25 Februari
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Februari 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | |||
| MMXII | ||||||
25 Februari merupakan hari ke-56 dalam kalendar Gregory. Tinggal 309 hari (atau 310 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
[sunting] Peristiwa
- 1570 - Paus Pius V (gambar) mengeluarkan titah-perintah Regnans in Excelsis yang mengucilkan Ratu Elizabeth I dan pengikutnya dalam Gereja England.
- 1793 – George Washington mengadakan sidang Kabinet pertamanya selaku Presiden Amerika Syarikat.
- 1836 - Samuel Colt mendapat paten untuk sejenis "senjata api berputar", kemudiannya dikenali sebagai revolver.
- 1921 - Tentera Merah Soviet menduduki Republik Demokratik Georgia, mengilhakkannya ke dalam Republik Sosialis Soviet baru.
- 1932 – Adolf Hitler memeluk kewarganegaraan Jerman, sekaligus layak untuk merebut jawatan Reichspräsident pada pilihan raya umum pada tahun yang sama.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Turki mengisytiharkan perang terhadap Jerman.
- 1947 – Negeri Prusia dibubarkan.
- 1948 – Parti Komunis Czechoslovakia mengambil alih tampuk pemerintahan Czechoslovakia.
- 1951 - Sukan Seluruh Amerika pertama bermula di Buenos Aires, Argentina.
- 1954 – Gamal Abdul Nasser dilantik sebagai perdana menteri Mesir.
- 1956 – Dalam "ucapan rahsianya", ketua Soviet Nikita Khrushchev mengutuk kultus individu Joseph Stalin.
- 1980 – Kerajaan Suriname digulingkan oleh rampasan kuasa tentera yang dimulakan dengan pengeboman balai polis dari kapal tentera di pantai ibu negara Paramaribo.
- 1986 - Revolusi EDSA: Corazon Aquino dilantik sebagai Presiden Filipina, selepas Ferdinand Marcos melarikan diri malam sebelumnya.
- 1992 – Pembunuhan beramai-ramai Khojaly: kira-kira 613 orang awam dibunuh oleh angkatan bersenjata Armenia dalam konflik di rantau Nagorno-Karabakh di Azerbaijan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||