Syariat Islam

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sebahagian dari siri berkaitan
Allah-eser-green.png
Islam

Rukun Iman

Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji

Kota Suci

Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri · Aidiladha

Hukum

Quran · Sunnah · Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik

Lihat juga

Kritikan · Islamofobia
Glosari

Portal Islam
 p  b  s 


Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan, Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.

Isi kandungan

[sunting] Sumber Hukum Islam

[sunting] Al-Qur'an

Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama kerana merupakan firman Allah yang disampaikan pada Nabi Muhammad SAW. Kerana tidak semuanya dinyatakan secara zahiriah, terdapat pelbagai tafsiran tentang isi-isi Al-Qur'an namun tidak ada yang saling bertentangan.

[sunting] Hadis

Hadis adalah seluruh perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad yang kemudian dijadikan sumber hukum. Fungsi hadis antara lain:

  • Mempertegas hukum dalam Al-Qur'an
  • Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an
  • Menetapkan hukum yang belum ada di Al-Qur'an

[sunting] Ijma'

Ijma' (إجماع) maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam suatu perkara yang terjadi.

[sunting] Qiyas

Qiyas (قياس) ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nass atau perintah yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

[sunting] Ijtihad

Ijtihad adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Ijtihad dilakukan setelah Nabi Muhammad telah wafat sehingga tidak boleh langsung menanyakan pada beliau tentang suatu hukum namun hal-hal ibadah tidak boleh diijtihadkan. Beberapa macam ijtihad adalah:

  • Ijma', kesepakatan para ulama
  • Qiyas, diumpamakan dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas hukumnya
  • Maslahah Mursalah, untuk kemaslahatan umat
  • 'Urf, kebiasaan

[sunting] Wanita

Rencana utama: Wanita dalam Islam
Question book-3.svg Rencana ini memerlukan petikan tambahan untuk pengesahan.
Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambah rujukan boleh dipercayai. Bahan tak bersumber mungkin dicabar dan dikeluarkan. (June 2006)
Unbalanced scales.svg Keberkecualian kandungan rencana ini boleh dipertikaikan.
Sila lihat pada laman perbincangan ini.(December 2007)
Diharap anda tidak mengalihkan pesanan ini sehingga pertikaian ini diselesaikan.

Dari segi pematuhan agama, seperti elemen-elemen sembahyang, pembayaran zakat, perlakuan puasa Ramadan dan haji, para wanita dilayan tidak lain dari lelaki. Adanya, meskipun, sesetengah pengecualian dilakukan pada kes solat dan puasa. Para wanita tidak harus mematuhi puasa sewaktu darah haid, kehamilan, untuk empat puluh hari selepas melahirkan anak atau sedang menyusu jika adanya kerugutan pada kesihaannya atay bayi-bayinya. Mereka juga diharamkan mengamalkan solat sewaktu darah haid.

Lihat oula ma malakat aymanukum.

[sunting] Lihat pula

[sunting] Pautan luar