Suku Jawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Etnik Jawa ꦮꦺꦴꦁꦗꦮ

Orang Jawa terkenal; dari atas ke bawah:
baris pertama: Raden Wijaya, Tribhuwana Wijayatunggadewi, Gajah Mada, Diponegoro, Raden Saleh.
baris kedua: Pakubuwono X, Kartini, Sukarno, Hamengkubuwono IX, Sudirman.
baris ketiga: Pramoedya Ananta Toer, Abdurrahman Wahid, Suharto, Megawati Sukarnoputri, Jakob Oetama.
baris keempat: Anggun C. Sasmi, Yayuk Basuki, Sri Mulyani Indrawati, W.S. Rendra, Dian Sastro.
Jumlah penduduk
2011: kira-kira lebih 100 juta
Kawasan ramai penduduk
Indonesia:

Luar Indonesia: Malaysia: 1 - 2 juta
Suriname: 75,000
New Caledonia: 5,000
Belanda: 150,000-300,000

Bahasa

Bahasa Jawa, bahasa Indonesia, bahasa Melayu, bahasa Belanda

Agama

Kejawen, Islam, Kristian, Hindu, dan agama Buddha

Kelompok etnik berkaitan

Suku Sunda, suku Madura, suku Bali

Suku Jawa (Jawa ngoko: ꦮꦺꦴꦁꦗꦮ/ wong Jawa, krama: ꦠꦶꦪꦁꦗꦮꦶ/ tiyang Jawi)adalah suku bangsa yang terbesar di Indonesia, dengan jumlahnya di sekitar 90 juta. Mereka berasal dari pulau Jawa dan menghuni khususnya di provinsi Jawa Tengah serta Jawa Timur tetapi di provinsi Jawa Barat, Banten dan tentu sahaja di Jakarta, mereka juga banyak ditemukan.


Bahasa[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar suku bangsa Jawa menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa percakapan harian. Sebuah tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Majalah Tempo pada awal dekad 1990-an menunjukkan bahawa hanya sekitar 12% daripada orang-orang Jawa menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pertuturan harian. Sekitar 18% menggunakan campuran bahasa Jawa dan bahasa Indonesia, dengan yang lain menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa utama mereka.

Keturunan-keturunan masyarakat Jawa berpendapat bahawa bahasa Jawa adalah bahasa yang sangat sopan dan mereka, khususnya orang-orang yang lebih tua, menghargai orang-orang yang menuturkan bahasa mereka. Bahasa Jawa juga sangat mempunyai erti yang luas.

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar orang Jawa menganuti agama [[Islam]]. Sebilangan kecil menganuti agama Kristian, Protestan dan Katolik, termasuknya di kawasan luar bandar, dengan penganut agama Buddha dan Hindu juga ditemukan di kalangan masyarakat Jawa. Terdapat juga agama kepercayaan suku Jawa yang disebut sebagai agama Kejawen. Kepercayaan ini pada dasarnya berdasarkan kepercayaan animisme dengan pengaruh agama Hindu-Buddha yang kuat. Masyarakat Jawa terkenal kerana sifat asimilasi kepercayaannya, dengan semua budaya luar diserap dan ditafsirkan mengikut nilai-nilai Jawa sehingga kepercayaan seseorang kadang kalanya menjadi kabur.

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Di Indonesia, orang Jawa biasanya ditemukan dalam semua bidang, khususnya dalam perkhidmatan awam dan tentera. Secara tradisi, kebanyakan orang Jawa adalah petani. Ini adalah sebabkan oleh tanah gunung berapi yang subur di Jawa. Walaupun terdapat juga banyak usahawan Indonesia yang berjaya yang berasal daripada suku Jawa orang Jawa tidak begitu menonjol dalam bidang perniagaan dan perindustrian.

Susun lapis sosial[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Jawa juga terkenal kerana pembahagian golongan sosialnya. Pada dekad 1960-an, Clifford Geertz, pakar antropologi Amerika Syarikat yang ternama, membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga buah kelompok:

  1. kaum santri
  2. kaum abangan
  3. kaum priyayi.

Menurut beliau, kaum santri adalah penganut agama Islam yang warak, manakala kaum abangan adalah penganut Islam pada nama sahaja atau penganut Kejawen, dengan kaum priyayi merupakan kaum bangsawan. Tetapi kesimpulan Geertz ini banyak ditentang kerana ia mencampurkan golongan sosial dengan golongan kepercayaan. Pengelasan sosialnya juga dicemari oleh penggolongan kaum-kaum lain, misalnya orang-orang Indonesia yang lain serta juga suku-suku bangsa bukan pribumi seperti keturunan-keturunan Arab, Tionghoa dan India.

Kesenian[sunting | sunting sumber]

Orang Jawa terkenal kerana kebudayaan seni yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha, iaitu pementasan wayang. Repertoir cerita wayang atau lakonan sebahagian besarnya berdasarkan roman kesateriaan Ramayana dan Mahabharata. Walaupun demikian, terdapat juga pengaruh Islam serta Dunia Barat.

Stereotaip orang Jawa[sunting | sunting sumber]

Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus, tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya percanggahan pendapat.

Tokoh-tokoh Jawa[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]