Presiden Pakistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera Presiden Pakistan

Presiden Pakistan (Urdū: صدر مملکت Sadr-e-Mamlikat) merupakan ketua negara Pakistan. Pakistan mempunyai kerajaan sistem separuh presiden. Menurut Perlembagaan, Presiden dipilih oleh Kolej Pengundian Pakistan untuk berkhidmat selama lima tahun. Kolej ini terdiri daripada Senat, Himpunan Negara dan himpunan provinsi. Presiden boleh dipilih tetapi tidak boleh berkhidmat lebih daripada dua tempoh berturut-turut. Presiden juga boleh didakwa dan dilucutkan jawatan dengan undian dua pertiga oleh Parlimen.

Dalam tradisi jawatan Presiden ini hanyalah satu lambang, dengan kuasa yang sebenar dalam tangan Perdana Menteri. Namun dalam sejarah, disebabkan oleh perampasan kuasa tentera dan kepulangan kerajaan rakyat, perubahan dalam Perlembagaan telah mengubah kuasa dan hak Presiden. Perlembagaan kini memberikan Presiden kuasa simpanan - tertakluk kepada pelulusan Mahkamah Tinggi atau veto - untuk membubarkan Himpunan Negara Pakistan, mengadakan pengundian yang baru, dan memecatkan PM. Presiden juga menjadi pengerusi Majlis Keselamatan Negara dan melantik ketua Tentera Darat, Tentera Laut, dan Tentera Udara.

Pengambilalihan jawatan[sunting | sunting sumber]

Pakistan mempunyai satu sistem parlimen kerajaan yang pernah diubah beberapa kali.

Perlembagaan tidak membenarkan kewujudan Timbalan Presiden, tetapi Pengerusi Senat Pakistan mengambil alih tugas-tugas Presiden semasa ketiadaan Presiden.[1]

Senarai Presiden Pakistan[sunting | sunting sumber]

      Bebas       Parti Republik/Liga Muslim Pakistan (N)       Liga Muslim Pakistan (Q)       Parti Rakyat Pakistan       Tentera


Nama Gambar Mula menjawat Tamat menjawat Tarikh lahir dan kematian Parti politik
1 Iskandar Mirza Iskander Mirza.jpg 23 Mac 1956 27 Oktober 1958 13 November 188912 November 1969 Parti Republikan
2 Muhammad Ayub Khan Muhammad Ayub Khan.JPG 27 Oktober 1958 25 Mac 1969 14 Mei 190719 April 1974 Tentera
3 Yahya Khan Yahya Khan (cropped version).jpg 25 Mac 1969 20 Disember 1971 4 Februari 1917 – 10 Ogos 1980 Tentera
4 Zulfikar Ali Bhutto Zulfikar Ali Bhutto.jpg 20 Disember 1971 13 Ogos 1973 5 Januari 19284 April 1979 Parti Rakyat Pakistan
5 Fazal Ilahi Chaudhry Tiada.png 13 Ogos 1973 16 September 1978 1 Januari 19042 Jun 1982 Parti Rakyat Pakistan
6 Muhammad Zia-ul-Haq 60px 16 September 1978 17 Ogos 1988 12 Ogos 192417 Ogos 1988 Tentera
7 Ghulam Ishaq Khan Tiada.png 17 Ogos 1988 18 Julai 1993 20 Januari 191527 Oktober 2006 Bebas
M Wasim Sajjad Tiada.png 18 Julai 1993 14 November 1993 30 Mac 1941 – kini Liga Muslim Pakistan (N)
8 Farooq Leghari Tiada.png 14 November 1993 2 Disember 1997 29 Mei 1940 – 2010 Parti Rakyat Pakistan
M Wasim Sajjad Tiada.png 2 Disember 1997 1 Januari 1998 30 Mac 1941 – kini Liga Muslim Pakistan (N)
9 Muhammad Rafiq Tarar 1 Januari 1998 20 Jun 2001 2 November 1929 – kini Liga Muslim Pakistan (N)
10 Pervez Musharraf Pervez Mushrraf2 crop.jpg 20 Jun 2001
6 Oktober 2007
6 Oktober 2007
18 Ogos 2008
11 Ogos 1943 – kini Tentera
Liga Muslim Pakistan (Q)
M Muhammad Mian Soomro Us amb chairman.jpg 18 Ogos 2008 9 September 2008 1950 – kini Liga Muslim Pakistan (Q)
11 Asif Ali Zardari Asif Ali Zardari - 2009.jpg 9 September 2008 8 September 2013 1955 – kini Parti Rakyat Pakistan
12 Mamnoon Hussain 8 September 2013 1940 – kini Liga Muslim Pakistan (N)

Ketua negara Pakistan sebelum tahun 1956 ialah Pemerintah British. Untuk Gabenor-General yang mewakili mereka antara tahun 1947 hingga 1956, lihat Gabenor-Jeneral Pakistan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]