Rosalind Chao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rosalind Chao
Kelahiran (1959-09-23) 23 September 1959 (umur 64)
Pekerjaanpelakon
Tahun aktif1972–kini
PasanganSimon Templeman

Rosalind Chao atau Chao Jyalin (趙家玲 Pinyin: Zhào Jiālín) (lahir pada 23 September, 1964 merupakan seorang pelakon Cina Amerika Syarikat yang berasal dari Anaheim, California.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ibu bapanya terlibat dalam bidang opera Beijing, dan beraksi dalam beberapa peranan kecil dalam opera semasa masih kecil. Beliau mula berlakon secara komersial di televisyen pada usia 7 tahun. Selepas beliau mendapat ijazah daripada Kolej Pomona, beliau mula melibatkan diri sepenuhnya dalam bidang lakonan di televisyen.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ibu bapanya memainkan peranan yang penting dalam keputusan Chao untuk mengejar bidang lakonan.[1] Beliau bermula ketika berumur lima tahun di sebuah syarikat kembara Opera Beijing yang berpusat di California atas desakan ibu bapanya yang sangat terlibat dalam syarikat tersebut. Pada setiap musim panas, ibu bapa Chao menghantarnya ke Taiwan untuk mengembangkan pelakonannya lagi.[2] Beliau kemudian membuat iklan televisyen serta menjadi bintang tetamu kepada siri televisyen semasa tahun-tahun remaja. Peranan lakonannya yang pertama ialah sitcom CBS, Here's Lucy, akan tetapi beliau hanya mendapat perhatian buat pertama kali semasa berlakon dalam satu sitcom CBS yang lain: Anna and the King, sebuah siri televisyen pada tahun 1972 yang tidak kekal lama, sebagai puteri sulung raja eponim (Yul Brynner).[3]

Selepas Chao berundur dari dunia lakonan, beliau mendaftarkan diri dan memperoleh ijazah dalam kewartawanan daripada pusat pengajian komunikasi di University of Southern California. Bagaimanapun, selepas menghabiskan setahun sebagai pelatih penulis berita radio di KNX, stesen radio Hollywood yang dimiliki oleh CBS, beliau kembali semula ke bidang lakonan.[3][1]

Komitmen semula[sunting | sunting sumber]

Selepas mengenal dan mengingati Chao daripada lakonannya dalam siri televisyen, Anna and the King,[1] penerbit televisyen Burt Metcalfe memberi Chao peluang yang unggul menerusi peranan Soon-Lee, pelarian Korea Selatan, dalam episod-episod terakhir siri TV, M*A*S*H.[3] Soon-Lee berkahwin dengan watak Maxwell Klinger (Jamie Farr), watak yang telah wujud lama, dalam episod terakhir, Goodbye, Farewell and Amen,[4] episod televisyen yang paling ditonton menjelang tahun 2008. Chao meneruskan pelakonan watak tersebut dalam susulan M*A*S*H. AfterMASH, susulan tersebut yang disiarkan pada tahun 1983, menonjolkan Chao dalam peranannya yang pertama yang diberikan status bintang bersama.[5]

Chao biasanya melakonkan peranan Keiko O'Brien (née Ishikawa), ahli eksobotani Jepun, dalam kedua-dua filem, Star Trek: The Next Generation, dan Star Trek: Deep Space Nine (DS9), dengan 8 kemunculan dalam filem pertama, dan 19 kemunculan dalam filem kedua sebelum DS9 tamat pada tahun 1999.[6]

Penghargaan lakonan[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Here's Lucy (1972)
  • Anna and the King (1972)
  • Diff'rent Strokes (1982), Miss Chung - peranan berulang [3]
  • M*A*S*H (1983), Soon-Lee - episodes "As Time Goes By" and "Goodbye, Farewell and Amen"
  • AfterMASH (1983—1985), Soon-Lee Klinger
  • Paper Angels (1986) - peranan utama yang pertama dalam televisyen [3]

Filem[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Rosalind Chao Biography". Fandango. Dicapai pada 2007-12-30.
  2. ^ Hodgins, Paul (2008-02-01). "A career made from scratch". The Orange County Register. Santa Ana, California, Amerika Syarikat: Terry Horne. Dicapai pada 2008-02-02. Former Star Trek actress Rosalind Chao talks about her latest work with playwright Neil LaBute.
  3. ^ a b c d e f g h i "Rosalind Chao Biography". Yahoo! Movies. Yahoo! Inc. Dicapai pada 2007-12-30.
  4. ^ "Goodbye, Farewell and Amen". M*A*S*H. Musim 11. Episod 16. 1983-02-28. CBS. Unknown parameter |episodelink= ignored (bantuan); Unknown parameter |serieslink= ignored (bantuan)
  5. ^ RJ. "AfterMASH: Main Article". M*A*S*H, Finest Kind. Diarkibkan daripada yang asal (embedded video) pada 2007-12-25. Dicapai pada 2007-12-30.
  6. ^ a b c "Keiko O'Brien" (Wiki). Memory Alpha. Wikia. Dicapai pada 2007-12-30.
  7. ^ a b c d e "Rosalind Chao Filmography". Fandango.com. Fandango. Dicapai pada 2008-04-09.
  8. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p "Rosalind Chao". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada 2007-12-30.
  9. ^ a b c "Rosalind Chao Filmography". Yahoo! Movies. Yahoo! Inc. Dicapai pada 2008-04-09.
  10. ^ BWW News Desk (2008-01-15). "LaBute's 'Some Girl(s)' Opens Feb.6 at Geffen Playhouse". BroadwayWorld.com. Dicapai pada 2008-01-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]