Pesawat Pilatus PC-7 terhempas di Sintok 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pesawat Pilatus PC-7 Mark II terhempas di Sintok 2010 berlaku pada 25 Mac 2010 jam 10.15 pagi di di kawasan hutan simpan berhampiran Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia. Pilatus PC-7 dikeluarkan oleh syarikat Pilatus Aircraft dari Switzerland. Ia merupakan pesawat latihan yang mempunyai dua tempat duduk.

Juruterbang[sunting | sunting sumber]

Pesawat TUDM itu yang dipandu Mejar Muhammed Zulrihan Jusof (39) turut terkorban. Ia sedang dalam sesi latihan penerbangan sempena Karnival Konvokesyen Ke-23 UUM. Balu beliau Wizana Abdul Ghani, 38, dan 3 anaknya iaitu Nor Atirah, 11, Mohd Amirul, 7, dan Nor Hidayah, sembilan bulan.

Pasukan penyiasat[sunting | sunting sumber]

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud menyatakan lembaga siasatan ditubuhkan ,diketuai Inspektorat Jeneral, Kolonel Law Ing Hiong. Kotak hitam pesawat akan dihantar ke Switzerland. Kotak hitam itu diteliti oleh pakar Switzerland atay kemudian pakar Amerika Syarikat untuk mendapatkan analisa siasatan yang lebih tepat . Laporan akan siap dalam tempoh sebulan.

Pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang diterbangkannya jatuh semasa lintas hormat perasmian konvokesyen UUM. Pelajar yang menonton sempat merakam saat-saat kejadian menggunakan kamera telefon bimbit dan disiarkan oleh Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam. Pesawat itu menunjukkan aksi akrobatik , terbang naik 90 darjah dan menjunam ke bawah dan tidak naik-naik semula. Kemudian asap naik berkepul-kepul. Semasa kejadian, pengacara masih lagi membacakan butiran pertunjukan udara itu.

TUDM memiliki 16 pesawat Pilatus .Dua buah telah terlibat dalam kemalangan udara di pulau Langkawi,Kedah.[1]

Pengkebumian[sunting | sunting sumber]

Jenazah Muhammed Zulrihan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Petani Kota Bharu, Kelantan. Dari Alor Setar, pesawat Charlie 130 membawa jenazah ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]