Ramli Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ramli Hassan
Kelahiran(1956-12-31)31 Disember 1956
Meninggal dunia6 Mei 2015(2015-05-06) (umur 58)
Sebab kematianKanser
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1999–2015

Ramli Hassan (31 Disember 1956 – 6 Mei 2015)[1] merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal dengan karyanya di televisyen, teater dan filem.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 31 Disember 1956,[2] Ramli telah menikmati kerjaya yang panjang dan berjaya dalam industri filem. Beliau terkenal dengan filem Anna and the King, The Red Kebaya dan Histeria.

Beliau juga membuat penampilan dalam siri asal Netflix Marco Polo. Peranannya di The Red Kebaya memperolehnya sebagai pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 pada tahun 2007.

Lakonan terakhir Ramli ialah menerusi filem Nota, filem yang diarahkan oleh Yasu Tanaka. Beliau memegang watak seorang pengayuh perahu yang bernama Jemat dalam filem yang dibintangi oleh Maya Karin dan Hans Isaac.[3]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 6 Mei 2015 di Sydney, Australia akibat kanser pada usia 58 tahun.[4][5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Anna and the King Raja Chulalongkorn (suara) Filem pertama
2004 Headhunter Narok
2006 The Red Kebaya Latiff
2008 Histeria Pakar psikiatri
Jarum Halus
2012 29 Februari Halim (zaman Jepun)
2013 Lemak Kampung Santan Sultan
2014 Dendam Orang Mati Zali
2015 Nota Jemat Filem terakhir
2018 Dukun Daud

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2004 The Merchant Of Venice
2009 Cuci The Musical

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Marco Polo (Musim 1) Netflix 2 episod

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 50:50 Ismail TV1

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
2009 Anugerah Seni Boh Cameronian ke-8 Persembahan Terbaik di dalam Peranan Pembantu Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dennis Chua (7 Mei 2015). "Veteran actor, producer Ramli Hassan dies". New Straits Times. Dicapai pada 19 Mei 2018.
  2. ^ Deric Ect (7 Mei 2015). "Actor Ramli Hassan passes away in Sydney". Daily Seni. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  3. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (29 Julai 2015). "Pengarah Jepun Dedikasikan Filem 'Nota' Buat Allahyarham Ramli Hassan". mStar Online. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  4. ^ "Ramli Hassan laid to rest in Sydney". The Malay Mail. 8 Mei 2015. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  5. ^ "Pelakon Ramli Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 7 Mei 2015. Dicapai pada 16 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]