maksud anda kotak "lesen imej"? Kotak ungu tu ke? ...Aurora... 10:06, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]

Saya dah lihat, tapi tak pasti nak buat macam mana. Saya akan cuba. ...Aurora... 06:30, 22 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai PM Poon,
Saya lihat anda begitu rajin meletakkan stub, tetapi berapa panjang sesuatu rencana sebelum anda berhenti meltakkan stub. Saya lihat ada beberapa rencana yang agak panjang 5 ayat, anda masih letak stub. Susah sedikit macam itu. Banyak sangat stub nanti. Yosri 13:13, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]

Sistem Kedudukan Sejagat[sunting sumber]

Hai PM Poon, terima kasih atas pesanan anda. Maaflah, saya tidak sedar yang anda menukar saiz gambar. Saya sangka anda cuma sekadar menukar tempat letak sahaja. Apa-apapun, rencana itu sudah selesai, perbaikilah mana yang patut. --Hanief 04:27, 20 Mei 2006 (UTC)[balas]

Masalah pada laman utama[sunting sumber]

Hai Poon. Adakah terdapat masalah pada laman utama kerana rencana Confucius tidak muncul. — Master2841 08:11, 21 Mei 2006 (UTC)[balas]

Silalah lihat pesanan saya di Perbualan Pengguna:Master2841. ...Aurora... 06:30, 22 Mei 2006 (UTC)[balas]

Apasal u umpat pasal saya?[sunting sumber]

PM Poon, apasal u umpat pasal saya? U suka lagakan orang ya? Saya tanya awak pulak, apa masalah u? Saya percaya cakap u, pastu u buat camni kat saya. U ingat saya tak tahu apa-apa ke? Kamu jangan salah faham tentang saya. Kamu tahu tak saya bekerja keras untuk memajukan Wikipedia Melayu? Sebab saya tak mahu jadi penyelia di Wikipedia ialah kerana tugas penyelia terlalu berat. Memang saya teringin jadi penyelia Wikipedia Melayu pada mula, tapi akhirnya saya silap. Lagi satu sebab mengapa saya tak mahu lagi menyumbang ialah di Wikipedia Melayu ini, jarang ada kebanyakan orang datang ke sini mahu tolong-menolong majukan Wikipedia Melayu ini, tu pun ramai pengguna berdaftar tapi takde pun nak menyumbang, u sendiri cakap Wikipedia Melayu memerlukan lebih banyak penyumbang. Cubalah fikir jika saya sudah tiada di sini janganlah hebohkan tentang saya pada orang ramai. Satu lagi, u juga kena fikir Wikipedia ini adalah memenatkan, u sendiri tau kan? Tentang perkara yang u tulis mengenai saya, cuba u lihat petikan yang u tulis seperti berikut:

Bagaimanapun, selepas kejadian yang baru-baru ini mengenai seorang pengguna amat baru yang diberikan peluang menjadi penyelia tetapi tidak menghargai apa yang diperoleh dengan begitu senang, saya berpendapat bahawa peraturan yang memerlukan seorang pengguna menyertai Wikipedia bahasa Melayu sekurang-kurang tiga bulan harus dipatuhi. Memang peraturan itu mempunyai logik dirinya.

Inilah yang u tulis. Faham? Takpe, aku tak minta apa-apa dari awak, itulah yang u cakap pada saya. Aku dah boleh berdikari serta boleh majukan diri setanding dengan orang lain..... satu lagi saya nak kata ialah kan awak kata awak nak keluar dari Wikipedia, tapi tak keluar pun. Kamu juga kata bahasa Melayu kamu tak begitu bagus sedangkan saya lihat bahasa Melayu kamu begitu bagus, jadi kenapa keyakinan diri kamu begitu rendah? Saya tanya masalah awak pulak. Lastly I want to say is I quit becoming a Malay Wikipedian sysop, tanya Yosri suruh dia buangkan sysop saya. Takpe kalau u nak padamkan mesej yang saya tuliskan ini atau memberi amaran kepada saya takpe buatlah. — Emrrans 09:46, 21 Mei 2006 (UTC)[balas]

Walaupun Poon tak maksud kepada sesiapa tapi hujah PM Poon ada kebenaran. Anda kena bersyukur dengan apa yang dimiliki. Mungkin anda masih muda jadi tidak berfikir panjang. Walau apa pun bersabarlah kerana Poon tak maksudkan sesiapa. — Master2841 17:35, 21 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Emrrans, saya tidak menamakan sesiapa. Kenapa anda menganggap pesanan itu ditujukan kepada anda, sedangkan penyelia yang lain seperti Polar yang "hilang" selama dua minggu tak menganggap pesanan itu ditujukan kepadanya? Memang ada alasan yang kukuh, kan? — PM Poon 17:48, 21 Mei 2006 (UTC)[balas]

Gurauanmu adalah benar...[sunting sumber]

Hai PM Poon. Saya memang baru lepas tidur. Hehe. Penat tak habis lagi. Terus terang saya katakan apabila saya melihat betapa Didie begitu aktif dan saranan anda untuk menjadikannya seorang penyelia membuat saya terfikir kembali tentang betapa kurang aktifnya saya kini dalam menyumbangkan rencana. Jika hendak dibandingkan, setelah saya menjadi penyelia, saya lebih sibukkan kerja untuk menyelia berbanding menyumbang rencana yang saya minati untuk dikongsi bersama. Kini, saya selalu masuk, tengok rencana orang dan kawal pelaku musnah. Rencana untuk disumbang langsung tak sempat dijengah. Sebab itu, apabila cukup tempoh untuk Didie dipertimbangkan menjadi penyelia dan tiada kekosongan, saya ingin melepaskan tanggungjawab itu. Tambahan pula, hidup saya semakin sibuk apabila saya akan melangkah ke tahun dua di universiti. Sudah tentu saya akan jarang muncul di sini dan menyelia dengan baik. Saya tak kisah. Saya menyumbang di sini pun kerana saya ingin berkongsi bersama fakta yang saya ada dan saya menjadi penyelia pun kerana pengguna dan penyelia yang lain mencadangkannya, saya menerimanya. Tujuan saya di sini adalah untuk menyumbang rencana dan jika kerja-kerja menyumbang rencana saya sudah tersekat serta saya sukar untuk memenuhi jawatan penyeliaan, mungkin tanpa was-was, saya akan berundur diri seperti awak. Saya tak mahu gilakan kuasa jika kerja tak dapat dilakukan dengan sempurna. Biar orang kenali saya dengan kerja saya dan bukan jawatan saya. Tapi saya tetap kenal awak kerana awak yang paling aktif. Hehe. — Polar 09:53, 21 Mei 2006 (UTC)[balas]


(P/S: Polar, tak nak lagi ke membantu mencipta sebuah sumber bahasa Melayu yang terbesar di dunia? "Tak kan anda hendak Melayu hilang di dunia?" Sampai hati kau!!)

Memang saya hendak mengekalkan Melayu dan kedaulatannya sebaik mungkin. Sebab itu saya katakan, jika tugas menyelia sering mengganggu saya untuk menambah rencana, saya akan berundur diri. Maka, saya ada lebihan sedikit masa untuk merancang dengan baik tentang rencana yang akan saya lakukan dan mengawal bahasa. Mungkin itu kelihatan agak mementingkan diri sendiri apabila saya tidak mengendahkan rencana orang lain tapi saya tak mahu menjadi orang yang tidak melaksanakan amanah dengan baik. Saya tengok dulu macam mana. Jika benar tiada kekosongan dalam jawatan penyelia, panggil saya dulu tau! Saya dengan rela hati menyerahkan jawatan saya kepada sesiapa yang mengkehendakinya. — Polar 11:01, 21 Mei 2006 (UTC)[balas]

Montenegrin Independence Referandum 2006[sunting sumber]

Saja untuk memaklumkan bahawa sekarang ini negara Montenegro akan mengundi sama ada untuk merdeka atau tidak daripada kesatuan Serbia dan Montenegro. Ramalan awal menampakkan bahawa gabungan pro-Merdeka akan menang. Jika iya, mungkin kita kena bahagikan rencana itu. Bukankah ia sesuatu detik bersejarah?

Lihat pautan ini [2]

Alistair 阿力斯特伊儿 02:38, 22 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hierarki Kategori[sunting sumber]

che poon, hehehe ..saya tertarik dengan rajah pokok awak (contoh di bawah)..bukan sahaja senang untuk dirujuk malah amat senang untuk difahami...saya mencadangkan kita adakan satu laman untuknya..saya beri penghormatan untuk che poon mulakan dahulu...che 08:13, 23 Mei 2006 (UTC)[balas]

                                       Undang-undang
                                             |
                            _________________|________________
                            |                |               |
                            |                |               |
                     Undang-undang      Undang-undang   Undang-undang
                     antarabangsa          sivil           jenayah
                                             |
                         ____________________|________________________
                         |              |              |             |
                         |              |              |             | 
                      Rencana        Rencana       Rencana        Rencana
                   Undang-undang  Undang-undang  Undang-undang  Undang-undang 
                      Kontrak         Tort      Jualan Barangan    Fitnah

Sila rujuk Wikipedia:Hierarki Kategori

Dua perkara[sunting sumber]

  • Terjemahan antara muka: Anda boleh dapat fail terkini di bugzilla:5697.
  • Pengunduran sebentar: Sebentar tidak mengapa :) Kami akan tunggu anda kembali.

...Aurora... 03:59, 24 Mei 2006 (UTC)[balas]

Saya boleh buatkan kategori baru untuk anda, tapi anda kena cipta templat yang sesuai dulu, saya tiada idea sekarang nak bubuh apa dalam templat itu. ...Aurora... 10:06, 25 Mei 2006 (UTC)[balas]


Saya rasa "petik" lebih sesuai. Kalau lihat contoh diberikan, "petik" digunakan untuk frasa, tulisan, rencana dll, manakala "sebut" digunakan untuk orang. ...Aurora... 02:45, 26 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hujah anda memang bagus, dan saya rasa kedua-duanya boleh dipakai. Tapi tidakkah frasa "sebut rencana ini" bunyinya janggal? ...Aurora... 09:29, 26 Mei 2006 (UTC)[balas]

berundur?[sunting sumber]

hai che poon...kenapa tak bagitau nak berundur....!penat saya guna yahoo messenger untuk berbual2 dan tunggu respons....hehehehe tapi tak pe...che poon...macammana dengan Wikipedia:Hierarki Kategori..setuju? che 03:39, 25 Mei 2006 (UTC)[balas]

Kekasihku Maya Karin[sunting sumber]

haiyaaaaa..manyyaaaakkkk cantikkkk uuuuuuuu...terima kasih lah che poon...hehehehe...selepas ini saya akan cari lagi gadis2 cantik......macamana dengan pelakon cerita the geisha tu...hehehe....

alamak! satu lagi saya tak faham macam mana dengan peralihann....tak faham aaa.....tolong tunjukkkannn....saya bukan bolohhhh laaaa..cuma kurang pandaiiii.....!

che 09:18, 27 Mei 2006 (UTC)[balas]


semendes[sunting sumber]

hai che poon...semendes ni artikel yusri yang buat...che 18:31, 27 Mei 2006 (UTC)[balas]

hai che poon...memang tahu citarasa gue.......heheheheh......tak sabar rasanya tunggu esok...foto tu takkan satu aje....heheheheheeee...

che 18:57, 29 Mei 2006 (UTC)[balas]

Garis Panduan Baru[sunting sumber]

Berdasarkan perbincangan di kedai kopi berkenaan isu Bahasa Indonesia dalam ms.wikipedia, saya akan memasukkan satu lagi garis panduan ke dalam bahagian polisi. Sekiranya tiada bantahan ia akan dikuatkuasakan sebagai garis panduan

Garis Panduan yang Dicadangkan ialah:

  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Wikipedia Indonesia secara bulat-bulat
  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Bahasa Asing

Kalau ada nama yang lebih baik untuk garis panduan baru ini, tolong cadangkan

Ychmatematik 08:11, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]

Lanjutan kepada apa yang dibincangkan di Kedai Kopi[sunting sumber]

Hai PM Poon, tadi saya baru nampak Master2841 mengarkibkan perbincangan mengenai pengaruh bahasa Indonesia dan lain-lain perbincangan bagi bulan Mei 2006 termasuk statistik yang anda buatkan itu. Saya kata saya akan beri maklum balas mengenai perkara itu bukan, maka inilah dia. Manakala balasan saya di situ berkenaan pendapat saya tentang polisi baru yang saya cadangkan (serta melobikan) dan orang lain luluskan, balasan saya di sini pula berfokuskan ulasan anda mengenai kekecewaan anda mengenai penyertaan penyumbang yang substandard. (Entah kenapa, tapi bila Ychmatematik meluluskan garis panduan itu, saya rasa seperti salah-satu lobbyist yang selalu ke Kongres Amerika Syarikat untuk memujuk ahli kongres mereka meluluskan dana dan polisi yang menyebelahi mereka, he he. Saya memang tidak berganjak dan tetap terus berhujah, bukan?)

Wahai PM Poon, ketahuilah bahawa saya pun berkongsi dukacita anda. Dan saya juga tahu, apabila mengemukakan hujah menyokong dan membantah ini dan itu, orang pertama yang akan terikat kepadanya adalah saya. Kadangkala semasa menulisnya dan menimbangkannya, saya pun fikir "gulp, will I ever be able to live up to these high standards I talk so grandiosely about?" (bahasa utama otak saya adalah bahasa Inggeris, he he) tapi saya rasa jika diri-sendiri sanggup melakukan what it takes untuk mencapai sesuatu matlamat, adalah cukup sebagai syarat untuk mahukan matlamat itu. Seperti kata anda, orang lain tidak boleh diubah, tetapi anda masih boleh mengawal diri-sendiri, dan sedangkan anda sendiri sanggup menulis pada satu standard yang tinggi, tak salah kalau mahukan standard itu juga. Pendek kata, anda layak mengharapkannya.

Orang seperti Miracyonix mahukan sesuatu yang besar tampa berusaha sendiri untuk mencapainya, maka dia memang orang yang salah dan tidak layak mengharapkan sesuatu yang besar. Hal ini samalah seperti dalam kehidupan sehari-hari. Sering kita mengeluh "Di manakah orang yang baik sekarang, mereka tiada lagikah?" sedangkan kita sendiri tidak mahu menjadi baik, jadi bagaimana itu? Saya selalu percaya bahawa Tuhan memberikan kita apa yang kita patut dapat, bukan apa yang kita harapkan. Maka dalam apa jua yang kita mahu, kita hendaklah qualify ia dengan kesediaan melakukan pengorbanan. Apa perkara yang kita lakukan pasti dibalas, mahu baik atau buruk, kalau tidak dalam kehidupan ini, dalam kehidupan lain. Dia ada untuk "membetulkan" dan menjadikan keadaan supaya adil. Kita cuma perlu untuk lakukan yang baik dan percayaiNya.

Sebenarnya, masalah kekurangan pemyumbang hanya adalah berkaitan suatu lagi masalah lagi besar, tapi tidak perlulah diulas panjang disini. Ini sebenarnya adalah pemerhatian saya sahaja (tetapi saya juga pasti ramai yang menyetujuinya) tapi cukuplah dengan berkata bahawa masyarakat dimana kita tinggal ini sebahagian besarnya tidak gemar akan sifat membaca dan menuntut ilmu. Sebaliknya jika mereka suka membaca dan menuntut ilmu, banyak perkara, termasuk penyertaan dan sumbangan rencana bermutu di sini, secara langsung akan menerima manafaatnya. (Namun, ini hanyalah satu sebab daripada banyak sebab yang mungkin)

Saya melihat anda adalah seseorang yang tidak jemu menyumbang di sini setiap hari, dan sampai lewat pagi sekalipun (saya lihat di laman Perubahan Terkini) dan saya menyanjunginya. Walaupun anda tidak dapat mengubah orang lain, ambillah keselesaan dalam fakta yang anda sendiri, melalui rencana-rencana yang anda sumbang, telah mengambil langkah menjadikan Wikipedia ini sebagai koleksi ilmu bermutu tinggi dari awak kepada dunia :) Alistair 阿力斯特伊儿 18:22, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Aduhai che poon![sunting sumber]

aduh che poon...kamu mematikan nafsu saya hehehehheheehehe! nampak cik fidah kita lebih anggun...10 tahun lebih muda..hehehe! Pasti yang ada lebih anggun daripada ini...hehehe..syabas che poon....bakat mu menjadi 'mak andam' terserlah hehehhe...! che 02:08, 1 Jun 2006 (UTC)[balas]

Sudut berita[sunting sumber]

che poon..alistair ada membuat cadangan tentang sudut berita di laman utama..apa pandangan che poon...sila lihat Cadangan ruangan berita di Laman Utama che 08:40, 2 Jun 2006 (UTC)[balas]

pengguna aktif[sunting sumber]

saya rasa saya bersetuju dgn che poon..ingat tak masa kita 'chat' dulu tinggal kita berdua kadangkala bertiga saje hehehe....hai che poon...macam mana kita nak tahu pengguna aktif pada sesuatu masa ataupoun masa kita log in..kita tahu pengguna lain yang log in.. che 16:01, 2 Jun 2006 (UTC)[balas]

Kebetulan pula ternampak anda[sunting sumber]

Hai PM Poon, kebetulan ternampak pesanan awak di laman perbincangan che selepas saya baru selesai menulis di situ. Yosri tiada kerana dia telah balik kampung, tidak tahukah? (Saya terlupa mana saya nampak pesanan itu, entah mana ya?)

Saya baru ternampak kata-kata awak mengenai saya di laman perbincangannya mengenai perbualan lepas di rencana Negara. Anda mengatakan bahawa saya beremosi. Adakah anda benar-benar beranggapan sedemikian?

Saya bukanlah seorang yang beremosi, in fact saya rasa saya telah memberi alasan rasional mengapa saya menolak falsafah anda di situ.

Minta maaflah ya jika saya memberikan gambaran yang salah kepada anda. Saya akan cuba untuk lebih jelas tentang apa yang saya maksudkan pada masa akan datang. Terima kasih Alistair 阿力斯特伊儿 16:34, 2 Jun 2006 (UTC)[balas]

By the way, Yosri telah berkata dia hendak balik ke kampungnya di sini Alistair 阿力斯特伊儿 16:38, 2 Jun 2006 (UTC)[balas]

che poon..wikispesies atau wikispecies?[sunting sumber]

cayalah che poon...sekarang lu sudah jadi ahli botani...hehehehe kalau pergi hutan kena ajak che poon lah lepas ni...boleh kita pergi ke hutan endau-rompin jejak Big foot heheheheh....che 07:33, 4 Jun 2006 (UTC)[balas]

che poon....serius ni...lu dah memang jadi ahli botani...nanti kalau dah banyak buat pasal botani....saya terfikir nak gabungkan apa-apa berkaitan dengan tumbuhan menjadi satu portal iaitu portal botani....syabas la che poon.teruskan...!che 07:54, 4 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hai PM Poon,
Saya ingin menjelaskan beberapa persoalan yang ditimbulkan mengenai strategi saya memenuhi Wikipedia agar tidak timbul salah faham. Ketika Wikipedia Melayu sedang bermula, saya berhadapan dengan masalah kurang penyumbang. Dengan itu, saya telah membuat pertimbangan mendalam dan menggunakan 2 strategi.

  1. Saya mencipta stub dengan meletakkan maklumat yang boleh digunakan bagi kaji silang (cross referance). Sebagai contoh, Nama Melayu pokok, haiwan, dsb. beserta nama saintifiknya. Logiknya adalah, dengan menggunakan nama saintifik, seseorang boleh membuat penyelidikan di internet dan memanjangkan rencana tersebut dengan menggunakan nama Melayu yang betul.
  2. Strategi kedua adalah meletakkan sekurang-kurangnya maklumat asas dalam stub ini. Contohnya, burung sebagai haiwan berdarah panas, bertelur, dengan maklumat berkenaan jantung dsb.
  3. Berkenaan ayat Pokok Medang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. ; saya tidak boleh menggunakan ayat gabungan kerana saya tidak pasti ia benar-benar tumbuh di negara ASEAN. Ini kerana rencana tersebut dijanakan dengan menggunakan aturcara pengkalan data yang membina template umum. Malah saya tidak kenalpun pokok tersebut. Hee.. heee... Ini betul-betul tulis buta-buta saja.

Jadi sekiranya anda kebingungan dengan pendekatan saya, maaflah. Saya hanya menggunakan sumber terhad yang ada sebaik-baiknya, bagi mencapai matlamat 10K. Ingatkan nak berehat selepas itu, tetapi dah ketagih dah. Yosri 11:24, 5 Jun 2006 (UTC)[balas]

Tentang penyelia[sunting sumber]

Hai PM Poon, sebenarnya begini, saya memang sangat mahu menolong memajukan Wikipedia Melayu dengan adanya tugas penyelia tetapi disebabkan tanggungjawab dan pengaruh dari luar seperti yang saya cakapkan dahulu. Lagi satu peraturan dimana saya tidak boleh menciplak rencana Wikipedia Inggeris dan di rumah saya juga serba kekurangan sumber rujukan, itulah situasi saya sejak kebelakangan ini. Satu lagi, tidakkan anda lihat sumbangan saya iaitu bahawa saya telah mengemaskini Laman Utama dan beberapa Wikipediasister? Takpe insiden buruk yang dahulu saya maafkan. Apa yang saya ingin lihat adalah untuk Wikipedia Melayu ini untuk maju. Emrrans 11:10, 6 Jun 2006 (UTC)[balas]

P/S:Walaupun saya tidak seaktif dahulu namun saya masih kawan anda, PM Poon. Saya sanggup pergi bersemuka dengan anda jika anda menghadapi masalah. SUNGGUH.

Saya juga mempunyai jawapan terakhir[sunting sumber]

Pesanan daripada seorang yang sudi tipu cuma untuk melihat gambar saya.
Sebenarnya juga saya tipu awak kerana tujuannya untuk menunjukkan gambar awak kepada saya, maaf banyak-banyak. — Emrrans 16:32, 17 Mei 2006 (UTC)


Hai PM Poon, untuk pengetahuan anda saya telahpun minta maaf kepada anda sebelum INI! Lagi satu saya juga telah beritahu anda bahawa saya dipengaruhi oleh kakak saya supaya saya keluar dari Wikipedia, FAHAM! Macam nie lah kebanyakan orang Melayu, menuduh dan membuat seseorang itu musuh tanpa bukti yang KUKUH!! Kamu sepatutnya ikut contoh tauladan ibubapa saya!! Kamu juga tau tak saya sentiasa mengambil berat demi Wikipedia INI!! Takpe saya ada banyak peminat sebab saya berkulit putih seperti "Mat Salleh" walaupun saya Melayu dan juga saya kacak. Bukan macam anda! Tu pun saya nak beritahu awak juga iaitu nasih baik awak bukan keluarga saya atau orang yang lebih kacak dari saya!

Takpe, masih ada banyak lagi hidup senang bagi saya. Saya tiada tetapi jasa saya masih ada! Kamu akan suatu hari nanti melihat saya dari golongan manusia yang unggul..... lebih dari orang lain! Dan lagi satu, awak bukan Islam sedangkan saya Islam. Dan satu lagi, saya boleh masuk syurga! Faham??! Takpe banyak lagi cara saya boleh memperolehi kawan. Lagi satu, awak tahu tak ada banyak orang yang lebih bermasalah dari saya tetapi mereka masih boleh hidup seperti biasa. Tidakkah kamu tahu bahawa saya telah berterima kasih kepada anda, Yosri dan kepada Wikipedia Melayu?? Kamu juga tau tak dalam hidup kita perlu bersabar.... cuba ikut contoh tauladan Rasulullah S.A.W. You have 2 option: Either you are with me or not! — Emrrans 15:47, 6 Jun 2006 (UTC)[balas]

P/S:Begini dalam petikan ayah saya kepada saya adalah seperti berikut: LOVE YOUR ENEMY, semua nabi kata begitu kepada pengikutnya. Tanya perkara ini kepada Yosri dan sisihkan saya jika anda lihat saya pembawa masalah. IF you cannot follow the quote: LOVE YOUR ENEMY.... YOU CAN GO TO HELL!! Simple as that! So bye bye WIKIPEDIA!!


Nabi Isa pernah berkata:
  • Many are called, few are chosen. (Ramai yang dijemput [masuk ke syurga], sikit yang dipilih.)
  • It's easier for a camel to enter the eye of a needle than for a rich man to enter the kingdom of God. (Adalah lebih mudah untuk seekor unta melintasi mata jarum berbanding seorang yang kaya untuk memasuki syurga.)

Sememangnya, kita boleh menghasilkan sebatang jarum yang lebih tinggi daripada Menara Kembar Petronas, hehehe. Bukan semua orang yang masuk sekolah kemudian masuk ke universiti. Banyaknya yang masuk sekolah tetapi serupa dengan nenek moyang yang tidak pernah bersekolah.


Berkenaan muat naik.[sunting sumber]

Hai PM Poon. Tak sangka saya balik terus terkejut dengan keadaan di laman ni. Apa-apa pun, saya tak mahu masuk campur. Nanti orang kata saya ni penyibuk.

Saya nak tanya sesuatu, (saya tak tahu nak tanya pada siapa maka dengan anda sahaja yang berani tanya kerana saya rasa saya rapat dengan anda - atau semuanya rapat dengan anda). Berkenaan muat naik gambar, saya tak faham, adakah kita tak boleh memuat naik gambar (yang mungkin ada hak cipta) dari laman web lain yang memberikan kebenaran asalkan diberikan kredit, dan screenshot atau capture dari filem.

contohnya saya terbaca ini di laman muat naik wikipedia inggeris:

This image is a screenshot from a copyrighted film, and the copyright for it is most likely owned by the studio which produced the film, and possibly also by any actors appearing in the screenshot. It is believed that the use of a limited number of web-resolution screenshots... bla.bla.bla.
This work is a copyrighted publicity photograph. It is believed that the use of some such photographs to illustrate...bla.bla.bla

Mungkin kita perlu perluaskan lagi julat bagi memuat naik gambar. Gambar screenshot filem, poster filem dan yang sekutu dengannya. Walaupun gambar tersebut mempunyai hakcipta, saya lihat gambar tu boleh terpapar di laman wiki inggeris dengan senang-lenang. Kita tak ada pula. Saya tak mahu gambar yang dimuatnaik itu mempunyai amaran "akan dipadam dalam masa seminggu". Tak cantik. Hehe.... Ini hanya pendapat saya yang malas membaca. Mungkin awak boleh perbetulkan jika saya silap atau tertinggal.

Bukannya apa, terus terang saya katakan, kalau ada dalam polisi, saya malas. Kadang-kadang panjang berjela-jela. Awak tahu sajalah saya ni... — Polar 18:51, 6 Jun 2006 (UTC)[balas]

kes Emmran[sunting sumber]

che poon....boleh jelaskan...apa kena emmran ni..? baru tengah semangat tengok pakar onani che poon dah potong stim...hehehhe... che 08:08, 7 Jun 2006 (UTC)[balas]

Gambar Tapak Sulaiman[sunting sumber]

Hari Poon, Saya telah kembali ke Kuala Lumpur tapi sayang sekali tak dapat mengambil gambar "ikan bintang"=Tapak Sulaiman(star fish) :-) yang dihajatkan oleh Poon sewaktu berada di Tanjung Sedili. Saya cuba mencari gambar tapak sulaiman tetapi terjumpa sebuah blog yang mengandungi salah satu gambar pantai di Tanjung Sedili (kami panggil pantai ini Pantai Famo)dan saya dah tambahkan alamat laman web/blog tersebut dalam gambar-gambar di Sedili. Ada banyak gambar kerang dan siput-siput yang cantik..... selamat mengakses... apabila saya telah mempunyai sebuah kamera digital, saya akan cuba dapatkan tapak sulaiman di pantai-pantai Tanjung Sedili ok....jumpa lagi ~~

Penjelasan[sunting sumber]

Hai PM Poon,
Nampaknya anda sudah menukar kesemua rencana berkaitan dengan tumbuhan sebagai tumbuhan. Hee.. hee… Sebenarnya saya bercadang meletakkan kesemuanya berlainan. Sebagai contoh, pokok kelapa menerangkan mengenai pokok, buah kelapa mengenai buahnya, dan rencana berlainan bagai nilai perubatan, dsb.

Ini adalah selaras dengan Wikipedia BI, juga bagi memendekkan rencana (pengkhususan) dan menambah bilangan rencana. Ini hanyalah sekiranya anda tertanya-tanya kenapa ada yang ada pokok dan ada rencana yang tiada pokok.

Berkenaan gambar, saya percaya gambar di WIkipedia Inggeris memerlukan tag agar mereka dapat memastikan, yang mana tag hakcipta, agar mereka dapat mengelak penggunaan imej sedemikian apabila mereka menerbitkan buku. Saya cadangkan yang sama kepada Wikipedia BM juga (Ingat bila anda mengamuk satu masa dahulu.) Satu lagi, berkenaan gambar masjid, apabila imej dipadam, ia tidak dapat dikembalikan. Sorry. Ok.. BYE Yosri 05:19, 8 Jun 2006 (UTC)[balas]

Maksud saya, dengan adanya tag, mereka akan mengelakkan gambar yang ada tag hakcipta dalam penerbitan mereka. Yosri 09:46, 9 Jun 2006 (UTC)[balas]

PM Poon??!![sunting sumber]

Pesanan terakhir yang bukan terakhir


PM Poon, jangan ingat saya tak tahu apa-apa, walaupun saya ini cuma penyelia selama 3 bulan tetapi sumbangan saya amat besar [MASIH BELUM NAMPAK GAJAH TERBERAK DI WIKIPEDIA BAHASA INGGERIS] dan saya amat memahami ajaran ISLAM. Boleh tak anda jangan beritahu aib saya kepada ORANG LAIN?!! Berdosa tau tak kalau membuka aib orang lain, dalam Al-Quran pun cakap jangan buka AIB orang lain. Cuba kalau saya buka AIB ANDA, ANDA SUKA TAK?? Dan kalau anda buka aib saya, saya akan MARAH awak, bukan orang LAIN!! — Emrrans 08:07, 8 Jun 2006 (UTC)[balas]

hehehehee....boleh...che 03:56, 10 Jun 2006 (UTC)[balas]