Pertandingan Lagu Eurovision 1956

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertandingan Lagu Eurovision 1956
Tarikh
Akhir24 Mei 1956
Hos
TempatTeatro Kursaal
Lugano, Switzerland
PenyampaiLohengrin Filipello
KonduktorFernando Paggi
PengarahFranco Marazzi
Penyelia eksekutifRolf Liebermann
Penyiar hosRadiotelevisione svizzera di lingua italiana (RTSI)
Penutup tiraiLes Joyeux Rossignols &
Les Trois Ménestrels
Peserta
Jumlah penyertaan14 (7 negara mempersembahkan 2 lagu)
Negara yang membuat
penampilan sulung
Undian
Sistem undianDua ahli juri dari setiap negara, masing-masing ahli diberikan nilai secara individu; kaedah pengundian tidak dipastikan.
Lagu yang dimenangiSwitzerland Switzerland
"Refrain"

Pertandingan Lagu Eurovision 1956 merupakan Pertandingan Lagu Eurovision yang pertama kali diadakan.[1] Ia diadakan di Lugano, Switzerland pada 24 Mei 1956. Lokasi penganjuran pertandingan pertama ini ialah Teatro Kursaal. Terdapat 14 penyertaan yang menyertai pertandingan ini, kesemua penyertaan tersebut berasal dari Itali, Luxembourg, Jerman, Belgium, Belanda, Perancis, dan Switzerland. Tujuh peserta pertama tersebut masing-masing mengirimkan 2 penyertaan. Austria, Denmark, dan United Kingdom, ditolak kerana mendaftar pada saat akhir.

Acara yang diadakan oleh BBC iaitu Festival of British Popular Song, yang sepatutnya diadakan sebelum pertandingan ini diadakan untuk pra-pemilihan di United Kingdom, malah belum diadakan sehingga penganjuran pertandingan ini. Keputusan sebenar pertandingan ini tidak pernah diumumkan, yang diumumkan hanyalah juara sahaja. Juaranya ialah Switzerland dengan lagunya Refrain yang dinyanyikan oleh Lys Assia. Terdapat juga kontroversi dalam pengundian, di mana Luxembourg tidak mengirimkan juri, tetapi membolehkan juri dari Switzerland untuk mengambil undian.

Tiada penyutingan video yang pernah dibuat oleh para peserta, walaupun ada rakaman audio (meskipun 20 minit hilang dari bahagian pertama aksi penutup tirai sehingga pengumuman pemenang dibuat). Petikan filem berita persembahan Lys Assia yang menampilkan "Refrain", hanya menjadi video terkenal dari pertandingan ini. Peraturan pertandingan ini ialah setiap negara mempunyai peringkat akhir kebangsaan, peraturan ini dimansuhkan beberapa tahun kemudian dan beberapa negara memilih lagu secara dalaman.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

No. undian Negara Bahasa Penyanyi Tajuk lagu Dalam Bahasa Inggeris Kedudukan Mata
01 Belanda Belanda Belanda Jetty Paerl "De vogels van Holland" The Birds of Holland - -
02 Switzerland Switzerland Jerman Lys Assia "Das alte Karussell" The Old Carousel - -
03 Belgium Belgium Prancis Fud Leclerc "Messieurs les noyés de la Seine" The Drowned Gentlemen of the Seine - -
04 Jerman Jerman Jerman Walter Andreas Schwarz "Im Wartesaal zum großen Glück" In The Good Luck Waiting Room 101 - -
05 Perancis Perancis Prancis Mathé Altéry "Le temps perdu" Lost Time - -
06 Luxembourg Luxembourg Perancis Michèle Arnaud "Ne crois pas" Do Not Believe - -
07 Itali Itali Itali Franca Raimondi "Aprite le finestre" Open the Windows - -
08 Belanda Belanda Belanda Corry Brokken "Voorgoed voorbij" Over Forever - -
09 Switzerland Switzerland Prancis Lys Assia "Refrain" Chorus 1 102[2]
10 Belgium Belgium Perancis Mony Marc "Le plus beau jour de ma vie" The Most Beautiful Day of my Life - -
11 Jerman Jerman Jerman Freddy Quinn "So geht das jede Nacht" That's How It Is Every Night - -
12 Perancis Perancis Perancis Dany Dauberson "Il est là" He Is Here - -
13 Luxembourg Luxembourg Perancis Michèle Arnaud "Les amants de minuit" The Lovers of Midnight - -
14 Itali Itali Itali Tonina Torrielli "Amami se vuoi" Love Me If You Want - -

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Eurovision History – Lugano 1956". European Broadcasting Union. Dicapai pada 5 March 2012.
  2. ^ Melodi Grand Prix (Norwegian book about the contest and its history), 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]