Histeria (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Histeria
Poster Histeria.jpg
Poster filem Histeria
Pengarah James Lee
Syarikat penerbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Pengarang James Lee
Lakonan Liyana Jasmay
Scha
Noris Ali
Ayu
Ainul Aishah
Naftalya
Reanna
Ady Putra
Muzik Nurzaidi
Sinematografi Helmi Yusof
Suntingan Akashdeep Singh
Pengedar Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Mula tayangan Bendera Malaysia 18 Disember 2008
Tempoh tayangan 91 min.
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM1.4 juta[1]

Rujukan Sinema Malaysia

Histeria merupakan sebuah filem bergenre seram dan ngeri. Filem arahan pembikin filem indie, James Lee ini ditayangkan pada 18 Disember 2008 oleh Tayangan Unggul

Filem ini diterajui oleh Liyana Jasmay, Scha, dan lain-lain serta turut dibantu oleh Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, dan M. Rajoli. Filem ini mengetengahkan gejala histeria dan jembalang busut.[1]

Isi kandungan

[sunting] Plot

Histeria adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ia bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut, dan sirih. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Pakar psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.[2]

[sunting] Watak dan Pelakon

[sunting] Watak utama

[sunting] Watak pembantu

[sunting] Penerbitan

Penggambaran telah dilakukan pada bulan Ogos tahun 2007. Lokasi penggambaran ialah di sebuah sekolah di Kajang, Selangor.[1] Kos pembikinan menelan belanja sebanyak RM 1.4 juta.[4]

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan