Rawatan bantu mula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bantu mula ialah rawatan atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa atau atlet yang tercedera atau mengalami kemalangan di tempat kejadian sebelum menerima rawatan selanjutnya.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Tujuan bantu mula sebagai ikhtiar untuk:[1]

  • Untuk menstabilkan keadaan mangsa bagi mengurangkan kesakitan.
  • Untuk mengelakkan keadaan mangsa semakin serius atau bertambah teruk.
  • Menyelamatkan nyawa.
  • Membuat pesakit berasa selesa.
  • Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.

Kita memerlukan latihan khusus untuk mengaplikasi kemahiran bantu mula.

Contoh rawatan bantu mula[sunting | sunting sumber]

Asas bantu mula:[sunting | sunting sumber]

Rawatan luka kecil[sunting | sunting sumber]

Rawatan melecur dan terbakar[sunting | sunting sumber]

  • Sejukkan kawasan yang cedera serta-merta dibawah aliran air bersih.
  • Sapukan krim antiseptik pada bahagian yang melecur.
  • Jangan tutup bahagian yang melecur atau terbakar.[2]
  • pastikan apabila melakukan bantu mula..kedua dua tangan dalam keadaan bersih .

Rawatan terseliuh dan terkehel[sunting | sunting sumber]

  • Hindari memasukkan sendi yang terkehel ke tempat asal.
  • Sapukan krim analgesik
  • Ampu bahagian cedera untuk mengurangkan kesakitan.[2]

Rawatan kecederaan otot[sunting | sunting sumber]

  • Letakkan pek ais segera yang dialas dengan kain atau tuala nipis pada bahagian yang tercedera.
  • Balutkan dengan kemas pada bahagian yang tercedera.[2]

Prinsip dan Prosedur Bantu Mula[sunting | sunting sumber]

Risiko kecederaan biasanya berlaku semasa aktiviti sukan atau aktiviti harian. Semua kecederaan berlaku semasa pertandingan atau latihan mesti diuruskan dengan segera supaya kemampuan atlet untuk meneruskan latihan atau beraksi sejurus mengalami kecederaan mesti dirujuk kepada pakar perubatan. Jenis- jenis kecederaan selalunya berlaku di bahagian tisu lembut serta tulang dan bahagian lain. Keadaan yang membawa kepada kecenderungan kecederaan ialah disebabkan oleh keadaan otot, pakaian, alatan atau tempat dan faktor-faktor lain . Antara kaedah mengurus dan menilai kecederaan sukan boleh dilaksanakan tanpa pakar perubatan ialah TOTAPS, DRABC dan PRICER [3] .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://theboyshsm225sp.weebly.com/bantu-mula.html (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ a b c d Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 6 ISBN 978-983-49-0272-8 (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ https://www.coursehero.com/file/40744324/Assignment-Koku11docx/ (dalam bahasa Bahasa Melayu) (dalam bahasa Inggeris)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]