Nawaz Sharif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muhammad Nawaz Sharif

Tempoh berjawat
1 November 1990 – 18 Julai 1993
Didahului oleh Ghulam Mustafa Jatoi (Penjaga)
Digantikan oleh Moin Qureshi (Penjaga)

Tempoh berjawat
17 Februari 1997 – 12 Oktober 1999
Didahului oleh Miraj Khalid (Penjaga)
Digantikan oleh Pervez Musharraf (sebagai Ketua Eksekutif)

Tarikh lahir 25 Disember 1949
Tempat lahir Lahore
Kerakyatan pakistani
Parti politik Pakistan Muslim League (N)

Mian Muhammad Nawaz Sharif (Urdu: میاں محمد نواز شریف ) dilahirkan pada 25 Disember 1949 di Lahore, Punjab, Pakistan. Beliau merupakan Perdana Menteri Pakistan yang telah dipilih sebanyak dua kali, iaitu dari 1 November 1990 hingga 18 Julai 1993, serta pada kali kedua, dari 17 Februari 1997 sehingga 12 Oktober 1999.

Nawaz kembali ke Pakistan[sunting | sunting sumber]

Keadaan huru-hara di Pakistan sejak Januari 2007 telah mendorong bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif kembali ke Pakistan. Tetapi kerajaan Pakistan pimpinan Presiden Jeneral Pervez Musharraf melarang sebarang rapat umum menyambut kepulangan Nawaz Sharif pada hari Isnin, 10 September 2007. Ratusan penyokong Nawaz Sharif telahn ditangkap. Lebih 1500 ahli parti Liga Muslim Pakistan telah ditahan oleh polis kerana tunjuk perasaan di Islamabad dan di Stesen Kereta api Karachi pada 7 September 2007.[1]

Nawaz Sharif mengumumkan mahu pulang dari buang negeri setelah 10 tahun tidak pulang Dia tinggal di Arab Saudi. Dahulu dia digulingkan oleh tentera pimpinan Jeneral Pervez Musharraf pada tahun 2000. Nawaz dituduh rasuah dan akan dibicarakan jika pulang ke Pakistan.

Ketua Hakim Mahkamah Tertinggi Pakistan , Iftikhar Muhammad Chaudhry memutuskan Nawaz Sharif boleh kembali ke Pakistan telah dibuang negeri selama 10 tahun. Dia telah dipenjarakan selama 14 bulan.

Beratus lagi tahanan dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. Semua ini dikaitkan dengan kehilangan bukti sejak peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat. Naheeda Mahboob Elahi selaku Timbalan Peguam Negara menyatakan masih mencari punca kehilangan fail-fail. Mereka yang ditahan dahulu termasuklah pengkritik kerajaan, wartawan dan ahli akademik.

Kuasa Pervez Musharraf kukuh kerana disokong oleh Presiden George W. Bush dari Amerika Syarikat. Beliau adalah sekutu Bush bagi menyerang Afghanistan dan Iraq. Sekarang kedudukan Bush goyah , begitu juga dengan Musharraf.

Nawaz mahu menyertai pilihan raya Pakistan yang dijangka diadakan pada 15 Oktober 2007. Tempoh Presiden Musharraf sehingga 31 Disember 2007 sahaja dan pilihan raya hendaklah diadakan sebelum tempoh tersebut.

Pada 7 September 2007, Pakistan menahan Shahbaz Sharif, abang kepada Nawaz Sharif kerana pulang ke Pakistan. Shabaz dituduh mengarahkan pembunuhan 5 orang militan Islam di Punjab pada 1998 dan ketika itu dia menjadi Ketua Menteri Wilayah Punjab dari 1997-1999.

Tindakan-tindakan Presiden Pervez Musharaf menunjukkan beliau semakin panik.

OIC semakin bimbang keadaan politik di Pakistan yang semakin meruncing. Saad Hariri, seorang ahli parlimen Lebanon dan anak Rafik Hariri bertemu dengan Pervez Musharraf di Rawalpindi, Pakistan. Begitu juga dengan Muqrin bin Abdul-Aziz , Ketua Perisikan Arab Saudi. Mereka berharap Pervez Musharraf berlembut dan Nawaz Sharif pula tidak pulang ke Pakistan. Sebuah lagi negara Islam akan bergolak jika mereka tetap berkeras.

Kembali dari buangan[sunting | sunting sumber]

Nawaz Sharif telah kembali ke Pakistan selepas dibuang ke Jeddah, Arab Saudi selama 7 tahun. Beliau pulang September 2007.

Tetapi beberapa jam selepas berada di Pakistan beliau telah diusir semula oleh kerajaan Pakistan yang bimbang beliau akan diserang dengan letupan bom sebagaimana nasib Benazir Bhutto.

Dalam usaha menjayakan pilihan raya Pakistan pada 8 Januari 2008, Presiden Pervez Musharraf dikatakan mahu berunding dengan Nawaz Sharif di Jeddah, Arab Saudi. Tetapi Nawz Sharif enggan berjumpa dengan beliau.

Polis menahan beratus-ratus penyokong Nawaz di Punjab yang menanti kepulangan beliau dari Arab Saudi. Polis mengingatkan perintah darurat pda 3 November masih dikuatkuasakan.

Kepulangan kali kedua[sunting | sunting sumber]

Pada 25 November 2007, Nawaz Sharif cuba kembali ke Pakistan dalam persediaan menyertai pilihan raya . Nawaz tiba di Lapangan Terbang Lahore pada 25 November 2007 jam 6.25 GMT bersama isteri dan anak-anak di Lapangan Terbang Allama Iqbal, Lahore. Beliau pulang dengan pesawat khas yang disediakan oleh Raja Abdullah, Arab Saudi. Sebuah kereta Mercedes kalis peluru turut disediakan oleh Raja Abdullah di Pakistan.[2]

1500 penyokong beliau telah menanti kepulangan beliau di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal. Seramai 1800 aktivis di wilayah Punjab telah ditahan oleh polis Pakistan kerana tidak mahu kekecohan berlaku lagi.

Pilihan raya Pakistan 2008[sunting | sunting sumber]

Tetapi beliau dan Benazir Bhutto masih ragu terhadap ketelusan pilihan raya 2008 kerana darurat masih berlangsung. Daruat hanya akan ditarik balik pada 6 Januari 2008.

Kembali ke Pakistan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Ghulam Mustafa Jatoi
Perdana Menteri Pakistan
Kali pertama
Diikuti oleh:
Balakh Sher Mazari (Penjaga)
Didahului oleh
Balakh Sher Mazari (Penjaga)
Perdana Menteri Pakistan
Dikembalikan
Diikuti oleh:
Moin Qureshi (Caretaker)
Didahului oleh
Miraj Khalid (Penjaga)
Perdana Menteri Pakistan
Kali kedua
Diikuti oleh:
Jeneral Pervez Musharraf
dan kemudian Mir Zafarullah Khan Jamali
  1. http://author.voanews.com/english/2007-09-08-voa7.cfm
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1126&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegara&pg=lu_02.htm&arc=hive