Benazir Bhutto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Benazir Bhutto
Benazir Bhutto.jpg

Tempoh jawatan
18 Julai 1993 – 5 November 1996
Presiden Wasim Sajjad dan Farooq Leghari
Didahului oleh Moin Qureshi (Interim)
Diganti oleh Miraj Khalid (Interim)
Tempoh jawatan
2 Disember 1988 – 6 Ogos 1990
Presiden Ghulam Ishaq Khan
Didahului oleh Muhammad Khan Junejo
Diganti oleh Ghulam Mustafa Jatoi

Lahir 21 Jun 1953(1953-06-21)
Pakistan Karachi, Pakistan
Meninggal dunia 27 Disember 2007 (umur 54)
Rawalpindi, Pakistan
Bangsa Pakistan
Parti politik Parti Rakyat Pakistan
Religion Syiah Islam

Benazir Bhutto (IPA: [beːnɜziːr bʰʊʈʈoː]; 21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27 Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi. Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.

Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993 tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu, Farooq Leghari. Pada tahun 2006, Interpol telah mengeluarkan arahan untuk menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat.

Benazir Bhutto merupakan anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto dan Begum Nusrat Bhutto. Mereka berasal dari keturunan Kurdish, Iran. Benazir belajar di Universiti Oxford dan Universiti Harvard.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Benazir belajar di Lady Jennings Nursery School dan kemudian Sekolah Perempuan Jesus and Mary di Karachi, Pakistan. Seterusnya di Rawalpindi Presentation Convent. Beliau lulus O-level ketika berumur 15 tahun.

Dari 1969-1973 telah melanjutkan pelajarannya di Radcliffe College, Universiti Harvard di Massachusetts, Amerika Syarikat. Beliau lulus cemerlang dalam tesis perbandingan antara kerajaan dan dipilih menyertai Phi Beta Kappa.

Dari 1973-1977 Benazir belajar falsafah, politik dan ekonomi di Lady Margaret Hall, Universiti Oxford. Pada 1976 terpilih sebagai presiden Oxford Union, merupakan wanita Asia pertama mengetuai satu kelompok elit. Seterusnya Benazir menghadiri kursus Undang-Undang Antarabangsa dan Demokrasi di universiti yang sama.

Pada 8 Disember 1987 beliau berkahwin dengan Asif Ali Zardari di Karachi. Mereka mendapat tiga anak iaitu Bilawal, Bakhtwar dan Aseefa.

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Ketika dia kembali ke Pakistan, bapanya telah dipenjarakan dan didakwa. Dia kemudian ditahan di dalam rumah. Pada 1984 dibenarkan pergi ke United Kingdom dan menjadi pemimpi dalam buangan untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP), parti bapanya. Beliau tidak terlibat dalam politik sehinggalah Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq meninggal dunia dalam satu kemalangan udara.

Pada 16 November 1988 beliau pertama kali menyertai pilihan raya dan menang. Seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2 Disember 1988 pada umur 35 tahun. Dengan itu Benazir Bhutto menjadi wanita Islam pertama di dunia menjadi perdana menteri dan ketua kerajaan. Tahun 1988 juga beliau termasuk dalam 50 wanita tercantik di dunia oleh majalah People Magazine.

Dasar Terhadap Wanita[sunting | sunting sumber]

Ketika berkempen, beliau menyuarakan tentang isu wanita , kesihatan dan diskriminasi terhadap wanita. Beliau mengumumkan pembentukan polis wanita, mahkamah dan bank pembangunan wanita. Namun tiada satu usahanya terlaksana di Pakistan. Beliau pernah berjanji untuk memperbaiki undang-undang Hudud dan Akta Zina tetapi mendapat tekanan kuat dari parti pembangkang.

Penggal kedua[sunting | sunting sumber]

Apabila abangnya Mir Murtaza Bhutto pulang dari buangan di Syria pada 1993, Benazir menghadapi masalah terutama apabila inunya Nusrat Bhutto turut menyebelahi Murtaza Bhutto. Serta-merta murtaza ditahan, dipenjara dan dikenakan tuduhan bunuh. Kononnya menjadi perancang rampasan kapal terbang Pakistani Airlines pada 1981. Mir Murtaza Bhutto kemudian bertanding dalam pilihan raya dan menang kerusi parlimen Sindh selepas beliau dibebaskan.

Pada malam Khamis, 19 September 1996, Mir Murtaza Bhutto telah ditembak mati bersama 6 pemimpin parti yang lain di rumahnya. Suami Benazir iaitu Asif Zardari telah dikenakan tuduhan bunuh dan kes itu masih tergantung.

Buangan[sunting | sunting sumber]

Benazir telah dipecat leh presiden ketika itu atas tuduhan rasuah dan partinya kalah dalam pilihan raya yang berlangsung pada bulan Oktober. Kemudian dia menjadi ketua pembangkang manakala Nawaz Sharif menjadi Perdana Menteri Pakistan selama tiga tahun. Pada bulan Oktober 1993, parti PPP menang dan kali kedua menjadi perdana menteri. Tetapi 196 telah disingkirkan atas tuduhan rasuah.

Tuduhan rasuah[sunting | sunting sumber]

Tuduhan rasuah dikenakan terhadap Benazir Bhutto kerana menyalahgunakan wang kerajaan melalui Bank Swiss. Suaminya Asif Zardari turut dipenjara selama 8 tahun kerana tuduhan rasuah. Semasa di penjara, dia mendakwa telah disiksa. Kemudian Asif telah dibebaskan pada 2004. Kemudian dituduh lagi mencuri berjuta-juta dolar wang kerajaan, manipulasi kontrak dan tender kerajaan. Tetapi bekiau mendakwa semua itu adalah atas faktor politik semata-mata.

Kembali ke Pakistan[sunting | sunting sumber]

Kepulangan Benazir Bhutto telah disambut dengan letupan bom di Rawalpindi.

Pilihan raya 2008[sunting | sunting sumber]

Pada 26 November 2007, Benazir telah menghantar borang pencalonan untuk menyertai pilihan raya Pakistan 2008 yang akan diadakan pada 8 Januari 2008. Benazir mencalonkan dirinya di pelabuhan Karachi kerana kerusi itu dikhaskan untuk calon wanita. Selain itu Benzir akan bertanding di kawasan Parlimen Larkana.

Pada 27 November beliau melancarkan manifesto Parti Rakyat Pakistan dengan dengan utamakan soal pendidikan, kesihatan, dana bagi perniagaan kecil dan lain-lain. Dalam pilihan raya Pakistan, seseorang calon boleh bertanding lebih satu kerusi tetapi hanya boleh mewakili sat kerusi sahaja.

Beliau berunding dengan bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif sama ada memboikot pilihan raya atau tidak kerana darurat masih berterusan di Pakistan dan belum ditarik balik oleh Presiden Pervez Musharraf. Amatlah sukar untuk berkempen dan mengadakan perhimpunan dalam keadaan darurat ini. Beliau dikawal ketat oleh pasukan keselamatan dengan alasan menjaga keselamatannya.

Terbunuh[sunting | sunting sumber]

Benazir Bhutto merupakan pemimpin wanita kedua terbunuh di Asia Selatan selepas Indira Gandhi. Benazir Bhutto menjadi sasaran serangan puak pelampau khususnya Taliban dan al Qaeda yang dendam terhadap pentabiran beliau pada masa lalu. Beliau dilihat bersekongkol dengan Amerika Syarikat sebagaimana Presiden Pervez Musharraf. Pilihan raya Pakistan 2008 yang dijadual akan diadakan pada 8 Januari 2008 akan semakin kacau dan huru-hara. Pervez Musharraf pasti akan dipersalahkan dalam insiden ini. Sebenarnya Musharraf telah memberi amaran beberapa kali akan ancaman daripada Taliban dan al Qaeda tetapi amaran itu tidak diendahkan oleh Benazir Bhtto dan Nawaz Sharif. TV3 telah menyiarkan berita ini secara tulisan dibawah skrin sebagai tanda berita tergempar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]