Pulau Belitung
- Untuk senjata Melayu bernama Belitung, lihat Belitung (senjata).
| Geografi | |
|---|---|
| Lokasi | Asia Tenggara |
| Koordinat | |
| Negara | |
|
Indonesia
|
|
Belitung, dahulu dikenali sebagai Billiton, ialah sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan pantai timur Sumatera, Indonesia, di Laut Jawa. Ia terkenal dengan lada hitam dan timahnya. Pulau Belitung mempunyai lebih kurang 100,000 orang penduduk yang tertumpu di beberapa buah pekan. Kota utamanya Tanjung Pandan.
Pulau Belitung merupakan milik British sejak tahun 1812 sehingga diserahkan kepada Belanda melalui Persetiaan Inggeris-Belanda pada tahun 1824.
Isi kandungan |
Geografi [sunting]
Pulau Belitung ialah sebuah pulau kecil, dengan rupa bumi yang agak berceranggah. Ia memiliki banyak bukit, dengan Gunung Tajam merupakan bukitnya yang tertinggi. Walaupun dipanggil gunung, tingginya Gunung Tajam tidak melebihi 1,000 meter.
Pulau Belitung dikelilingi oleh selat-selat yang agak tenang dan cetek. Pantai batu putih dan batu granitnya di Tanjung Tinggi, Tanjung Kelayang, Tanjung Binga dan Pulau Lengkuas merupakan destinasi melancong yang popular.
Pembahagian pentadbiran [sunting]
Pulau Belitung terbahagi kepada dua buah kabupaten, iaitu Kabupaten Belitung dan Kabupaten Belitung Timur yang masing-masing mempunyai ibu kotanya di Tanjung Pandan dan Manggar. Cogan kata Kabupaten Belitung ialah "Bertuah", singkatan untuk bersih, elok, ramah, tertib, ulet, aman dan harapan.
Ekonomi [sunting]
Sebahagian besar penduduk Pulau Belitung bekerja sebagai petani, pelombong, serta juga nelayan, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pesisir pantai yang kaya dengan ikan. Berbagai-bagai masakan yang berbahan ikan menjadi makanan sehari-hari penduduknya. Kekayaan laut menjadi salah satu sumber mata pencarian penduduk Belitung. Sumber alam yang tak kalah penting kepada masyarakat Belitung adalah timah. Usaha pelombongan timah dimulakan sejak dari zaman Hindia Belanda.
Selain perikanan dan timah, Pulau Belitung juga merupakan pengeluar tanah liat, dan pasir silika, serta juga lada hitam, dan minyak kelapa sawit.
Lihat juga [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Laman web rasmi gambar-gambar pantai Pulau Belitung dan panduan pelancong