Polis Angkasa Gaban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
frames

Polis Angkasa Gaban (宇宙刑事ギャバン Uchū Keiji Gyaban?) adalah satu watak dalam siri kanak-kanak yang berasal dari Jepun, selain Kamen Rider, Ultraman, dan Super Sentai. Siri ini mula ditayangkan di slot pukul 7 malam di TV Asahi bermula daripada bulan 5 Mac 1982 dan berakhir pada 25 Februari 1983. Filem animasi ini dihasilkan oleh syarikat Toei dan mengandungi 44 episod.


Sejarah Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Gaban.jpg

Pada 1960-an hingga 1970-an menyaksikan era keemasan wira-wira televisyen. Sejak tahun 1960-an hingga 1970-an, banyak siri lain yang dihasilkan termasuk Ultraman, Kamen Rider, Go Rangers dan seterusnya diikuti pula dengan Magma Taishi, Iron King, Spectreman, Lion Maru, dan lain-lain lagi. Syarikat Toei adalah studio yang paling aktif menghasilkan siri-siri pada waktu tersebut. Pada penghujung era tersebut (1982), Syarikat Toei ingin menampilkan suatu siri yang berlainan. Mereka akhirnya menghasilkan "The Uchu Keiji" ataupun "Space Sheriff" (maksud secara terjemahan terus adalah "Inspektor Polis Angkasa" atau "Detektif").

Siri pertama Uchuu Keiji Gyaban mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap berjaya. Oleh sebab inilah siri ini diteruskan pada tahun 1983 dan 1984: Uchuu Keiji Shariban dan Uchuu Keiji Shaider.

Gaban? Gavan? Gyabin?[sunting | sunting sumber]

Nagagaban.jpg
Gabin.jpg

Nama sebenar rancangan ini dalam bahasa Jepun ialah Uchuu Keiji Gyaban, yang sebenarnya merujuk kepada pelakon Perancis Jean Gabin yang amat suka menjadi polis di dalam filem-filem Perancis. Selepas itu, tajuk dalam bahasa Inggeris dimudahkan menjadi Space Cop Gabin. Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa Inggeris yang diberikan oleh orang Jepun adalah "Space Sheriff Gavan". Nama Gyaban hanyalah terjemahan terus dari sebutan katakana untuk 'Gavan' (bunyi huruf v tidak wujud dalam bahasa Jepun sebenar). Di antara sebutan-sebutan yang digunakan adalah "Giyaban", "Gaban", "Gavin", "Giyariba".

Barisan pelakon dan pekerja filem[sunting | sunting sumber]

Pautan[sunting | sunting sumber]

http://www.geocities.com/Tokyo/Pagoda/1169/profile.htm