Portal:Undang-undang/Biografi pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shad Saleem Faruqi merupakan profesor undang-undang Malaysia dan juga berkhidmat sebagai penasihat undang-undang di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor. Beliau juga berkhidmat di fakulti undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan part time di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada umur 19 tahun, beliau telah memperolehi ijazah daripada Wesleyan University di Amerika Syarikat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai He konsultant bagi negara-negara Fiji, Timur Leste dan Iraq, menasihatkan mereka berkenaan dengan dokumen perlembagaan. Beliau juga pernah menolong membuat draf perlembagaan Republik Maldives.

Pada penghujung tahun 2004, Kelab Back-Benchers Barisan Nasional Parlimen Malaysia melantiknya sebagai penasihat bagi tujuan menasihati mereka tentang reformasi dan penguatkuasaan Parlimen dalam menghadapi keadaan kekuasaan cabang eksekutif terhadap kerajaan Malaysia. (Shad Saleem telah menganggarkan bahawa antara tahun 1991 dan 1995, 80% daripada kesemua bil yang diperkenalkan di Parlimen telah diluluskan tanpa pindaan.)

Lebih...