Republik Sosialis Soviet Belarusia
| Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri. Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam. (Ogos 2011) |
|
|||||||||||||||||||||||||||||
Republik Sosialis Soviet Belarusia (RSS Belarusia) (Belarus: Беларуская Савецкая Сацыялістычная Рэспубліка, Bielaruskaja Savieckaja Sacyjalistyčnaja Respublika, Rusia: Белорусская Советская Социалистическая Республика, Belorusskaya Sovetskaya Sotsialisticheskaya Respublika) merupakan salah satu republik yang membentuk Kesatuan Soviet. Republik ini juga merupakan salah satu daripada empat buah republik yang mengasaskan Kesatuan bersama Republik Sosialis Soviet Ukraine (RSS Ukraine), Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia (RSPS Transcaucasia) dan Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (RSPS Rusia).
Republik Soviet sebelum munculnya RSS Belarusia, Republik Soviet Sosialis Belarusia (RSSB) yang terletak di kawasan Belarus telah diisytiharkan pada 1 Januari 1919. Walau bagaimanapun, republik tersebut mengambil masa beberapa tahun untuk menentukan statusnya. Belarusia adalah antara republik Soviet yang pernah diduduki oleh Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, negara ini kemudiannya dinamakan Republik Belarus.
Pada tempoh masa yang lebih awal, wilayah Belarusia biasanya dirujuk di Eropah Barat sebagai Rusia Putih. Oleh itu, ketika kewujudan awal RSS Belarusia, kadangkala republik tersebut juga dikenali sebagai Republik Sosialis Soviet Rusia Putih.
|
||||||||||