Penanggalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alam Ghaib
Manananggal of Philippine Mythology Commons.jpg
Hantu penanggal versi Filipina
Hantu Penanggalan
Alam Alam ghaib
Berbentuk fizikal Ya
Mampu berubah bentuk Tidak
Mampu menyerupai manusia Tidak
Menghisap darah Ya
Dipelihara Ya
Bermasyarakat Tidak
Gambaran
Sejenis makhluk halus yang dipelihara bagi tujuan tertentu.


Penanggalan

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Hantu Penanggalan juga disebut dalam Hikayat Abdullah, yang ditulis pada tahun 1845, yang menarik minat Sir Stamford Raffles untuk memuatkan gambar dan keterangan mengenainya dalam buku catatannya.[1]

Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Gambaran dekat daun mengkuang berduri.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan daun mengkuang yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggalan bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggalan adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.Ada separuh masyarakat mengatakan bahawa penanggalan datang dari orang yang menuntut ilmu hitam,selalunya terdapat dikawasan pendalaman.

Perlindungan dan rawatan[sunting | sunting sumber]

Rawatan paling biasa dalam kisah rakyat bagi melindungi dari serangan Penanggal adalah dengan menyelerak daun mengkuang yang memiliki daun berduri yang akan mencederakan atau memerangkap isi perut, jantung, perut, paru-paru Penanggal yang terdedah ketika ia terbang mencari mangsa. Daun berduri ini akan diikat pada tingkap rumah bagi memastikan ia memerangkap isi perut Penanggalan. Ini biasanya dilakukan pada rumah wanita yang baru bersalin. Bagaimanapun, kononnya cara ini tidak membantu bayi sekiranya Penanggal masuk melalui papan lantai. Dalam sesetengah keadaan, dikatakan beberapa bulan sebelum kelahiran, kaum keluarga wanita hamil akan menanam nenas di bawah rumah (rumah tradisi Melayu yang bertiang). Buah dan daun yang berduri akan menghalang hantu penanggalan dari memasuki bawah rumah. Apabila terperangkap, Penanggalan yang menyerang kemudian boleh dibunuh dengan parang. Sebagai perlindungan tambahan, wanita mengandung akan meletakkan gunting atau kacip pinang di bawah bantal, kerana Penanggalan dikatakan takut benda-benda tajam ini.

Bidan yang menjadi Penanggalans pada waktu malam kelihatan sebagai wanita biasa pada siang hari. Mereka bagaimanapun boleh dikenai sebagai Penanggalan melalui tingkah laku mereka. Apabila berjumpa orang ramai, mereka biasanya mengelak bertemu mata dan ketika bertugas sebagai bidan, mereka boleh dilihat mengecap bibir mereka, seolah-olah memikirkan makan darah wanita lahir apabila tiba waktu malam. Orang yang tahu di mana hantu Penanggalan tinggal boleh menunggu pada waktu malam ketika Penanggal terbang meninggalkan tubuhnya dan terbang keluar, ia boleh dimusnahkan dengan menuang serpihan kaca dalam lubang tengkuknya, yang akan mencederakan organ dalaman Penanggal apabila ia kembali bersambung dengan tubuhnya; atau dengan membakar tubohnya, dengan itu menghalang Penanggal dari kembali bercantum dengan tubohnya pada siang hari.

Satu lagi cara tidak membunuh adalah dengan membalikkan tubohnya, dengan itu apabila kepala kembali bertaut dengan tubohnya ia bercantum terbalik, dengan itu mendedahkan kepada semua orang apakah dia sebenarnya.[2][3]

Status[sunting | sunting sumber]

Hantu penanggalan adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Ia juga gemar menghisap darah manusia yang akan atau mahu bersalin.

Penanggalan juga biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun.

Penelitian secara ilmiah[sunting | sunting sumber]

Kadar kematian ketika bersalin akibat kehilangan darah (tumpah darah) mungkin menyebabkan timbulnya kepercayaan ini sabagai menjelaskan mengapa kadar kematian yang tinggi. Selain itu ia mungkin sebagai satu cara menjadikan masyarakat merasakan mereka dapat mengawal sesuatu kejadian. Kematian akibat tumpah darah tidak dapat dikawal. Tetapi jika dijelaskan sebagai perbuatan hantu, masyarakat dapat berusaha untuk menghindarkan gangguan hantu tersebut melalui jampi atau amalan seperti meletakkan daun mengkuang pada tiang rumah.

Manananggal di Filipina[sunting | sunting sumber]

Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.

Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam.[4]. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti[5]. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.

Ia juga dikenali sebagai Balan-balan di Sabah juga Manananggal, dalam kisah rakyat Filipina. Terdapat juga makhluk yang memiliki ciri yang serupa dikalangan orang Bali, Indonesia, di mana ia dikenali sebagai Leyak, di Thailand ia dipanggil Krasue, di Laos sebagai Kasu atau Phi-Kasu dan di Kemboja sebagai Ap.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hikayat Abdullah
  2. The Vampire Book: Vampires in Malaysia
  3. (Melayu) Hantu Penanggalan/Balan-balan
  4. Paraiso, Salvador; Jose Juan Paraiso (2003). The Balete Book: A collection of demons, monsters and dwarfs from the Philippine lower mythology. Philippines: Giraffe Books. ISBN 971-8832-79-3. 
  5. Ramos, Maximo D. (1971). Creatures of Philippine Lower Mythology. Philippines: University of the Philippines Press. 
  • Mercatante, Anthony S.; James R. Dow (2004), Facts on File Encyclopedia of World Mythology and Legend (edisi 2nd), New York: Facts on File, p. 690, ISBN 978-0-8160-5781-8 


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]