Pilihan raya umum Turki 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Turkey

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Turki



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik
Wanita turut mengundi
Peti undi
Beberapa sekolah dijadikan tempat mengundi


Pilihan raya Umum Turki yang ke-16 diadakan pada hari Ahad, 22 Julai 2007 dan akhirnya telah dimenangi oleh Parti Pembangunan dan Keadilan yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdoğan yang kontroversi.

Pilihan raya Turki kali ini disertai oleh 14 parti utama.

Media Turki melaporkan parti pimpinan Erdogan meraih 47 % jumlah undi setelah 81 % saluran mengundi dikira. Ini bermakna 340 dari 550 buah kerusi dimenangi oleh AKP. Ali Çarkoğlu seorang pensyarah sains politik di Universiti Sabancı menyatakan pilihan raya ini menjadi ujian pertama kepada perdana menteri untuk parlimen baru. Jika elit parlimen gagal bekerjasama maka Turki tidak perlulah mengadakan pilihan raya. Selalunya tentera Turki yang sekular buat kacau pada saat-saat akhir.

Parti lawan iaitu Parti Rakyat Republik jauh ketinggalan iaitu hanya mendapat 21 % undi. Turki mengamalkan sistem republik dan telah ratusan tahun menyingkirkan sistem monarki Turki.

Sementara Parti Aksi Nasionalis mendapat 14 % undi sahaja.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan menyatakan ia akan terus melakukan reformasi ekonomi yang diperlukan untuk layak menyertai anggota Kesatuan Eropah. Beliau juga berjanji tentera akan menyusup masuk ke wilayah negara Iraq bagi menyerang pemberontak Kurdis yang bersembunyi di wilayah asal etnik itu.

Ramai tidak menyangka Parti Pembangunan dan Keadilan akan menang buat kali kedua kerana sebelum ini tidak pernah ada mana-mana parti yang menang buat kali kedua.

Parti Pembangunan dan Keadilan pernah diharamkan tetapi didaftar kembali dengan nama lain. Parti Islam itu diharamkan pendaftarannya oleh puak-puak tentera yang masih nasionalis dan sekular kerana memandang Islam hanya faktor memundurkan Turki.

Sekarang pun Parti Pembangunan dan Keadilan dikhuatiri mempunyai agenda Islam yang tersembunyi. Mereka masih ragu adakah parti ini akan melaksanakan syariat Islam seperti isu bertudung, poligami, murtad dan lain-lain yang sebanding dengannya. Ini semua akan menghapuskan asas sekular di Turki yang telah diterapkan oleh pemimpin agung mereka, Mustafa Kemal Atatürk.

Erdogan pernah menyatakan akan mengundurkan diri dari politik dan tidak melaksanakan wawasan partinya jika tidak meraih cukup jumlah kerusi dalam pilihan raya 2007 ini.

Parti yang bertanding[sunting | sunting sumber]

Terdapat 14 parti yang bertanding dalam pilihan raya 2007 ini :

  • Parti Turki Yang Cerah (Aydınlık Türkiye Partisi, ATP)
  • Parti Komunis Turki (Türkiye Komünist Partisi, TKP)
  • Parti Demokrat (Demokrat Parti, DP)
  • Parti Saadah (Saadet Partisi, SP)
  • Parti Kebebasan Dan Perpaduan (Özgürlük ve Dayanışmak Partisi, ÖDP)
  • Parti Turki Bebas (Bağımsız Türkiye Partisi, BTP)
  • Parti Pembangunan dan Keadilan (Adalet ve Kalkınma Partisi, AKP)
  • Parti Buruh (Emek Partisi, EP)
  • Parti Liberal Demokratik (Demokrat Yang Parti Liberal Parti, LDP)
  • Parti Pergerakan Nasionalis (Milliyetçi Hareket Partisi, MHP)
  • Parti Pendakian (Halkın Yükselişi Partisi, HYP)
  • Parti Republik (Cumhuriyet Halk Partisi, CHP)
  • Parti Buruh (İşçi Partisi, İPETANG)
  • Parti Muda(Genç Parti, DOKTOR)

Ahli Parti Masyarakat Demokratik bertanding sebagai calon-calon bebas di wilayah Kurdish. Lebih 600 calon bebas turut bertanding.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya : Sepatutnya pilihan raya Presiden 2007 pada bulan Mei 2007. Tetapi parti-parti pembangkang memboikot .

Umur minimum : Umur pengundi dikurangkan daripada 30 tahun kepada 25 tahun sahaja. Calon pilihan raya pula mestilah lebih 30 tahun.

Calon wanita : 70 tahun lalu , Turki satu-satunya negara yang membenarkan wanita mengundi. Ketika itu , seorang dari 20 ahli parlimen adalah wanita . Kali ini, tahun 2007, Didem Engin ( 30 tahun ) turut bertanding.

Pemilihan Presiden : Tentera Turki yang masih memainkan peranan dalam politik Turki tidak senang dengan cadangan Erdogan untuk mencalonkan Abdullah Gul sebagai presiden menggantikan Ahmet Necdet Sezer . Tentera bertegas mahu mempertahankan sistem kerajaan sekular. Perdana Menteri Erdogan mahu menjadikan pilihan raya ini sebagai flatform untuk pemilihan presiden baru.

Ancaman bunuh : Pada 14 Mei 2007 ancaman bunuh oleh Parti Buruh Kurdistan terhadap Parti Republikan , Parti Pergerakan Nasionalis, Parti Haluan Benar dan Parti Pembangunan dan Keadilan. Mereka mahu calon-calon tertentu menarik diri di bandar-bandar Van,Turki dan Hakkari dan membenarkan calon Parti Masyarakat Demokratik memenanginya .

Calon terbunuh: Seorang calon parlimen bebas , Tuncay Seyranlioglu (42 tahun ) telah ditembak mati dalam keretanya pada hari Isnin. Tiga yang lain turut cedera.

Ugutan Erdogan: Erdogan berjanji jika partinya gagal mendapat majoriti , beliau akan bersara dari politik. Beliau juga mencadangkan pemimpin parti-parti lain turut membuat janji-janji nyang serupa. Sebelum ini, apabila Parti Islam menang, parti yang kalah selalu buat kacau dengan pelbagai taktik kotor.

Elit parlimen[sunting | sunting sumber]

Sistem demokrasi di Turki masih lagi diragui dan inilah faktor mengapa Kesatuan Eropah menangguh-nangguhkan penyertaannya.

Parlimen mempunyai 30 hari sahaja untuk memilih seorang presiden baru atau mengemukakan pemilihan baru.

Jika AKP pimpinan Erdogan menang dengan majoriti 2/3 barulah pemilihan presiden dapat dilakukan dengan mudah. Jika tidak , AKP terpaksa berkompromi dan bekerjasama dengan parti-parti lain.

Etnik Kurdis[sunting | sunting sumber]

Faktor lain ialah faktor etnik Kurdis yang tertindas di sempadan Iraq-Turki. Puak Kurdis yang dilayan mesra oleh Amerika Syarikat di Iraq turut inginkan kemerdekaan di Turki moden. Mereka mahukan sebuah negara baru yang dikenali sebagai Kurdistan baru.

Wilayah Kurd terletak di tenggara Turki. Penderitaan puak Kurdis telah dirakamkan oleh Orhan Pamuk dalam novelnya yang penuh kontroversi.

Kumpulan pemisah Kurdish bernama Parti Buruh Kurdistan. Jet -jet pejuang tentera Turki sentiasa sahaja berlegar-legar di kawasan ini bagi membendung kebangkitan puak Kurdis.Puak Kurdis sentiasa dicop sebagai puak pemisah dan keganasan. Lebih 30,000 telah dibunuh. Terdapat 100,000 tentera Turki digerakkan di sempadan dan bersiap-sedia menghapuskan umbi pemberontakan.

Calon Kurdis seperti Gulten Kisanak berharap penderitaan puak ini akan dibawa ke parlimen Turki.

Rakyat Armenia Turki[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih 40,000 orang Armenia di Turki. Pemimpin mereka Archbishop Mesrob II Mutafyan menyatakan puak Kristian Constantinople akan memberi sokongan terhadap Perdana Menteri Erdogan. Mereka melihat Erdogan seorang pemimpin yang baik dan telah memberi hak-hak dan kurang nasionalis berbanding Parti Republikan Turki yang cenderung kepada fahaman Kemalist.

Skeptikal Barat[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kali ini penuh dengan pelbagai isu kontroversi antara pihak sekularisme dengan pihak yang inginkan syariat Islam dilaksanakan di Turki. Begitu juga dengan isu Pilihan raya Presiden Turki yang dikini disandang oleh Ahmet Necdet Sezer tetapi Perdana Menteri Turki disandang oleh Recep Tayyip Erdoğan sejak awal 2007.

Turki yang terletak di Eropah tetapi beragama Islam dan menyatakan berpihak kepada kuasa unipolar Amerika Syarikat tanpa dolak-dalih lagi telah menyebabkan majoriti penduduknya ingin kembali kepada Keagungan Islam Turki sebelum Kemal Atatürk.

Ramai rakyat Turki ingin menyertai Kesatuan Eropah iaitu EU tetapi dengan perkembangan dua-tiga tahun sebelum ini menyebabkan ahli EU tidak mungkin membenarkan Turki berkongsi dengan mereka.

Menteri Luar Portugis Manuel Lobo Antunes selaku Setiausaha Kesatuan Eropah menyatakan Turki masih dihalang menyertai EU. Penyertaan Turki mestilah diterima oleh kesemua 27 buah negara ahli.

Penyertaan Turki ke dalam EU telah dibincangkan sejak Oktober 2005 lagi. Ankara enggan membenarkan akses ke 35 lokasi pelabuhan-pelabuhan dan lapangan terbang.


Cyprus[sunting | sunting sumber]

Turki juga tidak senang isu Cyprus dibangkitkan oleh EU. Sebahagian pulau Cyprus di Lautan Mediterranean kini dimiliki oleh Turki. Bahagian yang lain dikuasai oleh Greece.