Puteri Saadong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Puteri Saadong atau Mariam (memerintah antara tahun 1667–1671), merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Nama penuh Puteri Saadong ialah Tuan Puteri Saadong binti Raja Loyor; juga memakai gelaran Puteri Vijaya Mala, Raja Jembal; merupakan anak perempuan Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja Jembal.

Puteri Saadong telah dibawa oleh Cik Siti Wan Kembang ke Bukit Marak apabila ibunya meninggal dunia.[1][2] Puteri Saadong menggantikan pemerintahan ayahdanya yakni Raja Jembal pada tahun 1667, lalu Puteri Saadong ditabal sebagai Sultan Kelantan pada tahun yang sama. Baginda Puteri Saadong merupakan raja wanita ke-dua di negeri Kelantan.

Cik Siti Wan Kembang telah memperkenankan perkahwinan antara Puteri Saadong dengan sepupunya Puteri Saadong iaitu Raja Abdullah bin al-Marhum Sultan Samiruddin, Raja Kelantan-Selatan (Jembal) apabila Puteri Saadong berumur seawal usia 15 tahun.

Puteri Saadong telah ditangkap oleh tentera Siam lalu dijadikan permaisuri kepada Raja Narai, Raja Siam (kini Thailand), untuk menggantikan kehidupan suaminya. Berikutan penangkapan Puteri Saadong, Raja Abdullah mengambil pendirian untuk menunggu kepulangan Puteri Saadong, baginda Raja Abdullah tidak lagi berkahwin. Namun selepas bertahun-tahun menunggu, Raja Abdullah mengambil kepuusan untuk berkahwin lain.

Apabila Puteri Saadong telah kembali semula ke Bukit Marak untuk mencari Raja Abdullah untuk berkahwin semula. Lalu Puteri Saadong telah kecewa apabila mendapati Raja Abdullah telah berkahwin dengan wanita lain, atas perasaan amarah yang mendalam, Puteri Saadong bertekad lalu telah membunuh Raja Abdullah dengan menggunakan keris sanggul yang disemat dirambutnya.

Selepas insiden tersebut, Puteri Saadong telah meninggalkan Bukit Marak lalu hilang tanpa dijejaki lagi. Makam Raja Abdullah sehingga hari ini masih boleh dilihat dan dilawati di Padang Halban, Melor di daerah Bachok, Kelantan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Azhar, Syed (2009-08-05), Residents erasing Bukit Marak history, The Star, diperoleh pada 2010-03-18 
  2. Azhar, Syed (2009-08-10), Museum wants Bukit Marak saved, The Star, diperoleh pada 2011-03-18 


Tunas biografi Malaysia Rencana berkaitan biografi rakyat Malaysia ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.