Sydney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar raya Sydney.

Sydney (/ˈsɪd.niː/) adalah bandar terbesar di Australia dan ibu negeri New South Wales. Sydney juga merupakan bandar raya yang maju dalam berbagai bidang bersaing dengan Melbourne yang terletak di Victoria. Sydney juga merupakan bandar tertua di Australia yang berdiri pada 1788 dan kota terbesar di hemisfera selatan. Penduduk Sydney berjumlah lebih dari 4.2 juta orang di kawasan metropolitan dan 151,920 di dalam bandar [1], dan mereka dikenal dengan sebutan "Sydneysider".

Sydney terletak di pantai tenggara Australia. Ia dibina di sekeliling Pelabuhan Jackson, yang membawa kepada gelaran "Bandar Pelabuhan". Sydney merupakan pusat kewangan dan ekonomi Australia. Sydney juga terkenal sebagai tujuan pelancongan terutama Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge yang sudah menjadi ikon Sydney di mata penduduk dunia. Sydney juga pernah menjadi tuan rumah sukan antarabangsa, termasuklah Sukan Olimpik Sydney 2000.

Sydney mempunyai cuaca subtropika lembap dengan musim panas yang panas dan lembap, dan musim dingin adalah sederhana dan lembap.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Sydney

Daerah sekitar Pelabuhan Sydney sudah dimukimi oleh para penduduk Orang Asli dari suku Eora dan Cadigal selama 40,000 tahun [2]. Akibat dari pembandaran, kebanyakan sisa peninggalan suku tersebut sudah hilang.

Orang Eropah mulai tertarik dengan daerah ini, khususnya Botany Bay, pada 1770 setelah penjelajahan James Cook. Atas izin Pemerintah British, Arthur Phillip datang ke Botany Bay dengan para pendatang pertama. Kerana daerah Botany Bay dirasa kurang sesuai, maka mereka pindah ke Sydney Cove di Pelabuhan Jackson.

Perburuan emas dialami Sydney pertama kali pada 1851 dan para pendatang dari Eropah berdatangan untuk memulakan hidup baru yang lebih baik di Sydney. Taraf hidup yang meningkat setelah pengindustrian juga menarik berbagai pendatang dari Eropah dan kebelakangan ini dari Asia.

Penduduk Sydney sekarang kebanyakan adalah dari England dan Ireland namun kebelakangan ini banyak pendatang dari Lubnan, Greece, Itali dan Asia. Jumlah penduduk pun berkembang pesat dari 2,540 orang pada 1800 menjadi 1,039,000 pada 1925 dan terus tumbuh menjadi 4.2 juta orang pada 2005.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Dalam bandar[sunting | sunting sumber]

Untuk pengangkutan di dalam bandar, terdapat pengangkutan bas, keretapi, dan feri. Keretapi dijalankan oleh CityRail. Sedangkan di sekitar daerah Pelabuhan Darling Harbour dan pusat perniagaan dan pelancongan dilayani oleh monorel.

Dari dan ke[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan darat ke bandar lain di Australia dilayani oleh berbagai jalan tol seperti Hume Highway yang menghubungkan Sydney dan Melbourne sedangkan kebanyakan layanan pengangkutan udara berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Sydney Harbour Bridge

Sydney merupakan salah satu bandar tujuan kegemaran pelancong di dunia. Beberapa objek pelancongan yang terdapat di Sydney ialah:

Panorama Pelabuhan Sydney di malam hari, dengan Sydney Opera House di sebelah kiri, daerah perniagaan di tengah dan Sydney Harbour Bridge di kanan

Rujukan[sunting | sunting sumber]