Piri Reis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Piri Reis (nama penuh Hacı Ahmed Muhiddin Piri - Hadji Ahmed Muhiddin Piri, Ahmet ibn-i el-Haç Mehmet El Karamani; Reis adalah sebuah perkataan Turki bagi pangkat tentera setara dengan pangkat kepten) adalah seorang laksamana Empayar Uthmaniyyah, ahli geografi dan ahli kartografi yang dilahirkan antara tahun 1465 dan 1470 dan meninggal dunia pada tahun 1554 atau 1555.

Beliau sangat dikenali pada hari ini di sebabkan oleh peta dan carta yang dihasilkan oleh beliau di dalam Kitab-ı Bahriye (Buku Navigasi), sebuah buku yang mengandungi maklumat terperinci berkenaan navigasi, selain carta yang sangat tepat (pada masa itu) menghuraikan pelabuhan dan bandar penting di Laut Mediterranean. Beliau mendapat kemasyuran sebagai seorang ahli kartografi apabila sebahagian kecil peta dunia pertama beliau (disediakan pada tahun 1513) telah ditemui pada tahun 1929 di Istana Topkapı di Istanbul. Peta dunia beliau adalah atlas Turki tertua yang menunjukan Dunia Baru, dan satu dari peta tertua Amerika yang masih wujud di dunia (peta tertua Amerika yang masih wujud dilukis oleh Juan de la Cosa pada tahun 1500, yang mana disimpan di Muzium Laut (Museo Naval) di Madrid, Sepanyol). [1]

Pada tahun 1528, Piri Reis melukis peta dunia kedua yang mana merupakan cebisan kecil (menunjukan Greenland dan Amerika Utara bermula di Labrador dan Newfoundland di utara sehingga ke Florida, Cuba dan sebahagian Amerika Tengah di selatan) masih terselamat. Berdasarkan teks yang didapati di peta ini, beliau melukis peta ini berdasarkan kira-kira 20 buah carta asing dan mappae mundi (Arab, Sepanyol, Portugal, China, India dan Greek) termasuk sebuah Christopher Columbus.[2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Serpihan peta Piri Reis yang terselamat oleh Piri Reis (1513)

Selama beberapa tahun, tidak banyak yang diketahui mengenai identiti Piri Reis. Namanya, terjemahan kasar, bererti Kepten Piri.[3] Etnik asalnya menjadi pertikaian, dengan sumber menyatakan leluhurnya sebagai "Kristian, kemungkinannya Greek";[4][5] "Yahudi";[6] atau "etnik Turki"[7].

Hari ini, berdasarkan Arkib Uthmaniyyah, kita tahu nama penuhnya sebagai "Hadji Ahmed Muhiddin Piri"[8] dan dia dilahirkan sama ada di Gelibolu (Gallipoli) di bahagian Eropah Empayar Uthmaniyyah (masa kini "Thrace Turki",[9][10] atau di Karaman (tempat lahir bapa beliau) di tengah Anatolia,[11] ketika itu ibu kota Beylik dari Karamanids (diilhak oleh Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1487). Tarikh sebenar kelahirannya tidak diketahui. Gelaran kehormat dan tidak rasmiHaji (bahasa Turki: Hacı) pada nama Piri (Hadji Ahmed Muhiddin Piri) dan bapanya (Hadji Mehmed Piri) menunjukkan bahawa mereka telah menyempurnakan Haji sama ada dengan pergi ke Mekkah sendiri, atau dengan membiayai seseorang yang pergi ke sana dan menyempurnakan ibadat bagi pihak mereka.

Hadji Ahmed Muhiddin Piri merupakan anak kepada Hadji Mehmed Piri, dan mula terbabit dalam perang persendirian disokong kerajaan (amalan biasa di Laut Mediterranean dikalangan negeri Muslim dan Kristian pada abad ke-15 dan ke-16) semasa dia masih muda, pada tahun 1481, mengikut bapa saudaranya Kemal Reis,[12] seorang "corsair" dan ahli pelayaran terkenal masa itu, yang kemudiannya menjadi laksamana terkenal dalam Tentera laut Uthmaniyyah.[9] Dalam tempoh ini, bersama bapa saudaranya, dia mengambil bahagian dalam banyak perang laut Empayar Uthmaniyyah menentang Sepanyol, Republik Genoa dan Republik Venice, termasuk Pertempuran Zonchio pada tahun 1499 dan Pertempuran Lepanto (1500). Apabila bapa saudaranya Kemal Reis meninggal pada tahun 1511 (kapalnya pecah dilanda badai di Laut Mediterranean, ketika dia menghala ke Mesir), Piri kembali ke Gelibolu, di mana dia mula pengajiannya mengenai navigasi.

Menjelang 1516, dia sekali lagi di laut sebagai kapten kapal Armada Uthmaniyyah. Dia mengambil bahagian dalam Perang Uthmaniyyah–Mamluk (1516–1517) penaklukan Mesir. Pada tahun 1522 dia terbabit dalam Pengepongan Rhodes (1522) menentang Kesasteria Hospitaller (St. John), yang berakhir dengan pulau menyerah kepada Empayar Uthmaniyyah pada 25 Disember 1522 dan penyingkiran kekal Kesasteria dari Rhodes pada 1 Januari 1523 (Kesasteria berpindah sekejab ke Sicily sebelum berpindah kekal ke Malta). pada tahun 1524 dia menjadi kapten bagi kapal yang membawa Pargalı İbrahim Pasha Wazir Agung Empayar Uthmaniyyah ke Mesir.

Fail:Second World Map of Piri Reis.jpg
Serpihan peta dunia Piri Reis yang terselamat oleh Piri Reis (1528)

Pada tahun 1547, Piri telah dilantik ke jawatan Reis (laksamana) sebagai Komander Armada Uthmaniyyah di Lautan India dan Laksamana Armada di Mesir, beribupejabat di Suez. Pada 26 Februari 1548 dia menakluk kembali Aden (1548) dari Portugis, diikuti pada tahun 1552 dengan Penawanan Muscat (1552), yang diduduki Portugis sejak tahun 1507, dan pulau Kish, Iran yang penting dari segi strategik. Berpaling ke arah barat, Piri Reis menawan Pulau Hormuz di Selat Hormuz, di bukaan Teluk parsi. Apabila pihak Portugis mengalih perhatian mereka ke Teluk Parsi, Piri Reis menduduki semenanjung Qatar dan Pulau Bahrain bagi menghalang pihak Portugis dari pengkalan yang sesuai di persisiran semenanjung Arab.

Dia kemudian kembali ke Mesir, orang tua yang menghampiri usia 90 tahun. Apabila dia enggan menyokong Wali Uthmaniyyah Gabenor Basra, Kubad Pasha, dalam kempen lain menentang Portugis di utara Teluk Persia, Piri Reis dipancung dikhalayak ramai pada tahun 1554 atau 1555.

Beberapa kapal perang dan kapal selam Tentera Laut Turki dinamakan sempena Piri Reis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Soucek, S. “Islamic Charting in the Mediterranean,” In J.B. Harley and D. Woodward, eds.[I] Cartography in the Traditional Islamic and South Asian Societies[/I]. Vol. 2, book 1, 263–272. 1992. Chicago: University of Chicago Press
  2. Trading Territories: Mapping the Early Modern World, Jerry Brotton, Reaktion Books, ISBN 978-1861890115, p.108
  3. Trading territories: mapping the early modern world, Jerry Brotton, Reaktion Books, ISBN 978-1861890115, 2003, p.193, reference to: Piri Reis Kitab-i-Bahriye, I(Istanbul 1988)
  4. Rutenburg, Viktor (1988). Feudal society and its culture. Progress Publishers. m/s. 176. ISBN 9785010005283. 
  5. Khûri Hitti, Philip (1961). The Near East in history: a 5000 year story. Van Nostrand. m/s. 333. 
  6. Pirates and the Lost Templar Fleet: The Secret Naval War Between the Knights Templar and the Vatican, David Hatcher Childress, Adventures Unlimited Press, ISBN 978-1931882187, p.118
  7. The History of Cartography, Cartography in the Traditional Islamic and South Asian Societies, J. B. Harley, David Woodward, page 267, 1992 ...Turk originally from the Anatolian province of Karaman, and we may assume the same origin for Hadji Mehmed... His uncle Kemal Reis was born in Gallipoli on the Aegean coast of Ottoman Empire around 1451. His full name was Ahmed Kemaleddin and his father was a Turk named Ali from the city of Karaman in central Anatolia.
  8. Maps of the ancient sea kings: evidence of advanced civilization in the ice age, Charles H. Hapgood, 246, 1966 Dia dilahirkan di bandar Karaman, berhampiran Konya, Turki
  9. 9.0 9.1 Other routes: 1500 years of African and Asian travel writing, Tabish Khair, page 127, 2006 Muhuddin Piri Reis was born at the naval base of Gelibolu (later known to "Westerners" as Gallipoli during the First World War) as a nephew of Kemal Reis, the most famous Turkish admiral and privateer or "corsair" of the period. He seems to have joined his uncle's ship at the age of 11 or 12...
  10. Venice and the Islamic world, 828-1797, Stefano Carboni, page 311, 2007 Piri Re'is, the nephew of a well-known Turkish mariner, learned seafaring and navigation from his uncle while both ... In 1511, Piri Re'is returned to his hometown of Gallipoli on the Dardanelles
  11. Maps of the ancient sea kings: evidence of advanced civilization in the ice age, Charles H. Hapgood, 246, 1966 Dia dilahirkan di bandar Karaman, berhampiran Konya, Turki. Tarikh sebenar tidak diketahui. Pada waktu mudanya dia menyertai bapa saudaranya Kemal Reis...Piri Reis whose, real name was Ahmet Muhiddin stayed with the Ottoman fleet during the reigns of Yavuz Selim and Suleiman the Magnificent...
  12. Beyond the Pillars of Gibraltar, Gene Weed, page 24, 2004 ...This map was drawn by Piri Ibn Haji Mehmed, known as the nephew of Kemal Reis, in Gallipoli, in the month of muharrem of the year 919...

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Piri Reis Map and translation of the texts
  • İnan, Afet: Life and works of Pirî Reis: the oldest map of America. Ankara 1975.
  • Kahle, Paul: Die verschollene Kolumbuskarte von 1498 in einer türkischen Weltkarte von 1513. Berlin/Leipzig 1933. (In German)
  • Kahle, Paul (Hrsg.): Piri Re'îs. Bahrîje. Das türkische Segelhandbuch für das Mittelländische Meer vom Jahre 1521. Berlin 1926. (In German)
  • McIntosh, Gregory C.: The Piri Reis Map of 1513. Athens and London: University of Georgia Press, 2000.
  • Mesenburg, Peter: Kartometrische Untersuchung und Rekonstruktion der Weltkarte des Piri Re`is (1513). In: Cartographica Helvetica, No. 24 (2001), 3–7. (In German)
  • Soucek, Svat: Piri Reis and Turkish Mapmaking After Columbus: The Khalili Portolan Atlas. Vol. 2 of Studies in the Khalili Collection. London: The Nour Foundation and Azimuth Editions, 1992; New York: The Nour Foundation, Azimuth Editions, and Oxford University Press, 1996.
  • Asensi, Matilde: El origen perdido. Editorial Booket, Barcelona 2005. (In Spanish) 308pp. ISBN 84-08-06185-2. A work of fiction featuring the Piri Reis map, and with the map appearing on the cover.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Islamic geography