Fly FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fly FM
Flyfm logo baru.png
Kawasan penyiaran Petaling Jaya, Selangor, Bendera Malaysia Malaysia
Tarikh siaran pertama 3hb Oktober 2005
Format Urban
Pemilik Max-Airplay Sdn Bhd, anak syarikat Media Prima Berhad
Tapak web Fly FM Online
Logo lama Fly FM

Fly FM merupakan stesen radio swasta berbahasa Inggeris di Malaysia di bawah naungan Media Prima bersama Hot FM. Ia dilancarkan pada 3hb Oktober 2005, dan sasarannya ialah pendengar berumur 15-30 tahun. Fly FM ialah sebuah stesen radio Bahasa Inggeris kedua popular di Malaysia berdasarkan AC Nielsen Radio Sweeps.

Radio ini bersiaran terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kini Stesen Radio Bahasa Inggeris Berkembang Pantas di Malaysia berdasarkan AC Nielsen Radio Sweeps.

Baru-baru ini, Fly FM memulakan sebuah slot rancangan dikenali "50 minutes of non-stop music" (50 minit muzik tanpa henti) di mana krew akan menyiarkan lagu-lagu selama 50 minit tanpa iklan. Ia terbukti sebagai sebuah kejayaan sebagaimana semua orang boleh mendengar Fly FM sebagai sebuah stesen radio "alternaltif".

Fly FM bukan sahaja menyiarkan lagu Bahasa Inggeris, tetapi muzik dalam Bahasa Melayu. Ini menjadikan Fly FM salah satu radio stesen pertama di Malaysia menyiarkan lagu-lagu lebih dari 2 bahasa.

DJ popular di stesen ini ialah Phat Babes,Ben,Nadia,Hunny Madu,Zher Peen,Amrita,Steve,Hafiz dan Prem.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

  • Johor Bahru dan Singapura 102.5FM
  • Terengganu 107.5FM
  • Lembah Klang 95.8FM
  • Melaka dan Johor Utara 94.0FM
  • Alor Setar 99.1FM
  • Ipoh dan Perak Tengah 87.9FM
  • Pulau Pinang, Taiping, Perak Utara, Sungai Petani dan bahagian selatan Kedah 89.9FM
  • Kuantan dan Johor Timur (Mersing) 87.6FM
  • Negeri Sembilan 98.6FM
  • Kota Bahru 107.4FM

Moto[sunting | sunting sumber]

  • "Malaysia's hottest music"
  • "It's all about the music"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]