Rooibos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rooibos
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Fabales
Famili: Fabaceae
Genus: Aspalathus
Spesies: A. linearis
Nama binomial
Aspalathus linearis
(N.L.Burm.) R.Dahlgr.

Rooibos, (bermaksud belukar merah dari bahasa Afrikaan; nama saintifik Aspalathus linearis) yang merupakan sejenis pokok renek yang digunakan teh herba. Biasanya ia dipanggil teh merah afrika, yang dipopularkan oleh penduduk Afrika Selatan yang menggunakan diguna untuk dimakan dan diminum setelah turun-temurun dan kini digunakan untuk dimakan dan diminum oleh banyak lagi negara-negara lain didunia.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Rooibos ditanaman dikawasan utara negeri Western Cape, iaitu negeri barat daya di Afrika Selatan. Pokok rooibos ini hanya dibesarkan dikawasan yang dikenali daerah Cederberg. Biasanya, daun-daun dioksidakan untuk menghasilkan warna perang kemerahan yang unik, untuk daun-daun yang segar pula juga dihasilkan tanpa dioksidakan terdahulu.

Kebaikan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Teh Rooibos menjadi semakin popular dikalangan negara-negara barat, terutamanya pada pembeli yang teliti kepada kesihatan. Rooibos, ditemui dan dikatakan lebih tinggi tahap antioksida seperti aspalathin dan nothofagin, dan ia kurang kafeina, dan ia kurang asid tannin, berbanding tahap yang ada pada daun-daun teh hitam atau teh hijau tanpa oksida. Daun rooibos yang hijau mengandungi lebih banyak antioksida berbanding dengan daun rooibos yang telah dioksidakan.