Republik Weimar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Deutsches Reich
Reich Jerman

1919–1933
Bendera Jata
Lagu kebangsaan
Das Lied der Deutschen
Jerman zaman, merangkumi Negeri Bebas Prusia (biru) selaku negeri terbesar
Ibu negara Berlin
Bahasa Jerman
Kerajaan Republic
Presiden
 - 1918-1925 Friedrich Ebert
 - 1925-Ogos 1934 Paul von Hindenburg
Canselor
 - 1919 Philipp Scheidemann (pertama)
 - 1933 Adolf Hitler (terakhir)
Perundangan Reichstag
 - Majlis negara Reichsrat
Zaman bersejarah Zaman antara perang
 - Diasaskan 9 November 1918 1919
 - Hitler menjadi canselor 30 Januari 1933
 - Reichstag fire 27 Februari 1933
 - Enabling Act 23 Mac 1933 1933
Keluasan
 - 1925 [1] 468,787 km2 (181,000 bt persegi)
Kependudukan
 - 1925 [1] est. 62,411,000 
     Kepadatan 133.1 /km2  (344.8 /bt persegi)
Mata wang Papiermark (1919-1923)
Reichsmark (1924-1933)

Nama Republik Weimar (Weimarer Republik , IPA: [ˈvaɪmarɐ repuˈbliːk] <VAI-ma-ra ré-pu-BLIK>) dipakai oleh para sejarawan untuk menandakan zaman republik demokratik di Jerman Jermandari tahun 1919 hingga 1933.

Berikutan Perang Dunia Pertama, republik ini timbul dari Revolusi Jerman pada bulan November 1918. Pada tahun 1919, sebuah perhimpunan kebangsaan bersidang di bandar raya Weimar, di mana dibubalnya perlembagaan baru untuk Reich Jerman untuk diterima guna pada 11 Ogos. Cubaan mendirikan semula Jerman sebagai negara demokrasi liberal ini gagal setelah bangkitnya Adolf Hitler dan Parti Nazi pada tahun 1933. Walaupun sebetulnya perlembagaan Weimar 1919 tidak dibatalkan sehingga selepas Perang Dunia Kedua, tindakan undang-undang yang diambil kerajaan Nazi pada bulan Februari dan Mac 1933, yang bergelar Gleichschaltung, menghancurkan mekanisme-mekanisme demokrasi sejati. Oleh itu, tahun 1933 selalu dianggap sebagai detik berakhirnya Republik Weimar, sekaligus bermulanya "Reich Ketiga" pimpinan Hitler.

Nama Republik Weimar tidak pernah sekali dipakai secara rasmi sewaktu kewujudannya. Walaupun berbentuk republik, republik baru ketika itu masih dikenali sebagai Deutsches Reich dalam bahasa Jerman, atau "Empayar Jerman" dalam bahasa Melayu. Oleh sebab istilah Jerman reich lebih banyak maksudnya berbanding perkataan empayar, maka namanya sering diterjemah menjadi Reich Jerman. Nama pendeknya tetap Jerman.

Rujukan [sunting]

  1. "Das Deutsche Reich im Überblick". Wahlen in der Weimarer Republik. http://www.gonschior.de/weimar/Deutschland/index.htm. Capaian 2007-04-26. 

Pautan luar [sunting]


Lihat juga [sunting]