Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 adalah satu resolusi yang bertujuan untuk menyelesaikan konflik Israel-Lubnan 2006 .Ia sebulat suara dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB pada 11 Ogos 2006.

Resolusi ini berdasarkan satu draf yang mulanya disediakan oleh Perancis dan Amerika Syarikat. Draf berkenaan menyeru "menghentikan permusuhan secara menyeluruh" di antara Israel dan Hezbollah, tetapi ia dikritik keras oleh Lubnan dan Liga Arab kerana tidak memerlukan Israel untuk berundur serta merta daripada Lubnan selatan dan kerana membenarkan Israel menyambung operasinya menentang Hezbollah.

Sebagai tindak balas, Lubnan mendapat sokongan daripada Liga Arab untuk cuba mendapatkan sedikit-sebanyak daripada Pelan Siniora yang dipersembahkan oleh kerajaan Lubnan pada 27 Julai sebagai termasuk dalam draf resolusi. Satu delegasi daripada Liga berkenaan terbang ke Bandaraya New York pada 8 Ogos dan berjumpa dengan pelbagai perwakilan PBB dan perangka draf utama iaitu Perancis dan Amerika Syarikat. Ini menyebabkan perubahan kedudukan Perancis dan akhirnya memaksa satu pendrafan semula cadangan.

Perbezaan utama berbanding cadangan draf asal ialah bahawa 15,000 askar dari Ketenteraan Lubnan mendapat peranan utama dengan angkatan UNIFIL yang diperkasakan (dari 2,000 askar kini ke 15,000 askar) dan membantu mereka dalam menguatkuasakan provisi relevan Perjanjian Taif dan resolusi 1559 dan 1680 (diambil pada Mei 17, 2006 yang memanggil Lubnan mempercepatkan gencatan Hizbollah, dan memanggil Syria turut membantu dalam melakukan ini, di samping memanggil Syria menolong menyelesaikan masalah sempadan antara mereka dan Lubnan, iaitu kawasan Shebaa), termasuk gencatan Hizbollah. Resolusi berkenaan meskipun menyatakan secara jelas bahawa puak Lubnan yang menentukan bila dan jika mereka perlukan bantuan dalam perlaksanaan tugas berkenaan. Resolusi berkenaan juga menyatakan bahawa angkatan tentera Isreal akan berundur pada masa yang sama angkatan ketenteraan Lubnan dan UNIFIL bersama memasuki kawasan konflik dan tiada angkatan paratentera termasuk Hezbollah, akan berada lebih selatan daripada Sungai Litani (OP8).

Pemimpin-pemimpin dunia memuji perjanjian ini sementara menyatakan bahawa ia bukan penghujung krisis. [1]

Perkara-perkara utama dalam resolusi[sunting | sunting sumber]

  • RESOLUSI menuntut pertempuran dihentikan sepenuhnya – Hizbullah dikehendaki menghentikan semua serangan dan Israel akan menamatkan operasi ketenteraan yang bermotif serangan (ofensif).
  • Sebaik sahaja pertempuran berakhir, pasukan PBB di selatan Lebanon, Unifil akan diperbesarkan daripada 2,000 kepada 15,000 askar bagi membantu menyelaraskan penghantaran 15,000 askar Lebanon ke selatan Lebanon dan pengunduran askar Israel dari kawasan itu. Tentera kedua-dua negara akan bergerak ‘secara serentak’.

Unifil boleh mengambil segala tindakan perlu di kawasan operasinya untuk memastikan kawasan tersebut tidak digunakan untuk menjalankan sebarang bentuk aktiviti permusuhan.

  • Resolusi memperuntukkan beberapa langkah ke arah mewujudkan gencatan senjata dan penyelesaian politik berkekalan. Antaranya ialah pelucutan senjata semua kumpulan bersenjata di Lebanon dan kedua- dua pihak menghormati Garisan Biru, iaitu sempadan yang ditetapkan oleh PBB di antara Israel dan Lebanon.
  • Semua negara dikehendaki menyekat penghantaran senjata atau peralatan tentera kepada ‘mana-mana entiti atau individu’ di Lebanon kecuali tentera Lebanon dan askar PBB.
  • Mukadimah resolusi menuntut pembebasan tanpa syarat dua askar Israel yang ditawan oleh Hizbullah dan menggalakkan penyelesaian isu rakyat Lebanon yang ditahan di Israel.
  • Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan akan menyediakan cadangan dalam 30 hari berhubung pelucutan senjata militia dan penetapan sempadan, termasuk kawasan Ladang Shebaa di sempadan Israel-Syria-Lebanon.
  • Masyarakat antarabangsa diminta bertindak segera untuk menghulurkan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada rakyat Lebanon, termasuk dana bagi membantu puluhan ribu pelarian kembali ke kampung halaman.

Menghendaki semua pihak bertanggungjawab memastikan tiada tindakan diambil untuk membahayakan usaha kemanusiaan termasuk laluan konvoi penghantaran makanan dan bekalan perubatan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]