Pertempuran terakhir kapal tempur Bismarck

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran terakhir kapal tempur Bismarck
Sebahagian daripada Operasi Rheinübung

Diselubungi oleh letusan bom, Bismarck terbakar di lautan
Tarikh26–27 Mei 1941
Lokasi
Keputusan Kemenangan pihak Bersekutu
Pihak yang terlibat
 United Kingdom
Poland
 Jerman Nazi
Komandan dan pemimpin
John Tovey
Frederick Dalrymple-Hamilton
Günther Lütjens 
Ernst Lindemann 
Kekuatan
1 pengangkut pesawat
2 kapal tempur
2 kruiser berat
1 kruiser ringan
7 pembinasa
1 kapal tempur
Kerugian dan korban
5 terkorban dan cedera
1 kapal tempur rosak
1 kruiser ringan rosak[1]
2,200 terkorban
111 ditawan
1 kapal tempur dilubangtenggelam[2]

Pertempuran akhir kapal tempur Jerman Bismarck berlaku di Lautan Atlantik kira-kira 300 batu nautika (560 km; 350 bt) dari barat Brest, Perancis, pada 26–27 Mei 1941 di antara kapal tempur Jerman Bismarck dan elemen-elemen laut dan udara Tentera Laut Diraja British. Walaupun ia merupakan aksi penentu antara kapal-kapal utama, ia tidak mendapat nama yang diterima umum.

Pada 24 Mei, sebelum aksi terakhir, tangki minyak Bismarck mengalami kerosakkan dan beberapa ruang jentera, termasuk bilik dandang (enjin), telah dibanjiri air semasa dalam Pertempuran Selat Denmark. Hasrat nakhodanya ialah untuk sampai ke pelabuhan Brest untuk diperbaiki.[3] Lewat pada hari itu Bismarck menyerang seketika pemburunya (Prince of Wales dan kruiser berat Norfolk dan Suffolk) untuk melindungi pengiringnya, iaitu kruiser berat Prinz Eugen untuk terus berlayar ke Atlantik. Pada awal 25 Mei tentera British terputus hubungan dengan Bismarck, yang sedang menghala timur ke arah Perancis sementara British mencari di timur laut, beranggapan ia kembali ke Norway. Kemudian pada 25 Mei panglima tentera Jerman, Laksamana Günther Lütjens, nampaknya tidak menyedari bahawa beliau telah kehilangan pemburunya, telah menggunakan radio untuk menghantar mesej berkod ke Jerman. Ini membolehkan pihak British menggunakan triangulasi untuk mengesan kedudukan Bismarck dan pesawat dihantar memburu kapal tempur Jerman itu. Kapal tempur Bismarck ditemui semula pada lewat pagi 26 Mei oleh pesawat laut Catalina dari No. 209 Skuadron RAF dan kemudian dibayangi oleh pesawat dari Force H yang menghala utara dari Gibraltar.

Aksi terakhir terdiri daripada empat fasa utama. Fasa pertama berlaku pada 26 Mei melibatkan serangan udara oleh pengebom torpedo dari pengangkut pesawat Ark Royal British, yang melumpuhkan gear stereng Bismarck, menyekat kemudinya dari posisi berpusing dan menghalangnya dari melarikan diri. Fasa kedua ialah membayangi dan menekan Bismarck pada malam 26/27 Mei oleh kapal pembinasa British, dengan tanpa kerosakkan serius pada mana-mana kapal. Fasa ketiga pada pagi 27 Mei adalah serangan dari kapal tempur British King George V dan Rodney dibantu oleh kapal kruiser. Selepas kira-kira 100 minit pertempuran, Bismarck akhirnya karam akibat gabungan kesan tembakan meriam, torpedo dan dilubangtenggelam secara sengaja.[4] Di sebelah British, Rodney mengalami sedikit kerosakkan akibat bedilan yang hampir terkena dan oleh kesan tembakan meriam sendiri.[5] Kapal perang British menyelamatkan 111 orang mangsa dari Bismarck[6] sebelum dipaksa berundur kerana kemunculan kelibat U-boat, meninggalkan beratus-ratus orang yang berdepan maut. Keesokan paginya, sebuah U-boat dan sebuah kapal cuaca Jerman menyelamatkan lima lagi mangsa. Dalam fasa terakhir, kapal British yang sedang berundur telah diserang keesokan harinya pada 28 Mei oleh pesawat Luftwaffe, mengakibatkan sebuah kapal pembinasa HMS Mashona tenggelam.

Senarai tempur[sunting | sunting sumber]

Paksi[sunting | sunting sumber]

Sekutu[sunting | sunting sumber]

Berkecuali[sunting | sunting sumber]

  • Kruiser berat Sepanyol Canarias (cuba menyelamatkan sejumlah mangsa dari Bismarck)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Grove, Battle Summary 5, paragraph 26: Bismarck fired 6 38 cm salvos at HMS Sheffield and 38 cm splinters caused 5 casualties.
  2. ^ Bismarck's complement as Fleet Flagship was 2,220 (2092 + 128 Fleet staff) (Chesenau, p. 224). For Operation Rheinubung she embarked over 100 supernumeraries, including merchant seamen to act as prize crews, cadets in training, and a film unit (Kennedy, p. 33). The number of these supernumeraries, and hence the exact number of casualties, is unknown.
  3. ^ Cameron, pp. 6–10.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GC801 tidak disediakan
  5. ^ Kennedy, pp. 206, 283.
  6. ^ One of these survivors died of his injuries, while the remainder became prisoners of war.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bercuson, David J. and Holger H. Herwig. The Destruction of the Bismarck. Woodstock and New York: The Overlook Press, 2001. ISBN 1-58567-192-4.
  • Brown, J. D. (1968). Carrier Operations in World War II. Shepperton, UK: Ian Allan. ISBN 978-0-7110-0040-7.
  • Cameron J., Dulin R., Garzke W., Jurens W., Smith K.,The Wreck of DKM Bismarck A Marine Forensics Analysis
  • Carr, Ward (August 2006). "SURVIVING the Bismarck's Sinking". Naval History. 20. ISSN 1042-1920.
  • Chesnau, Roger (Ed.) Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Conway Maritime Press, 1980. ISBN 0-85177-146-7
  • Dewar, A.D. Admiralty report BR 1736: The Chase and Sinking of the “Bismarck”. Naval Staff History (Second World War) Battle Summary No. 5, March 1950. Reproduced in facsimile in Grove, Eric (ed.), German Capital Ships and Raiders in World War II. Volume I: From “Graf Spee” to “Bismarck”, 1939–1941. Frank Cass Publishers 2002. ISBN 0-7146-5208-3
  • Gaack, Malte; Carr, Ward (2011). Schlachtschiff Bismarck—Das wahre Gesicht eines Schiffes—Teil 3 (dalam bahasa Jerman). Norderstedt, Germany: BoD – Books on Demand GmbH. ISBN 978-3-8448-0179-8.
  • Garzke, William; Dulin, John (1990). Battleships: Axis and Neutral Battleships in World War II. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-101-0.
  • Garzke, William; Dulin, John; Jurens, William (2019). Battleship Bismarck: A Design and Operational History. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-569-1.
  • Garzke, William; Dulin, John (1994). "The Bismarck's Final Battle". Warship International. XXXI (2): 158–190. ISSN 0043-0374.
  • Jackson, Robert (2002). The Bismarck. London: Weapons of War. ISBN 978-1-86227-173-9.
  • Kennedy, Ludovic. Pursuit: The sinking of the Bismarck. William Collins Sons & Co Ltd 1974. ISBN 0-00-211739-8
  • Jerzy Pertek, Wielkie dni małej floty (Great Days of a Small Fleet), Zysk i S-ka, 2011, ISBN 978-83-7785-707-6
  • Michael A. Peszke, Poland's Navy 1918-1945, Hippocrene Books, 1999, ISBN 07818-0672-0
  • Müllenheim-Rechberg, Burkard von. Battleship Bismarck: A Survivor’s Story. Triad/Granada, 1982. ISBN 0-583-13560-9.
  • Schofield, B.B. Loss of the Bismarck. Ian Allan, 1972. ISBN 0-7110-0265-7
  • Tovey, Sir John C. SINKING OF THE GERMAN BATTLESHIP BISMARCK ON 27™ MAY, 1941.
  • Zetterling, Niklas; Tamelander, Michael (2009). Bismarck: The Final Days of Germany's Greatest Battleship. Drexel Hill: Casemate.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]