Refal tak anjal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rifle tak anjal dan kaedah pengoperasian.

Refal tak anjal atau meriam tak anjal (RCL) adalah senjata bentuk ringan yang membenarkan penembakan lebih praktikal projektil lebih berat berbanding dengan apa yang pratikal dengan senjata menganjal. Secara teknikal, satu-satunya peranti yang menggunakan laras berpilin adalah refal tak anjal. Variasi tebuk licin (Smoothbore) (tanpa pilin) dinamakan meriam tak anjal. Perbezaan ini sering dilupakan dan kedua-dua sering kali dikenali sebagai refal tak anjal.

Biasanya digunakan bagi peranan anti-kereta kebal, sistem berkesan pertama jenis ini dimajukan semasa Perang Dunia Kedua. Refal tak anjal berkeupayaan menembak peluru artileri pada jarak dan pecutan menyamai meriam ringan biasa, sungguhpun ia biasanya digunakan bagi menembak peluru lebih besar pada jarak dan pecutan lebih rendah. Ketiadaan hampir sepenuhnya anjalan membenarkan sesetengah versi ditembak pada bahu, tetapi kebanyakannya dipasang pada tripod ringan dengan tujuan mudah dibawa oleh seorang askar.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Meriam tak anjal biasa berfungsi hampir sama dengan meriam biasa. Projektil dan penujah dibekalkan sebagai sebiji dan dimasukkan ke dalam kebuk. Bagaimanapun, apabila ditembak bukan semua penujah mengikut projektil keluar dari laras, sebahagian besar dibenarkan keluar ke belakang, memberikan kuasa inersia untuk mengimbang inersia projektil. Oleh kerana kebanyakan anjalan telah disingkirkan, pedati meriam yang rumit dan berat dan mekanisma pemendam anjal tidak diperlukan. Walaupun dinamakan sedemikian, amat jarang bagi kedua daya mengimbangi sepenuhnya, dan rifle tak anjal dalam dunia sebenar turut menganjal (dengan tahap berbeza). Rifle tak anjal merupakan senjata yang memerlukan penjagaan rapi, dan sekiranya kelopak dan liang gas sudah usang, rosak, tersumbat, atau tidak dijaga dengan baik, kesan pemendam anjalan akan berkurangan atau hilang sama sekali, mendorong kepada anjalan yang kuat dan merbahaya.

Tidak seperti pelancar roket, yang menembakkan roket distabil oleh ridip dari laras tebuk licin, rifle tak anjal menyerupai peluru artileri biasa. Ia biasanya mempunyai garis pandu bagi memegang tiub pelancar berpilin, putaran menstabilkan projektil, dengan itu istilah "refal". Kawasan "kelonsong" peluru mungkin berliang bagi menyingkir gas penujah yang kemudiannya diarah kebelakang, ketika tapak peluru terlerai.

Oleh kerana menyingkir gas panas ke belakang adalah merbahaya dalam kawasan tertutup, sesetengah meriam tak anjal seperti Armbrust dan MATADOR menggunakan gabungan tembak balas, laras licin dan piston bagi mengelakkan anjalan dan letupan belakang. "Katrij" Armbrust beridip mengandungi bahan penujah antara dua piston dengan kepala peledak kehadapan, menhadap kehadapan, dan jisim pengimbang plastik dilerai dihadapan piston kedua. Apabila ditembak penujah berkembang dengan pantas menolak piston kehadapan. Tolakan ini menolak projektil kehadapan kearah sasaran dan jisim pengimbang kebelakang memberikan kesan tak anjal. Jisim pengimbang plastik terlerai dengan cepat dihentikan oleh seretan udara dan tidak merbahaya pada jarak beberapa kaki dari kebuk. Pistik terlekat pada hujung laras memerangkap gas penujah panas di dalam, yang membenarkan ia ditembak dalam ruang tertutup.

Rifle tak anjal MOBAT 120mm merupakan perkakasan yang besar yang perlu ditunda di belakang kenderaan. Senjata ini diacu menggunakan rifle peninjau, yang menembakkan projektil lebih kecil yang terjektorinya menyamai senjata utama. Peluru penjejak ditembak dahulu sehingga hentaman dilihat sebelum menembak meriam utama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Meriam tak anjal yang pertama telah dimajukan oleh Komander Cleland Davis dari Tentera laut Amerika Syarikat, sejurus sebelum Perang Dunia Pertama. Rekaannya menyambung dua meriam berlawanan, dengan meriam mengadap ke belakang diisi dengan bola timah hitam (lead) dan minyak gris yang sama berat dengan peluru dalam meriam disebaliknya. Ideanya digunakan untuk ujian oleh British sebagai senjata anti-Zeppelin dan anti-kapal selam yang dipasang pada kapal terbang pengebom Handley Page O/100 dan bertujuan dipasang pada pesawat lain.

Di Soviet Union pembangunan senjata tak anjal ("Dinamo-Reaktivnaya Pushka" (DRP), "meriam reaksi dinamik") bermula pada 1923. Pada 1930-an pelbagai jenis senjata dibina dan diuji dengan kaliber antara 37 mm hingga 305 mm. Sesetengah contoh kecil diuji dalam kepal terbang (Grigorovich I-Z dan Tupolev I-12) dan sungguhpun sesetengah digunakan dalam perkhidmatan dan dikilangkan secara terhad, tetapi pembangunan berhenti sekitar 1938, kemungkinannya akibat kesan sampingan Penghapusan Agung. Contoh meriam tak anjal paling terkenal adalah Model 1935 76 mm DRP direka oleh L.V. Kurchevski. Sejumlah kecil dipasang pada lori digunakan dalam pertempuran dalam Perang Musim Sejuk. Dua darinya ditawan oleh askar Findland dan diuji; satu contoh diberikan kepada Jerman pada 1940.

Rifle tak anjal pertama masuk perkhidmatan Jerman adalah 7,5 cm Leicht Geschütz 40 ("meriam ringan" '40), a simple 75 mm smoothbore recoilless gun developed to give German airborne troops sokongan artileri dan anti-kereta kebal yang berguna yang boleh dijatuhkan kemedan pertempuran. Meriam 75 didapati sungguh berguna bagi penjajahan Crete sehinggakan versi 105 mm lebih besar dimajuakn menggunakan pola yang sama. Amat menarik kedua senjata ini disalin secar umum oleh Tentera Amerika Syarikat, menyongsang aliran teknologi yang berlaku apabila Jerman menyalin Bazooka. Amerika Syarikat ada memiliki program pembangunan dan tidak jelas sejauh mana reka bentuk ini disalin, kerana terdapat perbezaan. Pihak Jepun turut membangunkan rifle anti-kereta kebal tak anjal mudah alih yang disimpan sebagai pertahanan tanah air. Bagaimanapun, senjata ini kekal jarang didapati sepanjang perang sungguhpun versi 75 Amerika Syarikat menjadi semakin biasa pada 1945.

Semasa Perang Dunia Kedua, syarikat Sweden Bofors Carl Gustaf membangunkan peranti 20 mm kecil, 20 mm m/42; pihak British menunjukkan minat, tetapi menjelang masa itu rifle anti kereta kebal sudahpun usang.

SPG-9M Poland diisi. Gambar Kementerian Pertahanan Poland.
M-113 rosak oleh National Front for the Liberation of South Vietnam - NLF menggunakan refal tak anjal 57 mm

Pada tahun 1947, US 75mm telah ditawarkan sebagai lebihan perang kepada tentera Perancis dan ada yang dipasang pada skuter Vespa. Ia turut digunakan oleh tentera paying terjun Perancis sebagai anti-kereta kebal mudah alih dan pelantar anti perkubuan. Ia kemudiannya digunakan dalam perkhidmatan di Algeria dan Indochina.

Menjelang Perang Korea, rifles tak anjal telah digunakan oleh keseluruhan pasukan US. Rifle tak anjal US “asal” adalah 57 mm dan 75 mm, diikuti oleh 105 mm. Model baru ini menggantikan rifle 90 mm dan 106 mm. Sama juga Soviet bersemangat menerima teknologi rifle tak anjal (sebenarnya “meriam” tak anjal kerana berlaras licin) pada 1950-an, paling biasa yang berkaliber 73 mm, 82 mm, dan 107 mm.

Usaha pihak British pula dipimpin oleh Denis Burney, pencipta peluru HESH Wallbuster (“Pemusnah tembok”), yang turut membangunkan rekabentuk tak anjal. Burney membuktikan tekniknya dengan senapang patah 4 gauge tak anjal. "Meriam Burney" ciptaannya dibangunkan bagi menembak peluru Wallbuster terhadap pertahanan Dinding Atlantik, tetapi tidak diperlukan semasa pendaratan D-Day pada 1944. Dia terus menghasilkan banyak reka bentuk termasuk rifle tak anjal 3.45" (88 mm) mudah alih, Ordnance, RCL, 3.45 inci diletakkan dalam perkhimatan ujian pada akhir 1945. Kerja pembangunan lepas perang dan kegunaan rifle tak anjal siri BAT memuncak dengan (“Batalion Anti-Kereta Kebal Senjata Magnesium”) 120 mm L6 Wombat.

Rifle tak anjal SPG-9 73 mm ringan dan B10 82 mm berat masih dalam perkhidmatan dalam tentera Russia unit bawaan udara, dan agak biasa di seluruh dunia dalam simpanan Negara bekas pelanggan Ex-Soviet, di mana ia biasanya digunakan sebagai meriam anti kereta kebal.

Apabila peluru berpandu berwayar (“wire-guided missile”) menjadi semakin popular pada akhir 1960-an dan awal 1970-an, rifle tak anjal mulai lenyap dari kegunaan ketenteraan kecuali di Artik di mana senjata Dragon dihidup dengan rkuasa bateri dan TOW panduan berwayar akan gagal akibat cuaca melampau. Bekas Division Infantri Ringan ke-6 di Alaska menggunakan M67 pada pelantar senjata khasnya. Pengunaan terakhirnya adalah pada kereta kebal Ontos, yang membawa enam US 106 mm pada rangka berantai ringan (9 tan) yang mula dibangunkan bagi kegunaan Tentera US bawaan udara pada 1950. Bagaimanapun, pihak Tentera menganggap ianya tidak berguna, dan sebaliknya ia digunakan oleh pihak Marin, sungguhpun sekadar hanya 176 buah. Ia digunakan dengan berkesan sebagai kenderaan tembakan sokongan semasa Perang Vietnam. Krewnya secara berterusan melaporkan bahawa Ontos merupakan kenderaan tempur amat berkesan dalam peranan ini, tetapi pihak atasan tentera berterusan menekankan reka bentuk lebih berat, dan pada 1970 Ontos dikeluarkan dari perkhidmatan dan kebanyaknya dileraikan. Bagaimanapun rifle tak anjal memenuhi peranan baru, terutamanya dalam konfrantasi Indo-Pak di Kashmir, di mana ia digunakan secara berkesan terhadap kubu dan sebagai artileri di kawasan muka bumi yang sebelumnya dianggap tidak boleh didiami.

Hari ini satu daripada beberapa rifle tak anjal barisan hadapan dalam tentera Negara industri Barat adalah rifle tak anjal Carl Gustav, 84 mm senjata anti-kereta kebal mudah alih perseorangan. Mula diperkenalkan pada 1946, ia masih digunakan secara meluas di seluruh dunia hari ini, dan telah diperkenalkan semula pada Kor Marin US sebagai senjata pemusnah kubu. Rifle tak anjal M40 106 mm buatan Amerika Syarikat, biasanya dipasangkan pada jip atau kenderaan kecil yang seumpama dengannya, merupakan perkara biasa dalam tentera kebanyakan Negara miskin, di mana ia berkhidmat dalam peranan pemusnah kereta kebal.

Rifle tak anjal Carl Gustav 84 boleh digunakan bersama 66 (aka M72 LAW) dan and LAW 80 bagi menebuk lubang (“Mouse-holing”) semasa bertempur di kawasan binaan. Ini adalah di mana “pintu” mengejut ditambah pada bangunan sebagai laluan masuk, dengan harapan dapat mengelak pertahanan yang disediakan oleh orang di dalamnya.

M-388 Davy Crockett menggunakan rifle tak anjal bagi melancarkan kepala peledak nuclear taktikal, digunakan oleh Amerika Syarikat pada 1960-an.

Senjata 75 mm pakai buang lebih lama masih digunakan oleh Perkhidmatan Taman Negara Kebangsaan U.S. bagi kawalan salji runtuh, kes di mana senjata digunakan bagi tujuan keamanan.