Perth, Australia Barat
| Perth Australia Barat |
|||||||
Ikut arah jam bermula atas-kiri: Matahari terbenam di City Beach, sekumpulan angsa hitam di tebing Swan River, St Georges Terrace pada waktu malam, bangunan pencakar langit dari arah Kings Park, Sorrento Beach, dan Bangunan Parlimen. |
|||||||
| Jumlah penduduk: • Kepadatan: |
1,658,992 (ke-4) 310/km² |
||||||
| Diasaskan: | 1829 | ||||||
| Keluasan: | 5386 km² | ||||||
| Zon waktu: | AWST (UTC+8) | ||||||
| Lokasi: | |||||||
| Daerah Negeri: | Perth (dan 41 buah yang lain) | ||||||
| Bahagian Persekutuan: | Perth (dan 10 buah yang lain) | ||||||
|
|||||||
Perth merupakan ibu negeri Australia Barat. Dengan jumlah penduduk seramai 1,507,900 orang[1] (anggaran Disember 2006) menjadikan Perth sebagai bandar terbesar di Australia Barat. Bandar ini juga adalah penduduk kawasan bandar keempat terbesar di Australia, dengan kadar pembesaran 2.1% (2006) adalah kini bandar utama yang cepat membesar di Australia. Ia dianggap bahawa penduduk Perth akan membesar di 2.5% tiap tahun di 2007, oleh kerana ekonomi Australia Barat yang membangun. State Final Demand, misalnya, membesar sebanyak 10.2%, 12 bulan ke Mac 2007 (ABS).
Perth diasaskan pada 11 Jun, 1829 oleh Kapten James Stirling sebagai pusat pentadbiran penempatan bebas Koloni Swan River. Sejak itu, Perth masih berfungsi sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Australia Barat hingga kini.
Kawasan metropolitannya terletak di kawasan barat daya benua, iaitu di antara Lautan Hindi dan tubir pinggir laut rendah yang dikenali sebagai Darling Range. Kawasan daerah pusat perdagangan dan pinggir bandar Perth terletak dekat dengan Sungai Swan. Bandaraya yang terdekat dengan Perth ialah Adelaide yang menempatkan lebih 1 juta orang di Australia Selatan, iaitu terletak 2,104 kilometer (1,307 batu) jauhnya dari Perth. Justeru, Perth yang juga diduduki lebih kurang sejuta orang merupakan bandaraya paling terpencil di dunia.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Prasejarah [sunting]
Sebelum ketibaan pendatang Eropah, kawasannya pernah diduduki oleh kaum Whadjuk Noongar selama lebih 40,000 tahun, seperti yang terbukti oleh hasil pencarian arkeologi di hulu Sungai Swan.[2] Puak peribumi ini menduduki sudut barat daya Australia Barat dan hidup sebagai masyarakat pemburu-pemungut. Tasik-tasik di dataran pantai amat penting kepada masyarakat peribumi ini sebagai penyara hidup dan kerohanian.
Pulau-Pulau Rottnest, Carnac dan Garden juga penting kepada masyarakat Noongar. Kira-kira 5,000 tahun dahulu, paras lautnya cukup surut sehingga mereka boleh berjalan kaki ke singkapan batu kapur.
Kawasan yang kini diduduki oleh Perth ini pernah bergelar Boorloo oleh masyarakat Peribumi yang bertempat di situ ketika mereka julung kali bertemu dengan pendatang Eropah pada tahun 1827. Boorloo membentuk sebahagian daripada Mooro, iaitu tanah-tanah puak Yellagonga, salah sebuah kelompok peribumi Whadjuk yang bertempat di kawasan Sungai Swan. Puak Whadjuk merupakan sebahagian kelompok besar yang terdiri daripada belasan puak yang membentuk blok sosiolinguistik barat daya yang dikenali sebagai Noongar atau Bibbulmun.
Pada 19 September 2006, Mahkamah Persekutuan Australia menurunkan keputusan hakim yang mengiktiraf hak milik peribumi Noongar di seluruh kawasan metropolitan Perth, dalam kes Bennell v State of Western Australia [2006] FCA 1243.[3]
Demografi [sunting]
| Kawasan Metropolitan Perth Populasi mengikut tahun (ABS) |
|
| 1850 | 1,400 |
| 1861 | 3,507 |
| 1871 | 5,007 |
| 1881 | 5,044 |
| 1891 | 8,447 |
| 1901 | 27,553 |
| 1911 | 106,792 |
| 1921 | 154,873 |
| 1933 | 207,440 |
| 1947 | 272,528 |
| 1961 | 420,133 |
| 1971 | 641,800 |
| 1981 | 809,036 |
| 1991 | 1,142,646 |
| 2001 | 1,325,392 |
| 2006 | 1,507,900 |
Para peneroka Eropah terawal Perth adalah orang Britain dan Ireland. Britain dan Ireland tetap menjadi negara-negara sumber asas bandaraya ini untuk abad pertama pada kewujudannya. Meskipun, pada pertengahan abad ke-20, bilangan banyak Orang Itali dan Greek telah menetap. Dengan Fremantle sebagai tanah ketibaan pertama di Australia untuk banyak kapal pendatang dari Europe pada 1950an dan 1960an, Perth bermula untuk mengalami suatu pemasukan ramai-ramai yang termasuk Orang Belanda, Jerman, Croatia, Serbia, Czech, Rusia dan Macedonia dan ramai lagi. Nama-nama banyak pendatang ini disenaraikan di papan penghormatan di luar Muzium Maritime.
Perth juga mempunyai sebuah masyarakat Yahudi yang besar dan bertenaga yang datang pada asasnya dari Eropah Timur dan lebih baru-baru ini dari Afrika Selatan.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Regional Population Growth, Australia, 2005-2006". Australian Bureau of Statistics (www.abs.gov.au). http://www.abs.gov.au/AUSSTATS/abs@.nsf/mf/3218.0?OpenDocument.
- ↑ Sandra Bowdler. "The Pleistocene Pacific". University of Western Australia. http://www.archaeology.arts.uwa.edu.au/staff/bowdler__research_interests/the_pleistocene_pacific.
- ↑ "Bennell v State of Western Australia [2006] FCA 1243". AustLII. http://www.austlii.edu.au/au/cases/cth/federal_ct/2006/1243.html. Capaian 2007-04-14.
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Perth, Australia |
Panduan pelancongan Perth (Australia) di Wikivoyage.
|
|
||||||||
|
|||||