Presiden Jerman
| Jerman |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Perlembagaan
Parlimen
Kehakiman
Eksekutif
Bahagian
Pilihan raya
Dasar Luar Negara
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Presiden Jerman, secara rasminya Presiden Persekutuan Orang-orang Jerman (Bahasa Jerman: deutscher Bundespräsident) ialah Ketua Negara bagi Republik Persekutuan Jerman.
Selepas Wilhelm II, Maharaja Jerman turun takhta pada tahun 1918 dan penggubalan Perlembagaann Weimar, jawatan Reichspräsident (Presiden Jerman) dibentuk sebagai Ketua Negara Jerman. Jawatan ini dihapuskan pada tahun 1934 selepas kematian Presiden Paul von Hindenburg. Kuasanya disatukan dengan jawatan Reichskanzler dan gelaran rasmi jawatan yang dipegang oleh Adolf Hitler ditukar kepada "Führer und Reichskanzler" (Ketua dan Canselor). Jawatan ini, walau bagaimanapun direka semula pada penghujung Perang Dunia II apabila Hitler melantik Laksamana Kanan Karl Dönitz sebagai penggantinya dengan gelaran rasmi Presiden Jerman.[perlu rujukan]
Empayar Ketiga Jerman tidak terhapus pada tahun 1945, sebaliknya selepas empat tahun pendudukan Kuasa-kuasa Berikat, dua buah negara Jerman dibentuk pada tahun 1949, iaitu Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) di dalam wilayah yang dikawal Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis, serta Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) di wilayah yang dikuasai Kesatuan Soviet. Kedua-dua republik Jerman ini mempunyai seorang Ketua Negara dengan gelaran Presiden. Namun begitu, dengan kematian presiden pertamanya Wilhelm Pieck, Jerman Timur memansuhkan gelaran ini pada tahun 1960. Sehingga Penyatuan Semula Jerman pada tahun 1991, wujud dua orang ketua negara di tanah Jerman. Pada saat itu, Presiden Jerman Barat (Bahasa Jerman: Bundespräsident) menjadi ketua negara untuk seluruh Jerman yang bersatu.
Senarai Presiden Jerman selepas Perang Dunia II [sunting]
| No. | Gambar | Nama | Mula | Tamat | Parti¹ |
|---|---|---|---|---|---|
| 1. | Theodor Heuss | 13 September 1949 | 12 September 1959 | FDP | |
| 2. | Heinrich Lübke | 13 September1959 | 30 Jun 1969 | CDU | |
| 3. | Gustav Heinemann | 1 Julai 1969 | 30 Jun 1974 | SPD | |
| 4. | 60px | Walter Scheel | 1 Julai 1974 | 30 Jun 1979 | FDP |
| 5. | Karl Carstens | 1 Julai 1979 | 30 Jun 1984 | CDU | |
| 6. | Richard von Weizsäcker | 1 Julai 1984 | 30 Jun 1994 | CDU | |
| 7. | Roman Herzog | 1 Julai 1994 | 30 Jun 1999 | CDU | |
| 8. | Johannes Rau | 1 Julai 1999 | 30 Jun 2004 | SPD | |
| 9. | Horst Köhler | 1 Julai 2004 | 2010 | CDU | |
| 10. | Christian Wulff | 2010 | 2012 | CDU | |
| 11. | Joachim Gauck | 2012 | (Kini) |
¹ Perhatikan walaupun seseorang presiden selalunya pernah menanggotai sebuah parti politik sebelum menjawat jawatan ini, dalam Perkara 55 Hukum Asas Republik Jerman, penjawat diminta tidak memegang jawatan lain, tidak bergiat aktif dalam kerjaya lain atau menganggotai mana-mana pertubuhan. Oleh yang demikian, semua Presiden Persekutuan telah meninggalkan parti politik mereka dan tidak menyertai kegiatan mana-mana parti politik sepanjang tempoh jawatannya.