Politik Kesatuan Soviet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Di bawah perlembagaan negara, hanya Parti Komunis Kesatuan Soviet (CPSU) dibenarkan untuk mengawal jentera kerajaan dan membuat keputusan mengenai ekonomi dan hal masyarakat. CPSU menyokong ideologi Marxisme-Leninisme dan beroperasi berdasarkan prinsip democratik centralisme. Organisasi utama CPSU ialah: Politburo, badan kerajaan agung; Sekretariat, pengawal birokrasi parti; dan Jawatankuasa Pusat (Central Committee), forum yang membincangkan polisi parti. Pada 1987 keahlian CPSU telah mencapai lebih 19 juta orang (9.7 peratus penduduk dewasa pada tahun 1987), kebanyakan lelaki dari golongan profesional. Sebilangan besar ahli parti memegang jawatan penting di agensi-agensi kerajaan diseluruh kesatuan ini.

Kerajaan boleh dianggap sebagai boneka parti CPSU dan akan melaksanakan segala yang telah diluluskan oleh parti ini termasuk perkara-perkara berkaitan ekonomi, keselamatan dalaman dan isu-isu sosial. Pada 1988 Perlembagaan telah dipinda untuk mewujudkan badan yang baru dipanggil "Kongres Ahli Masjlis Perundangan Rakyat", badan legislatif dan eksekutif tertinggi; terdiri dari 2,250 "ahli Majlis Perundangan", di mana 87 peratus adalah ahli atau calon ahli CPSU.